KANDUNGAN ISTERI CHEF RIZ, SHIKIN MAEMBONG DI PERTIKAI

29.12.14 Suria Lekatlekit 14 Comments

 Sebelum ni fasha sandha & diana danielle pernah mencetuskan kontroversi bila announce kat umum depa dah mengandung walhal kawen tak sampai sebulan. paling rare fasha sandha 2 minggu kawen, umum mengandung 2 minggu. Orang pun rasa pelik.. 2 minggu kawen, 2 minggu mengandung. Macam tu jugak nasib menimpa chef Riz yang kategori tak menyempat sangat nak umum yang bini dia dah mengandung. tak ramai yang tahu berapa lama tempoh persenyawaan boleh berlaku selepas bersama pasangan Kat entri ni nanti aku bagitau yer..

 Sumber Media Hiburan

Biasa la.. Bila retis yang baru kawen. Tak retis pun orang yang baru kawen tup tp bagitau dah mengandung mula la mulut2 muncung macam cencorot memainkan peranannya.. Soalan.. Rasanya baru kawen takkan dah boleh detect dah mengandung. Aku dulu.. sebulan baru dapat kesan.. Iskk.. ni mesti dah terrrrrrrrrrrrrrrr.... Tu dia spekulasi paling jahat. Bila terbaca kat post media hiburan pasal cerita bini chef Riz dah mengandung banyak jugak komen2 berunsur pertikaian tentang kandungan bini chef riz ni.

Pertikaian kebanyakkan datang dari orang perempuan sendiri

Takde apa yang mustahil boleh kesan kandungan seawal 2 minggu. Teknologi semakin canggih dah.. Tak payah cempeqa sangat la. Orang tak sampai sebulan kawen pun dah boleh lekat kalau memang itu dah rezeki dia. Tak payah nak tuduh dia buat seks luar nikah bagai. Tu namanya bunting pelamin yer adik adik..

Bagi cencorot2 bermulut muncung ni maybe dia tak tahu tempoh paling awal kesan kehamilan & tempoh persenyawaan boleh berlaku.

sebenarnya boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan (Boleh rujuk DISINI untuk lebih info tentang kehamilan).
Persenyawaan boleh berlaku dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas waktu tersebut sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan.Bila ejakulasi berlaku pada suami semasa hubungan kelamin, sperma boleh hidup sehingga tiga hari untuk tujuan persenyawaan dengan benih dari ovari. (Rujukan DISINI). Tak mustahil la kita boleh mengesan kehamilan seawal seminggu selepas persenyawaan berlaku.

 Aku dah pernah buat entri pasal ni masa kecoh fasha sandha mengandung dulu (boleh rujuk entri STATUS KANDUNGAN FASHA SANDHA ).. Aku buat lagi entri baru sebab takpe la.. nak share ilmu bagi mereka2 yang terlepas entri lama tu. Hope.. bila orang yang baru kawen tetiba mengandung tak payah la kita nak buat spekulasi jahat.. Apa dia buat tu antara dia dengan Allah.. Kita berbaik sangka sudah. Jadi pengajaran juga pada pasangan pengantin baru.. Kalau bunting pelamin tu elok la sorok2 dulu dari pengetahuan umum.. bagitau mereka2 yang sepatutnya sudah.. Tak payah teruja sangat nanti kesan buruk tu balik pada diri sendiri.

 yang menarik untuk di baca :
Badan penyiasatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati bahawa berjuta-juta pendapatan daripada perdagangan rokok seludup telah disalurkan kepada al-Qaeda, Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain di dunia. Selebihnya baca kat link bawah ni

Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia?


14 comments:

  1. kalau tak kerana cite ni
    sata tak tahu pun dia dah kawin
    lagi sadis...hehe

    ReplyDelete
  2. heheh..lawak baca komen2 diaorang ni..Biasanya yang tak tahu dan rasa pelik ni budak2 je..yang belum kawen dan tak de pendedahan tentang kehamilan..Tapi ada jugak yang dah kawen tapi saja nak kepoh buat2 pelik..kategori mulut jahat ..

    ReplyDelete
  3. Macam macam hal. Rezeki masing masing. :D

    ReplyDelete
  4. Itula.better bersangka baik je kan?xsilap diana daniell pun camni jugakkan?klu x..xkan la dorang berani umum dia org dh mengandung kalau yg tu ank luar nikahkan?huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau xbaca blog akak, mesti saya tak tahu ada orang cakap-cakap macam ni pasal diaorang. >.<

    ReplyDelete
  6. aduhai...
    pelik manusia ni... orang bunting pelamin pun nak surprise sangat...
    kawan2 aku ramai baru kawin and preggy.... tapi mulut & jari orang kan....
    takde insurans :D

    ReplyDelete
  7. Mulut puaka...mmg ssh nak tutupkan...rezeki dia....

    ReplyDelete
  8. bunting pelamin ni berlaku bila majlis penyatuan dua insan ini selesai ngam-ngam pengantin perempuan habis suci dari hadas.Takyah nak kecoh-kecoh...diam-diam sudah...

    ReplyDelete
  9. Nice sharing dear.. tak mustahil kan kalau Allah nak bagi.. =D

    ReplyDelete
  10. memang betul tu suria..bunting pelamin kat kata orang2 tua..kiraan doktor pon macam tu jugak walaupun pada hakikatnye mugnkin baru je beberapa hari kandungan tu..

    ReplyDelete
  11. Orang-orang yang komen negatif nie tak pernah amik subjek sains ke masa sekolah dulu????

    ReplyDelete
  12. Kak Suria....... *_* Cempeqa tu apa?

    Maybe mereka tak pernah dengar bunting pelaminlah kot. Akak pun salah seorang tapi yalah dah nikah dulu sebulan lebih lepas tu baru bersanding, haruslah masa free buat anak siap-siap. Hahaha....

    Tapikan selalu kita mana nak tahu dah mengandung seawal itu kecualilah memang hari-hari lepas kahwin kita buat pregnancy test. Akak pun anak kedua, after 3 months lebih baru perasan pregnant rupanya!

    ReplyDelete
  13. Sy sdih bila org tuduh dia ngndung luar nikah.sbb sy pn bunting pelamin.sy kawin masa hari ke lima period.sebulan lpas kawin chek dh ngndung padahal sy takde pn mlm pertama pas nkah sbb priod.jadi lpas priod baru bsama suami.lpas sbulan trus disahkan mengandung.tp org xphm.dorg igt sy ni ngndung luar nkah.sakit gak ati ni

    ReplyDelete
  14. Lima bulan dh bersalin...eh..premature eh..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!