CHECK EMAIL SEKARANG TNB NAK BAGI RM150K PADA EMAIL BERTUAH

12/24/2014 02:10:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

tetiba je nak bagi kita duit dengan alasan aku antara 7 email yang terpilih. Tak pepasal pulak email aku yang terpilih. Rajin sungguh pihak Tenaga Nasional Berhad dok cari email aku. Gamaknya staff2 TNB atau pemegang Account dengan TNB ni dah abis dah kot di beri hadiah sempena krismas.

Sumber google

Aduhai.. email2 menjerat macam ni rasanya orang baru kenal email maybe terpedaya la kot. Tak pepasal kau nak bagi aku duit, lepas tu katanya di bayar melalui bank antarabangsa. Dah tu suruh jangan rujuk TNB pasal email di hantar sehingga proses duit tu di buat. katanya protokol supaya nombor bertuah kita tu tak di salahgunakan oleh orang lain.


hahahaha.. lawak sangat kan? Kalau betul hadiah ni memang TNB ikhlas nak bagi kenapa tak boleh dedahkan email ni kepada TNB. Kalau betul mesti la orang nak sahkan dengan TNB dulu kan? yelah.. tetiba je email aku yang kau pilih, kau dah kenapa? hahahahaha Nak suruh kita hantar butir2 peribadi. Sudah - sudah la buang masa buat kerja tak berfaedah tu. Tapi tak mustahil ada yang mungkin terpedaya cuma nasihat aku, sebelum buat apa2 keputusan memberi data peribadi hangpa kat sapa2 atau apa2.. check dulu betul2 kesahihannya. Jangan dengar TNB dia rasa confident sangat dah.. Sebab yelah.. dia fikir, TNB takkan nak menipu. TNB memang tak menipu tapi orang nak menipu bukan setakat nama TNB dia boleh guna.. nama PM, nama sultan pun orang boleh jual tau tak??

Moral of the story.. takde sesenang dalam dunia ni nak dapat duit even singgit. So, jangan otak terus berhenti berfungsi bila tetiba orang kata nak bagi duit. Teliti dulu kesahihannya sebelum bertindak. Takut sebab RM150K.. anda kehilangan puluh puluh ribu atau kehilangan sesuatu yang lebih bernilai dari duit, siapa tahu. Zaman sekarang jenayah boleh berlaku di mana mana saja even depan pc,laptop,smartphone bagai. Berhati hati yer..

7 comments:

  1. heheheh...dah terdesak sangt nih..

    ReplyDelete
  2. Hahahahahahaha kita pun dapat email yang sama , tapi bila baca takleh dedahkan tu. Eh lagi semangat rasa nak dedahkan. Hahahaha.

    ReplyDelete
  3. tengok email pon dah tah tahu spam.. outlook? aiyoo..baru register outlook letteww.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. Merapu betullah... Katanya dari bahagian ganjaran TNB, kenapa tak mahu letak no. telefon pejabat, mesti nak letak no. handphone? Eh, ada ek Jabatan Ganjaran ni? Apa fungsinya yek? Pakai outlook je ke? Kesian pada yang tak tahu, mungkin ada juga yang tertipu. Pada yang rambang mata, tak payah ceritalah memang pitam tengok amaun tu!

    ReplyDelete
  5. apekehey nya orang tnb guna email @outlook pulak..hahaha..

    ReplyDelete
  6. moral of the story nothing Free in this world. haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com