INILAH AKIBAT TERUS GUNA PRODUK GLAMOSKIN

12/31/2014 10:38:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Masa baru dapat produk ni wah kemain excited sangat aku. Nak2 baca testimoni dia yang memang menggugat jiwa seorang perempuan ni. Al maklum orang pompuan ni mudah sangat terpengaruh dengan produk.. Tak kira produk kecantikan atau kesihatan. Tak menyempat nak tenyeh kat muka. Dapat tu.. saat tu jugak nak try.


Nak2 pulak kulit aku ni jadi bermasalah teruk sikit.. Maybe guna foundation yang tak sesuai dengan kulit even bila pakai foundation tu.. memang nampak sekata & cantik.  tapi Jadi berjerawat kemudian bila kecut jadi berparut. Memang seram jugak la tengok muka sendiri dalam cermin. Lebih seram dari tengok filem Long Khong tau. hahahaha So, aku harap sangat la glamoskin ni menjadi wonderpets datang membantu.

Lebih kurang camni la jenis parut bekas jerawat yang berlaku tapi ni gambar aku google jer. Sekadar contoh

Tanpa fikir panjang dapat je terus guna even sebelum ni aku guna produk lain. Akibatnya kulit terima kejutan.. naik pulak jerawat pasir yang macam ruam2 tu. Hambik kau! tak menyempat sangat katanya nak cantik. Maka aku stop sekejab guna semua produk selama lebih kurang seminggu lebih baru aku mula try balik Glamoskin. Alhamdulillah tak ada sebarang effect jahat. Aritu maybe depa bergaduh sikit kot kat kulit aku, tetiba je kau tenyeh warga baru tak bagi salam kan, kekekeke. Salah sendiri jugak terus campur produk.. sepatutnya sebelum bertukar produk memang kena stop sekejab seminggu dua. sesetengah orang ok boleh je tukar secara drastik, sesetengah orang kulit sensitif ni memang jadi krisis identiti sikit la kalau tukar secara mengejut camtu.


Setakat ni.. Kulit semakin pulih, parut jerawat akibat salah pakai foundation tu dah semakin pudar. Yang best produk Glamoskin ni.. Pencuci muka dia memang lepas pakai kita rasa rasa muka jadi licin.. & bau dia wangi. Dia menghalang jerawat dari tumbuh jugak. Collagen gel dia.. selain dari penggunaan berterusan dapat mengembalikan keremajaan kulit anda.. dia mampu mencerahkan kulit seawal seminggu selepas penggunaannya. Selain merawat masalah jerawat & memulihkan kesan penuaan pada wajah dengan penggunaan berterusan. Yang best collagen gel ni langsung tak berminyak.. kita sapu terus meresap dalam kulit. Kulit muka sensitif memang tak sesuai guna jenis cream yang berminyak ni jadi collagen gel sesuai untuk kulit berjerawat & berminyak. Dan tak mengeringkan kulit jugak jadi yang berkulit normal pun boleh pakai. Collagen gel ni pun tak perlu sapu banyak2.. sikit jer. Ambil hujung jari & ratakan ke seluruh muka. Boleh pakai setiap pagi & malam atau sebelum makeup. Tang guna sikit tu.. bagus. Kiranya boleh tahan lebih dari sebulan. Jimat kan?

Even aku guna tak sampai 4 minggu lagi.. Alhamdulillah masalah jerawat & parut jerawat nampak berkurangan. Bila jerawat tak tumbuh maka takde la parut baru. Kekekekke. So, aku akan teruskan dulu.. Insya Allah penggunaan secara consistent dapat membantu memulihkan kulit yang rosak & penuaan di wajah. kalau lepas ni tetiba orang tegur aku guna bahasa korea memang salah Glamoskin la buat aku jadi cantik & gebu macam orang korea (ok.. Ini berangan tahap melampaui batasan kemanusiaan)  hahahahaha
Boleh refer kat entri ni kalau nak tau kelebihan produk ni >> GLAMOSKIN <<

Kalau berminat boleh order kat sini
Fanpage :  https://www.facebook.com/GlamoSkin
Atau nak baca & tengok gambar testimoni2 yang lebih menghasut hangpa nak cuba boleh tengok kat sini>. Testimoni Produk & Video testimoni <<

4 comments:

  1. Woaahhh ! Bestnyaaa. Nak try jugaklah kalau macam ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aih..makcik ni semua dia nak try..kang muka jadi separuh ji hyo separuh ,aiswarya rai,separuh lagi muka era fazira cemana???hahahah

      Delete
  2. kalau boleh rehatkan muka sebelum tukar produk..yelah ada saki bakinya kan..mana waah baru suria oi

    ReplyDelete
  3. Akak ni rajin membeli, kalah memakai. Eh, adakan peribahasa gitu bunyi kekdahnya? Ahah, kalau dah pakai tudung orang masih lagi fikir Korean, memang berkesan sungguh produk nih.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com