ANAK ROSYAM NOR DI SURUH BUKA TUDUNG SYARAT DI TERIMA BEKERJA

20.12.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Tu dia abislah kau. Memang silap langkah la sebab yang pergi minta kerja tu anak Rosyam Nor. Kat Malaysia sapa yang tak kenal Rosyam Nor. Pelakon popular tu. Ni bukan Rosyam Nor Zaman Gila Gila Remaja kot orang tak kenal.. Ni Zaman Castello sebut je Rosyam Nor Bukan nama asing dalam industri seni malaysia ni.

Sumber Google

Mula menjadi Viral Tweet dari Pelakon terkenal ni berkenaan sebuah kedai yang terdapat di One Utama yang mengenakan syarat harus buka tudung kalau nak bekerja di premis perniagaan mereka. Kena pulak anak Rosyam Nor yang baru lepas SPM yang minta kerja & di minta buka tudung kalau berminat nak kerja. Balik dia report bapak dia.. bapak dia tweet pulak pasal tu.. Tunggu la je la apa akibatnya. Siap nama kedai tu.. HAMLEY'S

Sumber FB

Kadang2 yang non muslim memang mengenakan syarat macam tu. Ini Malaysia kot bukan negara  Amerika. Bangsa lain bekerja di Syarikat milik orang Islam takde pun di wajibkan pakai tudung.. kenapa pulak kalau perempuan muslim yang nak bekerja di premis perniagaan Non Muslim tak boleh pakai tudung? Kau nak jual barang ke kau nak jual peha atau kepala salesgirl @ staff??

Jadikan pengajaran yer pada yang lain2. Maybe dia tak kenal anak rosyam nor tapi sayangnya kat Malaysia ni ramai orang kenal Rosyam Nor. Dia berpengaruh & ramai peminat.. Kalau dah keluar tweet macam tu sapa tahu maybe premis tu di kenakan tindakkan atau di boikot. Nasib kau lah labu...

Katanya nak siasat. Gamaknya kalau bukan anak Rosyam Nor.. ada ke siasatan akan di lakukan?? peace!

7 comments:

  1. dah viral mmg nk kne siasat la
    kalau tak diam cmtu je kan

    ReplyDelete
  2. siasat pun...benda dah jadi, sampai bila orang akan ingat hamleys & kes ni

    ReplyDelete
  3. Hmm... Memang ada kedai macam ni.. Teruk betul. Apa kena mengena hijab tu dgn komitmen kerja kan?

    ReplyDelete
  4. tau takpe..kalau saya yang mintak keje mampus takde siapa heran nak siasat..
    tak heran pon tak keje tempat camtu..

    ReplyDelete
  5. Kalau dah kena tweet, memanglah cepat-cepat bagi response. Kalau tidak, matilah kena boikot nanti. Yalahkan, bukan nak pi kerja kat kelab malam sampai kena buka tudung nampakkan kelengkang. Nasib baik anak Rosyam Noor. Kalau kita-kita yang tak famous ni, memang takda tindakan diambillah.

    ReplyDelete
  6. memang dasar tak tahu untung...!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!