PERKARA YANG TAK PATUT CAKAP BILA JUMPA SEMULA KAWAN LAMA

23.8.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Era laman sosial sekarang ni memang memudahkan urusan jejak kasih, jejak kekasih & segala macam jejak la. Dari aku sendiri pun laman sosial memang banyak menemukan aku dengan kawan2 lama yang ada berpuluh tahun tak pernah jumpa apatah lagi dengar khabar, nak2 lagi kawan sekolah tak kira sekolah rendah atau sekolah menengah. Pertemuan paling aku tak sangka adalah dengan cikgu kelas aku masa darjah dua, cikgu Fauzilah. Sampai sekarang cikgu fauzilah masih sama macam aku pernah kenal. Cikgu yang cukup penyayang & sentiasa buat anak murid rasa nak bermanja dengan dia.

Berbalik pada isu yang di bangkitkan.. Isu soalan atau kenyataan yang tak patut kita cakap bila bertemu semula dengan kawan lama nak2 lagi yang dah makan puluh tahun tak pernah jumpa sebab mungkin sekarang depa dah jadi orang yang berbeza jadi kena hati hati dengan percakapan atau persoalan kita nak tanya.

1. Bila jumpa kawan lama jangan sesekali cakap tentang fizikal kalau benda tu tak kearah pujian sangat. Tak perlu puji palsu cukup jangan sentuh bab tu lagi. Contoh kita tengok dia dah gemuk.. Ambil masa berbual isu lain dulu macam tanya khabar bagai dulu untuk kenali perangai kawan kita samada dia masih macam dulu atau dah berubah sebelum kita ajukan soalan yang sensitif tentang bentuk fizikal

2. Tak perlu baru je jumpa balik tak sampai sejam nak cerita semua kebahagian.. kekayaan atau kejayaan kita miliki. Kadang2 ada jenis kawan camtu. Tak menyempat nak menunjuk ni sampai orang tak tanya pun dia sendiri cerita. Akan buat orang rasa tak berapa nak rapatkan hubungan dengan kita dah kalau dah perangai macam tu. Rasa bangga diri yang melampau2 sesungguhnya tak ramai orang suka. kekekeke

3. Tak payah soal siasat rumahtangga orang sangat. Ni baru je jumpa balik.. sembang baru 5 minit dah tanya laki kau keja apa.. kau pakai kereta apa.. duduk rumah berapa tingkat. Tak semua orang selesa nak cerita hal peribadi macam tu even di suatu ketika puluhan tahun yang lalu kita pernah rapat dengan dia. Masing2 dah terpisah lama.. mungkin ada kejanggalan untuk berkongsi cerita peribadi bila jumpa balik.

4. Soalan biasa yang kadang2 jadi sensitif kadang2 tak bergantung pada individu.. iatu status perkahwinan. Seeloknya jangan jumpa terus tanya. Tukarkan soalan dah kawen ke belum tu dengan soalan.. sekarang buat apa? Kadang2 dari soalan tu kita boleh dapat jawapan status dia. contoh.. aku sekarang surirumah jer.. jaga anak. laki tak bagi kerja. Kan?? tak perlu tanya kita dah tau status dia. Atau yang single akan menjawab.. kerja pejabat gomen jer.. tak kerja pun nak buat apa. Laki takde.. anak apatah lagi. Pun kita boleh detect jugak status dia.

5. Jangan terus ungkit kisah lama yang menyakitkan hati kawan kita. Mungkin lucu bagi kita.. tapi mengaibkan bagi dia. So, nak mengulit kenangan pun kita kena kenali perwatakkan & perangai kawan kita sekarang. Masa boleh mengubah seseorang jadi tak seperti apa yang pernah kita kenal jadi perlu berhati hati dalam pertemuan semula sebab kita umpama berkenalan semula dengan orang yang kita pernah kenal satu ketika dulu.

Sekadar hiasan sumber dari google

Ni survey takde rujukan dari mana2.. aku tulis sendiri berdasarkan apa yang aku rasa & aku lihat jugak dengar dari orang2 sekeliling. kalau ada penambahan boleh tambah kat kotak komen. Apapun setiap patah kata kita kena jaga bila kita berhadapan dengan orang yang dah lama kita tak jumpa apatah lagi dengan orang yang baru kita kenal sebab kita kena tahu tahap sensitiviti orang tu untuk terima apa yang kita tanya atau cakap jangan kita main sondol tak pakai helmet takut nanti tak pasal pasal kepala benjol. Yang paling penting nak bergurau jangan over.. Slow2 dulu jangan nak buat lawak tak tengok traffic light kaler apa dah. kekekekeke

4 comments:

  1. memang betul kak. kadang-kadang kita x sengaja. Mintak maaf balik. 1 lagi bila keluar dengan member, nak2 yang dah lama x jumpa, elakkan selalu layan phone lebih dari member sendiri. Rasa annoying plak haha

    ReplyDelete
  2. Ramai je kurang akal suka ckp ntah apa2. Dulu kan.. Pernah la dua org ( dua masa yg berlainan) tegur akak kata akk gemuk . Masa tu tgh hamil 5-6 bulan. Adoii menyirap gak darah. Sah2 aku peknen kot.. Kau tu x peknen lg gemok dari aku apa hal. Tp ckp dlm hati jelah. Sejak tu duk berazam tiap kali pas bersalin mesti nak kurus sbb benci org sebut gemok ni tau. Sentap. Ekeke

    Kena gak setahun lepas kot. Jmp balik kwn sek men kat fb siap dia in box soal siasat kerja mana bagai tup2 tny laki ko kerja sebagai apa? Gaji berapa? Haha.. Mmg bolat mata baca soalan dia

    ReplyDelete
  3. hebat cik lekit punya kajian
    tapi memang betul pun, lumrah manusia
    berasakan diri lebih hebat dari orang lain
    disebabkan tu saya tak suka menghadiri mana-mana perjumpaan sekolah
    saya tak kuat untuk menghadapi segala kejian orang

    ReplyDelete
  4. biasalah tu mulut orang kan..kajian yang bagus..hihihi..rata2 kawan2 lama saya cakap saya dah gemuk..dulu cekeding

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!