BILA LAKI AKU BUKAN LAKI KAU..

12.12.14 Suria Lekatlekit 9 Comments

Aku seorang ibu yang banyak halangan nak melakukan kebanyakkan aktiviti yang aku suka sebab status aku sebagai seorang isteri & ibu tapi aku tak labelkan dia sebagai halangan cuma aku anggap dia sebagai pengorbanan. Setiap hari aku cuba enjoy je dengan apa yang boleh aku buat & tak nak fikir sangat benda2 yang di luar kemampuan aku nak buat even benda tu mungkin satu ketika dulu aku suka sangat buat.

Ada orang kata alasan.. Orang lain ada anak pun boleh buat, tetiba kau baru ada sorang dah macam semua benda tak boleh buat. Kalau dah suka tu.. Takde alasan . Aku kadang2.. terasa sakit jugak dengan statement2 camni.. Satu dia compare kita dengan ibu2 lain.. sedangkan cara hidup & jalan hidup juga pasangan hidup kita adalah berbeza. So, kalau sipolan tu boleh buat.. Tak semestinya sipolan yang lain pun boleh buat benda yang sama. Contoh tengok wayang.. sejak ada anak aku memang tak pernah tengok wayang sebab anak aku tak boleh duduk diam  tengok je skrin pawagam tu. Nak2 lagi cerita dia tak minat.. Ada kawan2 aku yang ada anak kecik seusia anak aku, ok boleh bawak masuk panggung. Sangat behave.. boleh tengok cerita tanpa mengganggu orang lain. Anak dia dengan anak aku tak sama.. Sebab tu dia boleh buat benda yang aku tak boleh buat. Jadi aku tengok dvd seram jer.. lambat pun lambat la janji aku boleh tengok apa aku suka.

bab bersosial.. ada orang kata amboi dah kawen nak berkepit je dengan laki kalau nak kemana mana. Dah tak boleh jalan sendiri ke? Aku ni anak 3 rilex jer heret pi gathering, shopping, lepak mamak dengan member2 tak payah tunggu laki aku bawak. Tu laki kau.. bukan laki aku. Laki aku jenis overprotect. Tu aku akui... Nak2 lagi anak dia. Memang dia tak bagi aku dengan anak aku keluar tanpa dia. Anak dia pun tak bagi orang lain jaga sebab tu kami hanya pergi tempat2 yang boleh bawak budak. Yang tak boleh tu.. kalau setakat untuk kepuasan diri.. takde maknanya kami nak pergi kalau sampai kena bagi anak orang lain jaga even family aku sendiri @ family asben aku. Dan aku tak rasa pun benda tu satu kongkongan atau siksaan.. Sebab setiap hari aku sentiasa belajar untuk enjoy dengan apa yang aku boleh buat dalam hidup aku.

So, kat sini orang yang suka buat kesimpulan pada kehidupan orang lain kena paham.. Setiap orang ada kehidupan yang berbeza. Mungkin bahagia kita tak sama caranya.. tapi sama je rasanya. Aku happy dengan life aku... kenapa pulak kau yang rasa tersiksa, kan?? kekekekeke. Dan kena ingat benda ni.. anak aku bukan anak kau jadi perangai mereka mustahil sama.. Dan laki aku bukan laki kau, jadi banyak perkara akan berbeza dalam kehidupan kita. Even laki kita sama pun belum tentu kehidupan kita akan jadi sama jugak. Sebab tu tak semua perkara kau boleh buat, orang lain jugak boleh buat. Ada paham?? hehehehehe Peace!

Contoh drama selamat pengantin madu ni.. even bersuamikan orang yang sama tapi kehidupan mereka tetap berbeza sebab suami dia terpaksa jadi orang yang berbeza nak tangani isteri2 yang berbeza perangai.

P/S : Entri ni sekadar pendapat & pandangan aku tak merujuk kepada mana2 pihak.. Tapi percayalah perkara ni memang berlaku dalam kehidupan kita. Memang ada manusia suka compare kehidupan dia dengan kehidupan orang lain. Kalau semua sama.. kita hidup macam pakai uniform je la.. takde apa yang berbeza. 

** Sejujurnya entri ni terilham dari satu entri blogger tapi bukan aku point dia cuma aku dapat idea nak buat entri ni dari komen2 yang terdapat dalam entri tu. Pun tak merujuk pada pengomen di situ la.. Lebih kepada apa yang berlaku di sekeliling aku. Cuma ilham datang dari situ buat aku teringat something untuk tulis entri ni**

9 comments:

  1. Xpe sis.akk faham.jangan terasa tau dgn entry akk.akk bkn point kat sapa2 tau.tu sekadar nak bercerita dan anggap je sekadar pendapat peribadi akk je ye sis...hehehe..tq dtg blog akk dan baca dan bt plak entry..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh.. akak jangan salah faham. macam saya cakap kat last entri cuma terilham tapi bukan di adaptasi dari entri akak tau.. entri akak tu takde salah malah bagus bagi motivasi pada orang lain.. yang saya tulis ni just perkara yang berlaku di sekeliling saya.. bila baca entri & komen2 kat blog akak tu buat saya teringat something & menulis entri ni.. saya risau jugak kadang2 orang salah faham terus banned saya.. lepas tu kata saya blogger suka bergaduh padahal.. kadang2 entri orang just macam bagi ilham jer.. bukan saya point orang yang tulis entri tu pun.. susah nak terangkan hope akak faham la yer

      Delete
  2. saya setuju dengan kak suria. orang suka banding bandingkan antara diri kita dengan orang lain padahal kita semua tak sama. Allah jadikan kita berbeza beza. Berbeza keluarga, cara dibesarkan, latar belakang, pendidikan, masyarakat dan sebagainya. Tak adillah nak membuat perbandingan. apa yang kak suria cakap banyak betulnya. Kita adalah kita. kita tak boleh jadi diri orang lain. saya kadang2 buat pekak je dengan orang yang suka banding bandingkan saya dengan orang lain ni.

    ReplyDelete
  3. Tak semua orang berada dalam situasi yang sama dengan kita, mempunyai kapasiti, keutamaan atau pandangan yang sama. Jadi mengatakan "kalau aku boleh buat, orang lain juga pasti boleh" atau sebaliknya adalah kurang tepat.
    Tengok saja industri MLM. Ungkapan ni memang ungkapan ruji MLMers :) Tapi sebetulnya berapa peratus je yang berjaya.

    ReplyDelete
  4. agreed! setiap orang berbeza life dia. Just be happy with our own lives, tak yah compare ngan hidup orang lain

    ReplyDelete
  5. so far saya ok je dengan life sendiri :) hihi.. alhamdulillah. singgah baca entry

    ReplyDelete
  6. Saya sangat-sangat setuju. Sampai sekarang dan beranak 3 ni, cik husband nak keluar isi minyak pun nak heret kami anak-beranak. Pastu ada la mulut-mulut kata cik husband takutkan saya...ish-ish

    ReplyDelete
  7. saya ok je mana2 pon..hidup masing2..hak masing2..nak compare2 pon malas nak pikir..

    ReplyDelete
  8. Oh, akak tak suka bagi alasan 'anak-anak' sebab tak dapat buat sesuatu yang akak suka. Alasan paling akak suka of courselah takda masa sebab sibuk sangat tapi memanglah cakap tak berfikir orang kata. Kalau sibuk sangat, takkanlah boleh blogwalking 12 jam sehari, tengok cerita Korea tetiap malam tapi bila cakap bab belajar perkara baru, buat sesuatu yang pernah jadi hobi dulu-dulu, kata takda masa sibuk konon. Ceh, teruk tau akak ni! (Tak payah nak tunggu orang tempelak akak dah tempelak diri sendiri!)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!