AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU

5/09/2014 02:16:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Itulah naluri seorang ibu. Akan jadi kuat & berani dengan apa saja bila berkaitan dengan anak. Kalau korang ikuti blog ni ada 2 entri yang aku cerita pasal kesihatan anak aku sejak dua menjak ni.
(Boleh rujuk entri ni BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH &
RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN )

Semalam.. sehari selepas dapatkan rawatan di Al Qayyum.. lala dah tunjuk perubahan yang baik bila dia dah tak demam & dah ada selera untuk minum susu macam biasa. Siang semalam dia aktif & takde tunjuk apa2 perangai tak sihat atau pelik. Sampai malam dia tidur dalam pukul 11 & terjaga menangis menjerit2 dalam pukul 2 pagi. Waktu tu sungguh aku & asben memang panik. Tapi dalam hati aku sentiasa mencabar apa saja yang menganggu anak aku waktu ni untuk muncul depan aku. Macam pengamal perubatan Islam cakap anak aku terkena gangguan jin, aku memang cabar berapa banyak jin yang ada dalam rumah aku sekarang untuk muncul berdepan dengan aku. Sungguh perasaan takut takde langsung.


Seorang ibu ni boleh jadi apa saja untuk anak. Anak umpama kekuatan & sumber keberanian buat seorang ibu. Inilah kelebihan seorang ibu agaknya.. menjadi penenang ketika anak takut, merawat ketika sakit & boleh jadi apa saja untuk anak selagi dia mampu. sesungguhnya kemampuan seorang ibu itu seolah2 olah tiada batasan biarpun pada zahirnya dia tak terdaya tapi di hatinya sentiasa tetap ingin cuba yang terbaik untuk anak.

Bila di pilih menjadi seorang ibu aku lebih tahu perasaan mak aku selama membesarkan kami adik beradik. Mak even seorang yang garang tapi mak bagaikan perisai pada semua anak anaknya. Mak aku seorang yang berani & tak takut berdepan dengan apa atau sesiapa saja yang dia rasa mengancam diri dia & keluarga dia even kekuatan & kudrat wanitanya yang kecik molek tu tak seberapa.Mak aku memang seorang pelindung tak kira dari waktu dia galas tanggungjawab jaga adik adik dia sehinggalah dia menjadi seorang ibu pada 6 orang anak perempuan.

Sempena hari ibu biarpun aku menyambut dengan dugaan macam ni tapi aku tetap rasa syukur sebab aku di beri peluang menjadi seorang Ibu & masih mempunyai mak sehingga hari ni. Allah takkan menduga aku pada sesuatu perkara di luar kemampuan aku. Aku tetap yakin & percaya bahawa ujian ini hadir bersama kekuatan & ketabahan jadi Insya Allah aku akan terus usaha & doa yang terbaik. Buat Mak selamat hari Ibu.. Mak adalah kekuatan kami selamanya. Buat anak ku.. Mami takkan berputus asa untuk shahila even terpaksa korban apa saja yang mami ada. Jangan takut atau risau.. shahila akan mami lindungi selagi ada nyawa.

P/S : Jin jugak makhluk ciptaan Allah yang ada fungsinya di ciptakan. Jadi sebagai manusia & sebagai seorang yang beragama Islam kita harus percaya kewujudan makhluk ghaib namun elakkan dari taksub @  takut secara berlebih lebihan. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.. maka mohonlah pertolongan kepada Allah.

14 comments:

  1. betul tu dear, kalau iolss pun tak akan gentar dan takut demi anak...seorang ibu mampu menjadi apa sahaja demi anak2 mereka kann???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebelum ada anak kita takut jugak la.. tapi bila jadi perkara macam ni kat anak.. takde apa lebih menakutkan dari lihat anak sakit sebab tu rasa kalau nampak benda tu nak pijak2 je sampai lunyai

      Delete
  2. kenapa dengan Lala..??dia demam kuat ke sebelum ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. lala sejak 3 mei aritu asal malam demam & suhu tinggi.. siang dia ok.

      Delete
  3. betullah kan cik lekit
    naluri ibu ni lain, walau kita takut camne pun
    kita berani sebab anak-anak

    saya rasa syahdu pula bila cik lekit kata
    Mami takkan berputus asa untuk shahila even terpaksa korban apa saja yang mami ada. Jangan takut atau risau.. shahila akan mami lindungi selagi ada nyawa.

    semoga ALLAH permudahkan semua urusan cik lekit

    ReplyDelete
    Replies
    1. naluri tu hadir secara semulajadi bila kita jadi ibu, kan?? Kita lebih takut jadi sesuatu yg buruk pada anak dari takut perkara lain selain Allah

      Delete
  4. yer betul tu....ibu mesti berani, kalau tak berani macam mana anak nak jadi berani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani tu sebab nak lindungi anak.. bila kita ada perasaan nak lindungi sesuatu yg kita sayang auto perasaan takut tu akan hilang

      Delete
  5. tak tau nape saya baca entry nie bulu roma saya meremang. hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe baca & bayangkan benda tu kot... kekekeke

      Delete
  6. Betul tu akak. Kalau kite ade masalah ke ape ke. Mak jugak jadi tempat penenang hati ni.. Segala galanye mak.. Selamat hari Ibu kak.. Akak memg de best and ibu yg best :)

    ReplyDelete
  7. Berusaha sehabis boleh ... Berserah pada Yang Berkuasa ...

    ReplyDelete
  8. Salam Mami Lala..
    huhu..tetiba rasa tacing plak mmbacanya..naluri seorg ibu kan :')
    insyaallah abby, allah akan sentiasa melindungi abby sekeluarga dari anasir2 yg tidak elok..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com