JATUH TALAK SATU KALAU HISAP ROKOK

7.9.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Mesti perokok2 yang dah kawen tertelan puting rokok baca tajuk entri ni kan?? Kalau betul la hisap rokok boleh jatuh talak satu bayangkan berapa ratus juta talak dah jatuh sejak korang kawen tapi korang tak pernah tau? Mesti yang panik tahap lipas kena sembur ridset kan?? Aku pun tergamam jugak baca pasal jatuh talak satu kalau hisap rokok tak kira secara terang terangan depan pasangan atau secara sembunyi sembunyi.

Sumber google

Al kisah semalam terbaca satu keratan taklik yang di share kat page Pen Merah dot com yang terdapat taklik yang tertulis Kalau hisap rokok secara terang terangan atau secara sembunyi jatuh talak satu. Mak Aih... sapa nak kawen dengan keluarga sipolan tu 2 tahun sebelum kawen sila belajar berhenti merokok la. Mau nya tak tahan nafsu nak berasap.. tak pepasal la jatuh talak tanpa rela.


Niat keluarga sipolan tu mungkin bagus.. Nak anak menantu hidup sihat & tak membazir beli rokok tapi taklik tu macam... bahaya jugak. Buatnya ter isap walau satu sedutan jer pun, maka jatuh la talak. Bukan kata salah.. tapi rasanya tak perlu kot lafaz taklik camtu. Kalau perokok ni perlu ambil masa jugak nak berhenti merokok. Bukan boleh on the spot. Kalau tetiba jer berhenti pun boleh memudaratkan diri perokok tu. So, kena bagi masa jugak.

Kalau isap paip di kira isap rokok jugak ke? hahahaha

Apapun setiap tindakkan biarlah berlandaskan akal. Sebelum buat sesuatu ambil masa panjang sikit berfikir. Pada yang dah lafaz taklik camtu moga ia jadi pendorong anda tidak akan kembali hisap rokok. Ingat rokok.. Ingat bini anda. Kalau pilih rokok, bini hilang. kekekeke Peace!

7 comments:

  1. perghhh bahaya... nasib mak aku tak buat syarat takliq camni...

    ReplyDelete
  2. nampak sgt cerewetnya mak pengantin tu yer

    ReplyDelete
  3. cepat ler anak dia menjanda ... hahaha.. ada satu lagi pasal pemilikan harta tu.. semua harta kena atas nama isteri sahajaaa?? waa?? dgn syarat2 tu mcm nak jadikan si suami sebagai pak turut .. sapa suami sebenarnya ni?

    ReplyDelete
  4. Macam². Boleh ker buat syarat taklik macam tu...haishhh...

    ReplyDelete
  5. I really like your blog.. very nice colors & theme.
    Did you make this website yourself or did you hire someone to do it for you?
    Plz answer back as I'm looking to construct my own blog and
    would like to find out where u got this from. kudos

    Visit my web blog sell my car quickly

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!