PESAWAT MAS YANG HILANG DARI RADAR TERHEMPAS DI LAUT ??

8.3.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Ya Allah.. sentap aku baca berita terkini di blog astroawani ni tau. Nak menaip pun rasa menggigil jari.

KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News
Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.
Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.
Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.
Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu
Sumber : Astroawani
**Laporan berita ni di astroawani khabarnya telah di tarik balik**

Update terkini dari FB


Ni pula aku ambil dari FB yang printscreen status fauziah gaus. Sejauh mana kebenaran kena tunggu juga laporan rasmi. Aku sangat berharap.. apa yang di katakan tu tak berlaku

ni laporan yang lebih kurang macam yang status fauziah gaos tu. sumber dari Fb jugak



Masih tak tau status semua petugas & penumpang dalam pesawat tu. Doakan yang terbaik buat mereka. Bila terkenang ada bayi dalam pesawat tu semakin hati ni bagai di rentap.

P/s : terlampau banyak spekulasi aku sendiri harap cepat ada laporan rasmi dari pihak yang sepatutnya. Apapun aku masih berharap.. apa yang di sebarkan tak berlaku. Harap sangat2. Sama2 lah kita mendoakannya

5 comments:

  1. saya pun risau bila dapat tahu
    buat masa sekarang spekulasi hanya mengeruhkan keadaan
    simpatilah pada keluarga yang terlibat yang menanti penuh debaran

    ReplyDelete
  2. Marilah kita sama-sama berdoa yang terbaik bt mereka semua Pray for MH370..amin

    ReplyDelete
  3. kalau jatuh kat laut biasanya susah nak cari..apa pun sama2 la kita berdoa harap2 ada jejak yang tinggal..sedih sangt rasa bila kenang ada anak kecil dalam tu..

    ReplyDelete
  4. semoga allah permudahkan kerja2 pencarian pesawat nih..sama2 kita doakan yg terbaik... dh tk larat nk baca & dgr mcm2 spekulasi...

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..

    walaupun keluarga cma tidak terlibat sama, tp perasaan sedih dan ternanti2 tu ttp ada..
    mendoakan agar ada harapan utk mereka di jumpai

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!