TAK SEMPAT BERSERAM DI KELLIE CASTLE

15.5.14 Suria Lekatlekit 16 Comments

Seharian semalam aku takde merepek kat Fb mahupun kat blog maka ketahuilah aku aku diam diri dari FB tu bermakna aku berada di luar kawasan rumah aku. Balik kampung sekejab. 1 malam je kat kampung. Macam besa la.. aku ni balik kampung tak pernah nak lama - lama. Takde apa.. sesaja je balik tanpa plan.

Perjalanan balik dari kampung ke Selangor darul ehsan ni sempat jugak singgah di tempat yang terkenal dengan cerita seram, mistik & aktiviti paranormal kat perak ni.. dimana lagi kalau bukan sebuah istana lama bernama Kellie Castle.  Tapi sayangnya kami hanya tengok dari jauh.. nak masuk time tu masih boleh. Tak silap tiket dia singgit je sorang tapi memandangkan anak aku yang baru je recover dari gangguan mistik ni.. hurmmm.. takpe. Tak payah aku cari penyakit walau hati ni ada juga keinginan nak jejak kaki masuk ke dalam & tengok sendiri.. & kalau boleh merasai keseraman dalam kellie's castle tu nak jugak rasa. Al Maklum la aku ni kan peminat cerita seram..

Kira aku tengok jauh dari jarak yang macam dalam gambar ni dengan istana kellie ni. Tapi gambar ni aku cari kat google jer

Aku sempat jugak terbaca banner yang di gantung katanya ada aktiviti paranormal pada tengah malam yang sesapa saja nak join boleh join tapi tak perasaan pulak tarikh tu. Wah.. macam best je. Kalau takde anak ni.. Rasa nak jugak join. So, sebab anak aku hanya tengok dari jauh je kellie castle & takde feel apa2 yang pelik melainkan rasa hampa sikit la tak dapat masuk. Kalau yang tak tahu sejarah & cerita seram kellie castle ni jom kita ungkit balik..


Kalau korang nak tau kisah2 seram di kellie castle ni korang google je Kellie castle macam2 kisah ada. Yang pasti pengalaman seram bukan pengalaman lucu. Aku nak share aku takde kisah seram dengan kellie castle.. tak sempat nak berseram katanya... kekekekeke

16 comments:

  1. Tempat ni kalau siang siang , panassss ! Pernah naik juga atas bumbung tu. View cantikla. Hijau je nampak. :D

    ReplyDelete
  2. Dekat jer dengan kampung halaman. Baru sekali je masuk ke dalam. Sekarang ni dah tak seseram dulu. Dulu waktu penuh dengan pokok-pokok menjalar kat dinding-dinding dia, dari jauh kita tengok pun dah naik bulu roma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? yelah.. dorang dah jadikan tempat tu destinasi pelancongan so, dah tempat dia pun nampak bersih & terjaga. dari jauh tengok memang tak menyeramkan langsung

      Delete
  3. pena smpai situ tapi tak dpt masuk sbb da lewat ptg then time tu ada shooting.bagus gak awak tak masuk sbb ank awk baru nak sembuh kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab fikir anak la tak masuk. taknak la kan anak sakit lagi. Tak sanggup tengok anak sakit.. takut tu memang x berapa takut sangat tp lebih takut kalau anak sakit

      Delete
  4. haha..akak nie..boleh pulak tak sempat ehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan Nursaila.. demi anak katanya. kalau x pasal anak rasanya dah redah masuk

      Delete
  5. akk percaya x,rara duk perak dr lahir,x pernah lg pegi kellie Castle ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha percaya sebab akak orang kedah tp seumur hidup tak pernah pegi pun pekan rabu yg popular kat alor star..

      Delete
  6. akak pi vacation kat Ipoh memang lalu kat situ tp xde hati nak singgah..x tau la knp...

    ReplyDelete
  7. wahhhh... terujanya tengok...teringinyaaa nak pergi.. macam best je.. hehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah lagi sampai ke sini..

    ReplyDelete
  9. saya pun tak penah dari jauh
    kadang cite seram ni, bila selalu dimomokkan
    memang akan jadi seram walau hakikatnya tak seram =)

    ReplyDelete
  10. dah bace cerita pasal tempat ni memang akan rase takut kalau masuk bangunan ni.. dah try masuk dah bgnn ni.. tempat ni cantik jugak kalu buat photoshoot ^^
    http://sinarcintaku.blogspot.com/2013/05/kellies-castle-perak.html

    ReplyDelete
  11. salam mami lala..
    nmpk cam best jer nk berseram kat situ..? ehehe..
    tak pernah sampai lagi kat sini...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!