BLOG NI ANJURKAN CONTEST TAPI TAK UMUM PEMENANG,MACAM TIPU JE

9/29/2014 01:57:00 PM suria lekatlekit 29 Comments

Perkara ni bukan perkara baru kot. Sebelum ni pun dah biasa terjadi macam - macam kes blogger yang anjurkan giveaway/contest dengan hadiah gempak2 kemudian senyap atau tetiba cancel dengan alasan2 yang tak berapa logik. Yang terbaru ni aku perasan 1 contest yang aku pernah join pun macam tu jugak nampaknya.


Aku join contest ni 25 Mei 2014. Mengikut syarat contest tamat 30 Jun 2014. Pemenang akan di umumkan pertengahan hingga hujung bulan Julai. Tapi nampaknya dah nak habis september aku tak nampak pun mana2 entri dia annouce nama2 pemenang pun. Biar betul. kalau ada masalah teknikal sepatutnya dia update bagitau. Takkan senyap camtu je kot.

Buat contest takde la simple sangat syarat dia. Kena jugak buat entri dengan kreatif. Hadiah di janjikan pun takde la cikai2 sangat. Wang tunai yang agak banyak. Ni nak tarik traffic ke blog je ke hapa? Dah la blog copypaste jer...

Aku cuba siasat kat blog dia sepanjang Julai nampanya takde sebarang update apa2 entri. Ogos dia mula update balik tapi tak jumpa pun pasal contest yang di anjurkan. Aku siasat secara kasar je jadi aku tak berani nak dedahkan blog mana? Contest tu yang join pun blogger2 yang otai2 jugak. Lagipun takpe bagi masa sikit maybe sepanjang Julai tu dia hilang ingatan baru tengah recover balik kot. Sebab tu dia lupa dia pernah anjurkan contest.

HADIAH UNTUK PEMENANG:
TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU
 Ni hadiah2 yang di janjikan. Tak cikai sangat la kan??

Hope admin blogger tu jangan permainkan orang semata mata nak dapat traffic tinggi. Janji tetap janji. Aku bukan la harap sangat aku menang sebab yang join bukan calang2 blogger kot tapi at least jangan main kecoh la beb! Ingat sekali kau menipu... mungkin ramai blogger yang akan up story pasal kau. Takde duit cakap takde duit.. kan? Tak payah nak tunjuk kaya saya buat contest hadiah wang tunai lepas tu senyap.

29 comments:

  1. Waaaaahhh..
    Hadiah tu mmg gempaqqqq..
    lya pom ada join skali cntest .. raya thn lps.. lps tu snyp gitu.. x annoucemnent pom.. ntah r.... biarlah dia.. tp blh ke wak camtu??

    ReplyDelete
  2. ish.. teruknya. tp masalah nya bila dah join, kita pun lupa nak check. bnyk sangat join.

    entry terkini...100% untuk mu

    ReplyDelete
  3. blog apa tu? habaq mai skit

    http://janganignore.blogspot.com/2014/09/kebenaran-3-malaysia-negara-kroni.html

    ReplyDelete
  4. alahai...kejar traffik kot...atau dia ada masalah dlaman..heheh..at least inform la kalau ada pape kan

    ReplyDelete
  5. Ada jgk blog yg anjurkan contest ... Peh tu skang nie xleh masuk plak ... Tak ker hampeh tu ... Ntah mana pergi plak blog tu ...

    ReplyDelete
  6. Hehe tau yg mana saya pun ada join...memang contest tu bukan calang2 blogger juga yg join..

    ReplyDelete
  7. Oooo..kontest tu..tau2..tapi tak join pun..tapi akak tau la suria ada buat entry kontest tu dulu..

    ReplyDelete
  8. saya rasa macam pernah nampak, benda ni
    sape punya ye, lupa ler pula

    ReplyDelete
  9. hahaha....nak adiah gempak2 je.pdhl duit nan hado

    ReplyDelete
  10. saya pun ada join contest ni suria. pernah jugak jenguk blog tu, kot2 dah umumkan pemenang. sampai sekarang sunyi je. tapi entry dia berupdate.

    ReplyDelete
  11. Hebatnya hadiah dia! Cuba tny dia..

    ReplyDelete
  12. saya belum pernah kena lagi tapi bila baca entry kak Suria ni boleh beri peringatan kepada saya.

    ReplyDelete
  13. raya lepas pun ada jugak join contest raya tapi takde announce pemenang apepun.... last2 aku wat bodo aje laaa... muahahahha

    ReplyDelete
  14. 1st time dengar ada org tipu giveaway. Mayb sbb saya jrg masuk GA dan contest ni. Hehe.
    Tp mmg takbaikla kalau tipu2 mcmni

    Tumpang lalu
    www.mynutriqueen.com

    ReplyDelete
  15. Uhadiah terlampau gempak. Takut nak cuba takut menipu...

    Tepuk dahi ajerla...

    Jom http://www.rinaprettyhealthy.com

    ReplyDelete
  16. Pernah jugak terkena.. katenyer saye ni pemenang.. tp hadiahnyer smpai skrg x kunjung tiba.. maklumat mcm2 diminta.. last2 dia diam jer.. hilang entah ke mana.. aihhhh..

    ReplyDelete
  17. dia sakit kot.

    haha..

    tapi post hupdate memanjang.

    ReplyDelete
  18. Pendapat saya..cuba pm dia dalam 2x. Kot dia terlupa. Maybe dia buat banyak sangat GA sampai x ingat mana yang dah bagi hadiah n mana yang belum kot. Maybe dia ada banyak blog juga sampai x terhandle.
    Semua andaian saya je.
    Tapi, x salah bertanya kan?

    ReplyDelete
  19. Masalah saya pulak, dulu.saya selalu buat GA. Dah umum pemenang. Then, siap inform setiap pemenang kat blog masing-masing.
    Saya bagi dateline tuntut hadiah.
    Tapi ramai x tuntut.
    Siap bagi chance ke2 x jugak tuntut.
    Kita pun busy dengan perkara lain kan.
    Tup..tup...dah lama lepas tu nak jugak hadiah.
    Siap tanya banyak kali macamana hadiah dia..
    Erghh...

    ReplyDelete
  20. Gempak hadiah² tu. Takkan dah hilang ingatan yg dia pernah buat GA? Ker nak traffic lebih...hurmmmm...Macam² perangai orang ni kan.

    ReplyDelete
  21. rasanya sy tahu itu blog yg mana satu....sy ada join contest tu huhu

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. eh eh poyo tacing ker? Poyo ke penganjur contest tu? Kekekekee

      Delete
  23. mama join jugak kontest ni...

    salam media pun ada kontest tapi tak umum pemenang... pelik lah dorang ni..

    ReplyDelete
  24. aduahi.. hadiah bukan main best lagi tu.. tapi, tak umum pulak pemenang.. emmmm

    ReplyDelete
  25. yg dah umum hadiah xbg2 pun ade asik delayyy smpai bila pun xtau..sian blogger yg mnggu hadiah bertuah mereka..

    ReplyDelete
  26. Ooo...contest ni...ingat dh umum pemenang dh...blim rupanya....ermmm hadoooo.....akak pun join dik....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com