BINTANG PALING POPULAR VS BINATANG PALING POPULAR

5/25/2014 09:45:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Semalam berlansungnya anugerah penuh gilang gemilang ABPBH yang nampaknya banyak makhluk ghaib yang datang dari manusia. Yelah.. banyak nampak kerusi kosong ye. Aku tengok la kejab.. lepas tu macam boring jer... aku dah tak continue. Aku bukan kesah sangat retis mana menang atau retis mana kalah.

Sebab aku tengok masa starting jer.. lepas tu aku mula tak tengok, aku pun terlepas tengok anugerah Bintang paling popular tapi buka FB jer jangan risau.. semua info ada. Yeahhh... abang Aaron aziz menang lagi. Tahniah la...  nak kutuk pun takde sebab. Yelah.. dia pun memang popular ye dak??

Bintang paling popular Aaron Aziz

Pun begitu walau Aaron Aziz di angkat sebagai Bintang paling popular tetap tak boleh lawan binatang paling popular sepanjang zaman iatu babi @ khinzir.hahahahaha... erkk.. ni bukan sindiran ke hapa memang kenyataan. Kalau kat negara2 bukan Islam memang babi takde la jadi binatang paling popular tapi kalau kat negara2 Islam macam Malaysia isu babi ko jangan nak buat2 lawak ok. Jangankan daging babi.. bulu babi pun kalau kau cuba menipu pengguna & kalau kantoi siap kau di kecam hingga ke urat saraf paling halus.

Bila keluar isu babi ni.. Akan muncul la status sarcasm yang konon kata Umat Islam malaysia sensitif isu babi jer.. Isu2 yang lain yang jugak hukumnya haram orang buat pejam mata. Ada yang kaitkan dengan aurat.. kaitan dengan riba... kaitan dengan macam2 perkara haram yang bagi mereka kebanyakkan orang pandang remeh. Takpe la kalau orang lain pandang remeh.. yang bercakap tu ambil berat sekadar nak sindir orang je ke? Kadang2 aku tengok yang cakap pun dalam pada masa yang sama pun buat jugak. Tapi takpe la.. sama2 ingat mengingati diri sendiri dan juga orang lain. Sekarang ni apa isu haram pun nampak semakin di pandang berat cuma tindakkan je ada yang berat & ada yang ringan. Kalau ada yang rasa orang ambil berat isu babi je gamaknya dia jarang online la kot... kalau selalu online takde dia rasa isu babi jer orang anggap haram, ye dak??

Kesimpulannya biarpun Aaron Aziz mampu meraih anugerah bintang paling popular namun populariti Aaron Aziz masih tak mampu tandingi Binatang paling popular iatu babi. Sungguh babi tak pernah kenal kita tapi kita sangat kenal babi namun apa yang berlaku bukan salah babi. Babi adalah makhluk ciptaan Allah & kejadiannya di muka bumi ni bukan takde peranan apa2 langsung even dia di pandang hina berbanding haiwan haiwan lain.

 Binatang paling popular babi

3 comments:

  1. Akak tak tengok pun ABPBH tu..anak2 nak tengok katon je.mak nye pulak sibuk dengan biskut..isu babi pun sempat jenguk kejap2 je kat fb..hari sabtu tu siap tempahan awal2 sebab ahad nak tegok piala thomas..heheh..

    Akak ada la baca jugak status yang kata ,babi dan buka aurat tu..sebenarnya pasal aurat pun orang dah hari2 bercakap..tak salah pun bila isu babi dalam coklat tu ditekan kan..apa yang salah tetap salah..tak boleh nak kata ,"sibuk pasal babi je,pasal aurat tak peduli.."..jaraNng buka fb ke?/hari2 apa orang sentuh pasal aurat..pasal merokok, pasal rasuah,pasal benda2 yang salah..saja je si penulis status nak menghangatkan suasana..padahaldia sendiri tau hari2 orang membincangkan isu2 dan masalah sosial masa kini..

    sekian terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  2. salam mami lala..

    hihi..sian panda... baru jer nk glemer dah kene caras dgn oink oink..

    tahniah abam arooon :)

    ReplyDelete
  3. saya pun tak tengok abp tu
    tapi saya setuju entry cik lekit
    memang ramai suka putar belit cerita hanya untuk menghalalkan cara
    sedangkan islam tu jelas dan mudah

    ramai kenalan saya masih pergi ke gerai makanan yang hanya berstatus pork free
    dia kata sebab kedai tu tak jual babi, napelah jahil no

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com