UNTUK YANG TAKSUB SANGAT DENGAN MIMPI USTAZ PASAL MH370

31.3.14 Suria Lekatlekit 22 Comments

Aku bukan nak mempertikaikan apa atau siapa tapi aku tengok ketaksuban manusia pada sesuatu tu semakin hari semakin menjadi jadi pulak. Nak2 lagi kalau datangnya dari orang yang ada title ustaz atau ustazah atau mana2 orang yang berpengetahuan tinggi dalam ilmu agamanya. Sejak isu kehilangan pesawat MH370.. bukan setakat spekulasi yang menjadi ketaksuban manusia tapi jugak mimpi2 yang di kongsi oleh seorang yang bergelar ustaz.

Sejak dua menjak ni cerita mimpi seorang ustaz berkaitan Mh370 menjadi popular pula kat laman sosial. Macam biasa.. aku baca apa jer berkaitan dengan MH370 tak kira la spekulasi atau berita2 dari sumber rasmi atau tak rasmi termasuk kisah mimpi seorang ustaz juga pengasas sebuah pusat rawatan Islam.

Mula2 beliau share mimpi beliau berkaitan MH370.. yang katanya dalam mimpi tu mengambarkan pesawat di hijack kemudian semua sistem dalam kapal terbang tu di kawal oleh pihak lain dari jauh.. di lencongkan ke laut kemudian terhempas di lautan. Dalam mimpi tu seakan mengambarkan semua terkorban. Tu mimpi beliau yang pertama pernah aku baca. Mimpi yang kedua yang sedang rancak di sebarkan di laman sosial sekarang adalah mimpi yang katanya apa yang dia nampak dalam mimpi tu pesawat di hijack kemudian di sembunyikan di satu lokasi rahsia & semua krew & penumpang di tawan. Dalam mimpi tu apa yang aku paham semua mangsa masih dalam keadaan selamat & di kurung di satu lokasi rahsia.

Gambar carian google

Orang lain punya la taksub dengan mimpi tu pulun share & anggap benda tu seolah2 apa yang sedang berlaku tanpa ambil masa fikir... Kalau mimpi ustaz tu adalah petunjuk tentang MH370 kenapa kedua2 mimpi tu berbeza sangat endingnya. Satu seolah2 terkorban.. satu lagi di tawan. Aku tak kata ustaz tu bohong pasal mimpi tu yer.. Memang mungkin mimpi tu wujud tapi aku anggap ia cuma mimpi yang mungkin di pengaruhi oleh apa yang di sedang fikir sebelum dia tidur bukan petanda apa2 yang sedang berlaku sebab jauh sangat beza mimpi pertama & mimpi kedua.

Kita jangan jadi orang yang taksuh & jahil sangat.. Takut tersesat tanpa di sesatkan pulak. Ustaz tu pun share mimpi dia tak kata pulak itulah pentunjuk dari Allah tentang apa yang berlaku tapi orang yang share tu pulak melebih2 kaitKan mimpi ustaz tu dengan apa yang berlaku sekarang. Aku pun boleh cipta spekulasi kemudian labelkan dia sebagai mimpi.. create story yang nampak real sikit perjalanan cerita tu kemudian share.. tapi tu la, aku takde title ostazah atau title orang2 yang alim bagai.. Insan jahil macam aku sapa nak heran sangat kalau betul pun Allah bagi petunjuk dalam mimpi aku sebab aku bukan sesapa yang boleh orang percaya betul tak.

Aku bukan menolak semua spekulasi even aku memilih tak mahu jadi salah seorang penyebar.. Dan aku bukan jugak percaya semua spekulasi. Tapi aku membaca semua.. Ada yang anggap spesis macam aku yang menolak spekulasi orang yang bodoh, rugi & tunggu orang suap jer.. aku tak kisah. Lantaklah.. dari aku dok copy paste semua cerita sahih tak sahih sumbat dalam blog semata2 nak kejar rating dari isu yang sedang hangat di perkatakan. Aku pun sentiasa update pasal tu.. Tapi bukan semua aku sumbat.

Kita baca, kita nilai & ambil masa untuk fikir. Bukan kita baca tanpa fikir kita sebar & kita buat orang lain pula percaya pada benda yang kita sendiri tak pasti sejauh mana kebenarannya. Biar aku di pandang bodoh asalkan aku tak rasa diri aku pandai.

Apapun teruskan berdoa yang terbaik buat mereka. Doa adalah yang terbaik sekarang ni. Kita yang takde kepakaran apa2.. Pertolongan yang mampu kita hulur cuma doa. Semoga Allah membuka kebenaran yang selama ni di tutup untuk menguji manusia2 yang semakin lupa padaNya.

P/S : Aku ada terbaca katanya ustaz ni dah tutup account FB dia sebab tak tahan di kritik pasal mimpi dia. Sebenarnya dia cuma share apa yang dia mimpi orang yang sebarkan tu yang taksub lebih2 sampai cuba kaitkan apa yang berlaku tu konon seperti apa yang di mimpi ustaz tu padahal takde sapapun tahu apa yang berlaku.

Memandangkan ramai yang mula salah faham & menuduh aku cuba memburukkan reputasi Ustaz tu kat sini aku nak jelaskan aku tak tuduh ustaz tu menipu tapi yang aku tulis pasal ketaksuban manusia terhadap mimpi ustaz tu sedangkan ustaz tu sendiri tak kata mimpi dia tu petunjuk terhadap apa yang sedang berlaku. Dia sendiri tak berani nak confirmkan benda tu, tapi orang yang baca & share pulak melebih2 taksub sedangkan takde siapa tahu apa yang sedang berlaku di sebalik kehilangan MH370. Kita boleh ambil sebagai peringatan tapi bukan kepercayaan. Yang lebih mengetahui segalanya hanya Allah.. Jadi jangan nak tuduh aku bukan2 kalau baca tak habis atau tak faham.

22 comments:

  1. saya pun cam cik lekit
    nak gemas nak digest bebenda ayng berunsur negatif
    biasa baca sekali lalu, lebih anggap sebagai hiburan

    ada terbaca cerita pasal ustaz ni, cuma saya rasa
    tak perlu dia luahkan mimpi dia tu
    simpan untuk diri sendiri sudah ler...

    ReplyDelete
  2. masalahnya dia punya "mimpi-mimpi" tu tersangatlah panjang, aku pun ustaz juga, tapi dapat mimpi taklah sepanjang tu, salah satu contohnya aku mimpi berjalan-jalan di dalam hutan, aku terjumpa satu "passport" . Bila aku buka passport kat dalamnya ada wajah kapten Zaharie yang terbangkan pesawat tu. Itu aje, tak lebih dari tu, penumpang lain, krew dan kapalterbang tak nampak pun kat mana. Dan tak ada pun petunjuk lain lagi selepas tu.

    ReplyDelete
  3. erm ustaz tu pn terang² ckp benda tu sekadar perkongsian..bkn benda betul pun...ayoyo sian nya smpi tutup acc fb ye..hurm hurm~ -.-'

    ReplyDelete
  4. sebenarnya akak pun ada mimpi pasal mh370 ni..hahah..tapi sebab akak anggap akak terlalu banyak ambik tahu pasal Mh370 sebab tu akak mimpi...hehehe..

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.
    hukum menceritakan mimpi adalah harus dan semua orang berhak menceritakan mimpinya.
    benar atau tidak mimpi itu bukan manusia yang menetapkannya. kita tidak boleh menetapkan hukum kepada orang yang bermimpi itu. kerana itu semua kuasa Allah. bacalah mimpi sesiapapun… hanya sekadar informasi. jika benar mimpi tu, kita sebagai hamba Allah, perlu melihat hikmah disebaliknya dan YANG SANGAT PENTING jadikan mimpi itu sebagai medium keinsafan diri betapa kerdilnya kita di hadapan Allah. jika tidak benar mimpi tu, kita mohon Allah s.w.t memberi petunjukNya yang manusia tidak boleh capai melalui akal semata-mata.

    saya telah membaca mimpi ustaz darul manzil tu... mimpi kedua adalah kejadian sebelum berlakunya kejadian dalam mimpi pertama.
    tidak ada percanggahan dalam mimpi ustaz tu.

    Mimpi dan ta’birnya…. akan dapat difahami setelah sesuatu peristiwa itu berlaku….

    mimpi sebagai peringatan awal bagi orang yang masih bernafas….

    p/s: teringat saya akan mimpi Raja Namrud yang sangat zalim. Akibat dari mimpinya, hancurlah kerajaan Namrud. semuanya kuasa Allah. Moral: org zalim pun boleh mimpi yang betul tafsirannya....

    ReplyDelete
  6. Anonymous 31 March 8:35PM. Saya setuju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apapun kita tak harus taksub pada mimpi sebab kita sendiri tak tahu sejauh mana apa yang berlaku ada kaitan dengan mimpi tu.. Orang yang taksub sangat nampak dah macam ambil mimpi tu sebagai sesuatu yang betul2 berlaku.. Saya nak tanya? siapa tahu apa yang berlaku sekarang ni?? Takde siapa.. & takde bukti apa2 yang membuktikan apa yang sedang berlaku. Ustaz tu pun dah tak tahan dengan tekanan & tutup account FB sebab orang yang taksub mimpi dia menyusahkan dia

      Delete
  7. Salam Mami Lala..
    Mimpi itu mainan tidur.. tapi ada sesetengah mimpi 'yg diberikan petunjuk' pun wujud..
    mcm ustz ni.. tadi ada cek fb dia.. masih aktif lagi.mmg dia dah bgtau awal2 hanya sekadar mimpi..org yg baca tu pun tak boleh nk taksub sgt.. siap kecam dgn komen yg negatif..

    setiap org ada kelebihan dia yg allah bagi..siapa kita utk menidakkan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak menidakkan kelebihan sesiapa tapi saya menilai dari apa yang saya rasa logik @ tak logik. Apa yang saya tekankan dalam entri ni adalah ketaksuban orang pada sesuatu. Allah lebih tahu segalanya.. Kita sendiri pun tak tahu apa yang berlaku termasuk ustaz tu. Kita boleh ambil sebagai peringatan tapi bukan satu kepercayaan. Yang jadi sekarang orang ambil tu sebagai satu kepercayaan bukan peringatan. Jadi harap takde yang salah faham.. saya tak menidakkan kelebihan ustaz tu atau sapa2.. cuma saya tak tahu fakta atau spekulasi atau mimpi siapa yang betul. Kalau saya tanya orang2 yang taksub pun dia takde jawapan atau bukti nak bagi pada saya. So, saya ambil semua sebagai peringatan jer bukan satu kepercayaan

      Delete
  8. Mimpi pertama dan kedua xde percanggahan..hujung mimpi kedua dikatakan penumpang semua masuk kembali ke dlm kpal terbang.dan terbang diiringi sebuah pesawat lain..hanya seorg jer xde naik..lepas tu dia bagi sambungan mimpi pettama ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Tuan tanah je yang tak perasan, mcm cite mat salleh selalu buat tunjuk future dulu baru fback.. Sori tuan tanah

      Delete
  9. xda yg bercanggah dlm mimpi 1 & 2.. dlm mimpi kedua ceta sebelum mimpi pertama..penumpang kena twn..hujung ceta yg ke2 bgitau ..penumang disuruh naik semula ke mh370 dan ssmbngannya mimpi pertama.. x nampak pun percanggahan.. kelebihan sesorg itu hnya Allah SWT yg mengetahui... dh dijelaskan hnya mimpi..tapi mimpi ustaz tu jelas jln cetanya.. harap dia dt mimpi yg ketiga plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oic.. terima kasih atas penjelasan.. tapi kat sini saya nak tekankan ketaksuban orang pada mimpi ustaz tu.. sebab orang lain taksub, menyusahkan balik tuan punya badan. Ustaz tu pun tak confirmkan mimpi tu sebagai petunjuk. dia pun mention hanya mimpi... jadi kita ambil sebagai peringatan sudah. taksub tu tak berapa elok

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Tak sepatutnya kita utk bersangka buruk terhadap ulama. Nabi pn ajar kita supaya jgn bersgka buruk. Kita ade ke ilmu mcm yg ustaz tu ada? Biarpn mmpi tu betul ataupn slah, itu urusan Allah. Kita ni tak boleh buat kesimpulan sndri. Kalau betul nnti, merangkak kita kat pdg mahsyar cri ustaz ni. Tak seharusnya kita brsgka buruk terhadap ahli ulama ni. Itu je yg mmpu cakap. AllahuAhlam. Moga2 dijauhi dgn perkara yg tk diingini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dinasihatkan kalau tak baca jangan komen yer.. saya tak bersangka buruk tapi dalam entri ni lebih highlight kepada mereka2 yang taksub pada mimpi ni. sila baca & paham.. saya tak memburukkan ustaz ni pun. Ku Niena.. saya hargai komen awak tapi ambil la masa membaca sampai habis & faham dulu sebelum komen

      Delete
  12. ang menuduh aku memburukkan pihak ustaz tu padahal aku cuma highlight pada mereka yang taksub pada mimpi ustaz tu. Aku tak kata pun ustaz tu menipu ke hapa... Ustaz tu sendiri pun tak kata mimpi dia sebagai petunjuk kepada apa yang sedang berlaku. Dia sendiri pun tak berani nak confirmkan benda tu.. Orang yang baca & share mimpi dia pulak lebih2 taksubnya. Betul.. kita boleh ambil sebagai peringatan tapi bukan kepercayaan sebab kita sendiri even ustaz tu pun tak tahu apa yang berlaku di sebalik kehilangan MH370. Kalau tak faham apa aku tulis dalam entri tu jangan la buat dosa tuduh aku memburukkan reputasi ustaz tu pula

    ReplyDelete
  13. Seluruh negara telah melakukan solat hajat memohon kepada Allah...Saya ingin bertanya apakah yang kita mohon kepada Allah? Tidak lain dan tidak bukan iaitu rata-rata semua berdoa memohon petunjuk kemana perginya pesawat itu dan mendoakan keselamatan para penumpang MH370.Allah telah mendengar dan makbulkan permintaan hambanya dan memilih dan memberi petunjuk kepada ustaz tersebut melalui mimpinya..Persoalannya kenapa ustaz tersebut?Inilah dia Allah Maha Bijaksana memilih ustaz tersebut yang tau berinternet (zaman sekarang) dan ada Facebook serta gaya penulisan yang baik dan dapatlah dia menulis dan kita semua dapat membacanya...Cuba kita fikir balik sekiranya Allah beri petunjuk (melalui mimpi) kepada ustaz-ustaz yang otai (buta komputer) sudah tentu apa yang kita mohon melalui solat hajat itu tidak dapat kita tahu hasilnya.. kalau ada pun cuma disampaikan di kalangan kariahnya saja.Jadi terpulanglah pada kita atau pihak yang berkenaan untuk menyiasat dan mencari kebenarannya gunakanlah panduan yang telah Allah tunjukkan...Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sebab ustaz ni pandai berinternet & ada FB juga pandai menghuraikan mimpi yg datang sbg alasan Allah bg dia petunjuk tentang apa yang berlaku agak susah nak terima teori camni sebab ramai dah kot ustaz2 & pendakwah sekarang celik IT & ada FB tapi saya tak jugak kata mimpi tu bohong cuma kita tak tau sejauh mana mimpi tu adalah petunjuk tentang apa yang berlaku

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!