SUBAHANALLAH DI TERJEMAH SEBAGAI HALLELUJAH

16.5.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Aku tak tau nak mulakan mukadimah yang macam mana. Tapi just nak share & harap pandangan semua terutama orang yang lebih berilmu dalam isu2 agama Islam ni. Yelah.. ilmu aku sejengkal cuma.. apa yang aku tau basic je. Tapi bila terjumpa dengan perkara perkara macam ni aku jadi confuse jugak.

Ni kisah jenjalan kat news feed FB maka terserempak dengan satu suggest page yang berkongsi gambar depan kaabah & status dia dalam bahasa Arab. Sebab ada translated by Bing tu maka aku pun clik la translation dia. Tetiba keluar perkataan Hallelujah.. erkk.. bukankah perkataan Hallelujah ni di gunakan oleh penganut agama Kristian. Aku try baca status yang di tulis dalam bahasa arab tu.. yang di translated sebagai Hallelujah tu berasal dari perkataan @ ucapan Subahanallah. Kalau di translated ke bahasa melayu bermaksud Maha suci Allah. Kalau di translate ke bahasa english jadi Hallelujah. Hurmm.. sungguh aku keliru sebab aku tak tahu apakah Subahanallah benar2 di sebut sebagai Hallelujah dalam bahasa english??? Atau ada perkataan lain dalam bahasa Inggeris untuk umat Islam menterjemahkan maksud Subahanallah??


Hurmm.. agak meragukan & boleh mengelirukan jugak kalau translation ni menterjemah perkataan Subahanallah kepada Hallelujah. Sebab orang Islam tak kira apa bangsa atau bahasa pun rasanya tak sebut Hallelujah. Kalau kita tak semak betul2.. & kalau tak kerana gambar kaabah yang di attach bersama status dalam bahasa arab tu tentu kita sendiri tak perasaan kekeliruan macam ni kan?? Atau aku je baru tahu.. almaklumlah aku bukan bijak pandai. ilmu agama aku cetek je.

Sumber Lautan Biru

Aku tak sure la samada semua ni tak di sengajakan atau ada motif tersembunyi tapi kita sebagai seorang muslim ni kena lebih prihatin sebelum menyebar. Kang orang lain yang baca status tu mengguna translate by bing ni jadi salah faham pulak. Nak2 lagi yang non-muslim.


Apapun aku memang tak pasti samada boleh atau tak perkataan Hallelujah di gunakan oleh umat Islam.. Yang aku sangat pasti memang perkataan ni hanya di gunakan oleh penganut agama kristian untuk agama mereka. Jadi pada anda yang ada ilmu tentang ni mohon la kongsikan dengan aku yang jahil & mungkin dengan mereka2 yang lain seperti kami yang ingin belajar sama2. Aku akan cuba sedaya upaya mencari guru untuk merujuk, Insya Allah.

Kat sini aku sertakan semua info2 yang aku jumpa dari google berkenaan berkataan Subahanallah & Hallelujah

 Sumber Wikipedia

Sumber Kamus Arab - English

P/S : Berkaitan hukum & agama ni aku tak berani nak bagi pandangan kalau takde fakta sahih tapi kalau aku la even subahanallah & hallelujah dari apa yang aku search mempunyai maksud yang sama tapi kalau orang Islam sebut tetap pelik & serong bagi orang Islam lain yang mendengarnya, so even sama maksud pun kalau aku memang takkan sebut la perkataan Hallelujah tu.

3 comments:

  1. salam mami lala..
    mungkin jgk cara sebutan mereka lain..mungkin jgk dari mazhab lain..
    wallahuallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hallelujah tu untuk kristian SAHAJA.
      Sekian..

      Delete
  2. Ustaz Azhar Idrus kata bahawa para ulama' telah sepakat mengatakan haram untuk menggunakan perkataan hallelujah. Walaupun niat untuk memuji Allah, masih lagi haram.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com