PERLU KE SERANG PEREMPUAN YANG MENGGATAL DENGAN LAKI KITA?

3.3.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Hari ni confirm ramai yang up entri pasal Rozita Che Wan mengandung.. aku baca tajuk je kat news feed FB aku. Tak berapa minat nak tau pasal isi perut che ta tu. Kalau betul tahniah la.. Semoga kandungan berada dalam keadaan baik2 saja & semoga semuanya selamat sehingga hari bersalin nanti. Ucapan sikit jer untuk che ta tapi che ta bukan isunya. Isunya pasal melodi semalam. Segmen bikin panas tak silap pasal si pelakon comel Hanes suraya yang berkapel dengan laki orang tu.


Aku bukan la nak cerita pasa gosip dia dengan laki orang tapi aku just nak komen pasal pendedahan isteri kepada boipren Hanes suraya tu. Dari pandangan mata aku bini boipren Hanes Suraya perempuan baik2.. tengok muka pun jernih je. Bercakap pun sopan je tapi mungkin ada yang akan anggap dia tak baik jugak sebab tampil membuat kenyataan dalam mielodi tentang skandal dia & hanes suraya tu. Kadang2 demi menyelamatkan sebuah rumahtangga ni ada yang terpaksa membuka aib pasangan sebab sesetengah orang kadang2 lagi di sorok lagi rancak dia dok buat onar dengan perempuan lain. Yelah.. bini simpan rahsia semua dalam selimut jer apa nak takut kan.. Buat perangai pun orang dok nampak dia laki gud gud jer.. Sebab manusia ni kebanyakkan lebih takut dengan pandangan & mulut manusia lain dari pandangan Allah sebab tu la dia tak takut kalau Allah je tahu tapi orang lain tak tahu. Memang realiti macam tu.. tak payah nafikan, betul tak?

Aku tertarik dengan kenyataan Bini si boipren Hanes Suraya ni bila ada statement hanes suraya yang pertikaikan kalau tau dia skandal dengan laki orang kenapa bini orang tu tak serang je dia. Amboi kau mentang2 orang tu jenis tahu malu.. kau cabar pulak orang serang kau yer.. Apapun aku setuju dengan Bini si boipren hanes suraya tu. Untuk apa nak pergi serang skandal laki sendiri.. Sekadar memalukan diri je. Tindakkan menyerang tu orang bodoh jer buat kot. Dah terang2 benda tu belum tentu mengubah apa2.. kalau dah tau laki orang dia tetap nak menyendeng jugak, dah tau la perempuan tu jenis spesis bebal yang tahap kemaluan dia agak tipis & nipis. Buat apa kita nak jadi macam dia, kan?? Satu lagi.. Istilah serang tak semestinya pergi mengadap muka perempuan yang skandal dengan laki orang kemudian maki hamun,ludah muka dia, tunjal dahi dia,ketuk dengan tumit kasut tinggi jer... Macam yang si bini boipren hanes suraya buat ni pun salah satu bentuk serangan jugak bila mana dia berani tampil mendedahkan skandal laki dia dengan hanes suraya. So, hanes ko jangan fikir ko tak kena ludah dengan perempuan tu dia takut nak serang ko. Serang cara bijak la. Pada lelaki jangan ingat bini diam selama ni dia tak tahu apa2.. kadang2 dia lebih tahu dari apa yang ko sangka tau! So, becareful. Isteri2 camni selalunya mengatur strategi.. dia bukan jenis nak mengamuk atau menyerang orang tak tentu pasal.

Di peringkat ni aku tak boleh terima kalau kata dah jodoh.. sebabnya belum terjadi ijab & kabul maka kegatalan itu adalah milik si jantan laki orang dengan di perempuan yang tergilakan laki orang.

Betul la kata orang lelaki di uji saat dia punya segalanya.. Kalau dari cerita bini si boipren hanes suraya tu.. mereka berkahwin dari asben dia takde apa2 sampai dapat menikmati hidup mewah & mampu memiliki kereta ferari. Patut la retis tu tergedik sangat even laki orang pun tetap dia nak jugak. Bayangkan jantan tu pakai proton saga, gamaknya perempuan tu pandang tak. Tapi kita sebagai bini yang memang kenal laki kita saat dia takde apa2 sampai ada apa2.. memang sentiasa pandang laki kita walau dari naik proton saga tetiba kena naik beca. Pun macam tu masih ramai lagi suami2 yang lupa diri saat di uji dengan kekayaan.

Moga2 kita tak tergolong dalam golongan isteri yang di uji dengan kecurangan suami. Sakitnya.. hanya orang yang melalui sahaja yang rasa. Yang merampas memang sedap la tumpang senang.. yang di rampas walau masih hidup senang tapi susah untuk tenang. Ambik masa jugak la nak terima tu. Memang soal jodoh bukan kuasa kita tapi soal menggatal tu adalah 100% datang dari nafsu merenyam manusia. Sekian terima kasih.

P/S : pendapat setiap orang tak sama, tak bermakna aku kata aku betul cara korang yang mungkin berlawanan dengan pendapat aku tu salah yer...

7 comments:

  1. tadi ada terbaca cerita ni dekat kosmo
    tak tengok melodi semalam, emm
    macam-macam ye, bila dah senang gitulah
    yang jadu mangsa isteri dan anak-anak

    tapi yelah, jodohkan...

    ReplyDelete
  2. aduhai, kuatnye kesabaran isteri boifren hanez tu.. dah tu hanes kalu dah berkapel ngn suami org, pandai2 la bawak diri..buat cara yang elok kalu betul nak kawen. ni tgk cm stok geli geli jerk...

    ReplyDelete
  3. masa bercinta boipren curng pun rasa macam nak tikam2 orang ni kan pulak suami.gila tak marah..heheh

    ReplyDelete
  4. hmm..momoy pun sependapat dengan sis
    cara bini dia memang brilliant
    tak perlu malukan diri
    tadi baca kat FB hanez ni kata bini BF dia nak malukan dia
    dan dia di pihak yg benar, so dia x takut
    tetiba pula jadi confuse dengan si hanez ni
    dia ni faham ke tidak bila kuarkan statement
    nampak macam bodoh sombong sangat sorry hanez

    ReplyDelete
  5. sungguh... baru buat status tentang ni, before ni malas amik kisah pasal artis tapi kali ni geram!!

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..

    huhu..harap kes ni selesai dgn cara baik..

    ReplyDelete
  7. Hem. .ada2 sja yg di lkukn arts ini..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!