MH370 KU JEJAKI MU DENGAN DOA MOGA JADI LALUAN KITA BERTEMU

10.3.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Dah masuk hari ketiga.. masih tiada sebarang petanda dia akan muncul memperlihatkan dirinya yang ghaib tu. Masih menjadi rahsia Allah.. di mana dia bersembunyi? Bagaimana keadaan dia & isi dalamnya yang berupa nyawa2 insan..

Ya Allah risau hati bukan kepalang. Setiap hari tak kira samada di tv atau di internet aku asyik tunggu jer berita terkini tentang kehilangan pesawat MH370 ni. Kat tv mungkin tak nampak manusia2 yang sel2 otak tak habis berhubung menyebarkan info2 tak sahih atau mengeluarkan pendapat yang tak sepatutnya atau mengaitkan kes ni dengan ayat2 al Quran yang mengelirukan berbanding kat alam maya ni. Bila di tegur terus Unfriend.. setakat unfriend apa lah sangat berbanding dengan orang yang bebal tak boleh kena tegur langsung kan.

Masih menjadi misteri bila penemuaan yang sepihan yang pada mulanya di katakan milik pesawat MH370 setelah di analisis bukan milik pesawat tu. Hati lega walau terus tertanya tanya.. kemana agaknya dia. Sekurang2 nya kita tahu.. masih belum ada petanda samada dia tenggelam di dasar laut atau terhempas di darat. Sekurang kurangnya masih ada harapan untuk kita sandarkan.. mereka masih selamat & sedang menunggu bantuan di lokasi yang masih belum sesiapa tahu.

 Sumber Astroawani

Ya Allah kami disini hanya mampu cuba menjejaki mereka dengan doa.. Moga doa2 kami menjadi laluan untuk para penyelamat menemui mereka. Ya Allah.. kau kekal merahsiakan semua ini dari pengetahuan kami.. Dan aku percaya,Kau ada alasan mu sendiri yang belum mampu kami tafsirkan. Ya Allah hanya kepada mu kami meminta.. berilah petanda.. berilah petunjuk.. Agar hilang segala tanda tanya. Amin..

3 comments:

  1. Doa yang terbaik untuk mereka
    #prayformh370

    ReplyDelete
  2. selalu rutin saya bangun pagi buat sarapan dan apa-apa yang patut
    tapi dah dua hari rutin saya bertukar, pepagi tengok tv dulu
    tak pernah dibuat!

    semua rakyat malaysia pada waktu ni
    menanti penuh harapan
    diharapkan semua selamat walau keberangkalian tu mungkin tipis

    ReplyDelete
  3. Salam Mami Lala..

    semoga allah permudahkan usaha dlm pencarian pesawat ni dan mudahan mereka semua selamat...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!