MH370, HARI KE 6 YANG MASIH MISTERI YANG BANYAK CUMA SPEKULASI

13.3.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Pagi hari ke 6 ni aku masih tunggu khabar dari sesuatu yang masih samar. Macam tu jugak orang lain, lebih2 mereka yang ada talian dengan mangsa. Kita yang tak pernah kenal pun terkesan dengan apa yang berlaku, apatah lagi mereka yang selama ni duduk sebumbung, makan semeja atau tidur sebantal.


Macam2 spekulasi... Ada yang sangat percaya dengan spekulasi ada yang tunggu saja laporan berita terkini dari masa ke semasa. Yer.. spekulasi ada yang boleh pakai teorinya & ada yang terlalu merepek yang pasti spekulasi tak mampu ubah keadaan hanya memudaratkan. Aku pun ada spekulasi sendiri.. aku pun kadang2 bersetuju dengan sesetengah spekulasi tapi aku kunci jari untuk menyebar sebarang spekulasi sebab kadang2 spekulasi yang melampau boleh menganggu emosi orang lain sedangkan apa yang kita tunggu masih takde clue.

Kita cuma ada senjata Doa sekarang ni.. Moga Allah bersimpati mendengar rayuan doa kita kepada semua mangsa yang terlibat dalam misteri MH370. Terus berdoa.. hentikan spekulasi. Bukan masa mencari salah siapa.. ini masa mencari mereka. Aku percaya sekarang semua yang terlibat berusaha kerang menjejaki semua mangsa Mh370 yang terlibat. Bukan sekadar untuk tunjuk buat kerja padahal tak berusaha. Aku tak percaya misi mencari & menyelamat ni sekadar melepas batuk di tangga. Kita yang menanti cuma ada kuasa berdoa, terus berdoa.

Ya, Allah trajedi kehilangan MH370 benar2 merentap jiwa2 insan. Lemahnya Iman.. pasti berantakkan. Ya Allah.. kau kekal merahsiakan, kami hamba Mu semakin hilang pedoman. Ya, Allah berikan kami kekuatan, berikan mereka ketabahan.. Kau berikan jalan untuk semua mangsa di temukan. Apa juga keadaan, Kami terima sebagai suratan. Ya, Allah.. maha pengasih, maha penyanyang, maha mendengar doa2 kami, maha memakbulkan permintaan kami.. Moga ada simpati dari Mu, Ya Allah pada yang kami yang menanti penuh resah.


3 comments:

  1. kemanalah perginya pesawat tu ye.pelbagai usaha dah mereka lakukan...Apalah nasib mangsa2 tu semua,,

    ReplyDelete
  2. betul tu, spekulasi hanya mengeruhkan keadaan
    tapi bila dah lebih 100 jam, sukar untuk menghentikan spekulasi
    emm, ke mana hilangnya MH370?
    status dia Masih Hilang

    p/s - menariklah puisi tu cik lekit, cer ajar saya pula =)

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..

    masih menunggu dgn penuh sabar..
    semoga allah makbulkan doa kita..amin...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!