RAMAI YANG SEBUT TAPI TAK RAMAI TAHU MAKSUD NOKHAROM

5/16/2014 02:30:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Orang kata jangan jadi ikut ikutan kalau kita tak tahu apa benda yang kita ikut. Jangan sebut sebutan kalau kita sendiri tak paham apa yang kita ikut sebut apa yang orang lain sebut. Bila kita jadi pak turut je apa orang buat konon nak nampak stylo & ikut trend tanpa kita selidik dulu apa benda yang kita buat & cakap tu tak mustahil kita akan memperbodohkan diri sendiri tanpa kita sedar.

Aku sebenarnya tak berapa sangka ramai yang tak tahu asal usul perkataan NokHarom yang memang jadi sebutan ramai muda mudi.. yang bangka berjiwa remaja pun tak kurang jugak guna perkataan Nokharom untuk mengambarkan sesuatu yang konon nampak kelakar sangat la. Aku ni orang kedah.. orang utara perkataan tu yang aku tau berasal dari utara & aku pun dari kecik sampai remaja sehingga la meniti bangka ni memang biasa dengar perkataan Nokharom tu & aku tahu apa maksud perkataan tu & apa perkataan asal dia yang di singkat kan ejaan nak bagi bunyi macam loghat utara.

Pada adik adik yang tak tahu apa perkataan sebenar NokHarom tu singkatan dari perkataan anak haram. Bila orang utara ni cakap laju2.. dia jadi nakharam2.. tapi bila di kelakarkan bunyinya jadi nokharom, yelah takde la bunyi kasar sangat jika di bandingkan dengan nakharam & anak haram, kan??... tapi tetap perkataan & maksud dia adalah anak haram. Asalnya perkataan ni memang orang guna untuk maki hamun tapi besa la budak2 rumaja sekarang.. erkk.. dulu pun sama jugak maki hamun tu kadang2 jadi bahan gurau atau bahasa santai depa sembang2.

Apapun.. tak elok sangat biasakan mulut dok sebut perkataan yang kesat even dalam gurauan. Nanti jadi kebiasaan susah nak ubah. Moral of the story even perkataan tu macam catchy je kita dengar tapi kaji dulu maksud sebenar dia supaya kita tak tersebut perkataan2 tu pada orang yang tak sepatutnya & akan nampak kita ni macam kurang ajar.

Moga dengan info sekupang ni mampu memberi manafaat & info pada hangpa yang selama ni tak tau maksud perkataan NokHarom.

Page ni guna nama Nokharom aku tak berapa pelik. Dari profile pic pun dah boleh nampak tak berapa senonoh sangat admin page ni. Tapi dia suka pulak je orang panggil dia anak haram.

6 comments:

  1. hahahaha.org mcm ni pon hade ke.

    ReplyDelete
  2. sampai skrg tak paham kenapa budak ni terlalu glamer dengan amik gambar yg mcm tu. tak kelakar pon

    ReplyDelete
  3. Macam2 perkataan zaman skrg ni...

    ReplyDelete
  4. first time dengar perkataan tu
    tak tahu nak kata apa

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..
    pernah jgk terbaca status mereka yg gunakan perkataan ni.. tp mengikut pemahaman cma sendiri.. rasanya itu short from utk anak haram...

    ReplyDelete
  6. bukan rasa rasa lagi cma.. memang tu shortform untuk anak haram. sebijik2 sy tulis dlm entri tu. kalau tanya org utara pun x de jawapan lain

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com