KAWEN WAKTU SEKOLAH NAMPAK SANGAT SUKA BERSOSIAL

12/18/2014 10:59:00 AM suria lekatlekit 21 Comments

Tu dia.. Ada kang bawak sepanduk berkampung kat komen blog aku ni. Yelah.. tajuk entri tahap statement minta selipar cium muka ni.. Seperti biasa, sabar tu sangat penting. Jadi sabar.. Teruskan membaca tanpa menoleh kiri & kanan..

Aku terbaca pasal kisah remaja lelaki umur 15 tahun kawen dengan remaja perempuan 17 tahun. Kedua dua ni masih sekolah tapi yang laki katanya tahun depan tak mau sekolah dah. Nak kerja sara bini dia... Hurmm. tang tu jadi tak berapa bagus jugak bila kawen terlampau muda & belum habis sekolah. Maybe dia tak berbakat dalam pelajaran kot. so dia pilih  untuk bekerja selain alasan sebab dia dah kawen. So,kita cuba ambil yang positif je la yer

Sumber : Blog Sensasi

Kawen muda.. Tak salah. Sapa kata salah tapi kalau terlalu muda cuma tak sesuai. Macam pasangan adik adik ku ni. Satu sebab masih sekolah.. kedua sebab umur macam tu zaman sekarang tahap kematangan tak sampai level satu lagi pun. Dan benda yang tak relevan nak compare, orang dulu2 ok je kawen dalam umur camni. Dulu2 lain.. Kehidupan depa tak terdedah dengan banyak anasir2 jahat & nakal. Cara hidup dulu dengan sekarang jauh beza. Dulu umur macam tu dah pandai berdikari, belajar kemahiran hidup & urus rumahtangga.. Budak2 sekarang, kadang spender pun mak cuci lagi, jangan di suruh la buat kerja rumah. Seriously aku kalau kena kawen dalam usia depa maybe meraung 7 hari 7 malam. Gila.. time tu dok syok lepak2 dengan kawan kawan.. makan nasi lemak kat kantin. Nak kena kawen... mau protes 5 tahun. hahahahaha

Umur2 macam tu kebanyakkan keputusan lebih kepada emosi bukan akal.. Nak2 lagi yang pilih nak kawen. Kalau akal dia akan fikir panjang, rasanya dia tak pilih untuk kawen dulu kot.. Kawen bukan sekadar nak lalui malam pertama.. Bukan sekadar nak halalkan hubungan.. Bukan sekadar boleh dating mak bapak tak marah malah tanggungjawab lebih besar dari apa yang tergambar. Tengok pasangan pengantin budak 12 tahun dulu.. even asben dia lebih berusia (tapi belasan tahun jugak) tapi tak sampai kemana pun perkahwinan depa. Sebab masing2 tak boleh nak control emosi.. Bila kehendak & tuntutan perasaan tu masih muda & mentah.. depa tetap masih ada rasa untuk bersosial macam budak2 seusia depa. Susah untuk depa ubah kehendak perasaan untuk jadi seorang isteri @ suami yang bersedia dengan kehidupan rumahtangga.

Bukan aku tuduh budak2 ni jahat @ nakal.. tapi kalau yang kawen muda macam ni kebanyakkan yang jenis suka bersosial. Bersosial yang aku maksudkan.. depa ni belajaq tu sikit sangat tapi lebih kepada terlibat dalam aktiviti sosial yang tak berapa sihat, macam bercinta, melepak, dating bagai.. tak banyak sikit pun mesti ada camtu. Tapi aku bukan tuduh depa ni camtu yer.. aku cakap kebanyakkan. Sebab yang pengantin budak 12 tahun dulu tu, memang agak suka bersosial cara tak sihat. Kalau yang skema cermin mata bulat, butang baju sampai abis, peluk buku 12 jam sehari ni.. Memang takde perasaan nak kawen time2 umur camtu, ye dak?? Jangankan kawen, boipren gepren pun depa tak terniat nak ada..  Itu realiti yang susah kita nak nafikan. Kenyataan yang agak pedas tapi memang berlaku.

Bila budak2 macam ni pilih untuk berumahtangga di usia mentah, perjalanan perkahwinan mereka agak berisiko. Ye betul, kahwinkan mereka boleh elak dari mereka terjebak dalam maksiat tapi bukan pilihan yang terbaik la dalam usia mereka tu. Tapi bila cakap soal jodoh.. Bukan kuasa kita dah. Semua tu urusan Allah.. cuma jadi renungan pada adik adik ku.. Kawen bukan untuk seronok satu malam saja tapi untuk berkongsi kehidupan kalau boleh sepanjang hayat bersama pasangan. Perlu persediaan dari segi mental,fizikal jugak spiritual. Pikiaq baik baik na.. tak mau nanti title J & D tu dapat dalam usia yang sangat muda. Rugi kat situ nanti.. Apapun kita doakan pasangan adik adik ku ini berjaya harungi suka duka dalam rumahtangga mereka. Kekal hingga akhir hayat, Insya Allah. Apapun semoga tak jadi ikutan sangat la pada budak2 sekolah yang lain.. kang haru pulak mak bapak depa. Baru tingkatan 3 semua pakat dok suruh mak bapak depa minang anak dara orang.

P/S : Aku masa sekolah kategori noty jugak tapi aku jenis bergaul dengan semua dari golongan skema, gud gud, noty & yang agak over nakal.. Jadi aku tahu la jugak kalau jenis skema & gud gud ni.. lebih fokus belajar even yang tak pandai sangat pun depa tetap la sentiasa siap kerja sekolah.. berbanding yang noty even agak pandai tapi tang bersosial tu tetap ada.

P/S : pendapat ni tak merujuk kepada mereka yang berkahwin semasa masih belajar di peringkat universiti yer.. Di universiti tu tahap kebijaksanaan depa dah up level, ramai yang berjaya dalam pelajaran & rumahtangga even berkahwin semasa masih belajar di universiti.

21 comments:

  1. Betul.. Kathy sokong sangat statement sis ni.. Ada banyak sebab,tapi biarlah jadi rahsia sendiri. Namun utk adik2 ni.. Tahniahlah..

    ReplyDelete
  2. zaman sekolah saya tak kesah pon takde boipren..kan nak belajar..huhu..
    zaman uni pon sama..ada aku kesah takde boipren..

    ReplyDelete
  3. Dia nak berenti sekolah???? Kot ye pun tunggu la abis SPM adoi la. Ingat senang ke nak dapat keje tak de SPM. Kawen awal tu tak kisah lagi, dik tapi jangan le berenti sekolah adoi. Setahun je pun. Bukan lama mana.

    ReplyDelete
  4. Pendapat saya : orang yang kahwin dlm belasab tahun ni sebab ikut tuntutan nafsu je. Nak.rasa macam.mana bestnya malam pertama. Lain2 mereka tak fikir lagi.

    ReplyDelete
  5. moga kekal la hendaknya perkahwinan adik² ni.. seram tau muda² dh kawin, pastu cita² nk benti n sekolah n kerja utk sara isteri lak.. xsalah niat tu, tp org skang cri pekerja pun nk yg ada spm sekurang²nya.. hadoila adikkkk.. moga berjaya ye.. btl la akak ckp, kawen muda tu xsalah, tp mcm xsesuai..

    ReplyDelete
  6. sokong. . zaman dulu dgn skrg berbeza, mereka kena fhm tu. . pape pun semoga berkekalan adik adik

    ReplyDelete
  7. Diorang ni kalut nk kawin kenapa entah.Kot ye pun nak kawin,ada SPM pn ok dah..ni siap nk berhenti skolah bagai.adoiii..

    ReplyDelete
  8. Alamak, kat Johor ke ni? Auww...akak sembunyi bawah meja dulu tak mahu ngaku orang senegeri!

    Hiks, kalau kena kahwin umur 17 tahun lepas tu protes 5 tahun, okeylah tu Suria. Masa nak kahwin dah akil baligh dah - 22 tahun ^_^ Akak rasa umur macam ni muda sangatlah nak masuk gerbang perkahwinan. Perkataan 'kahwin' tu memanglah seronok tapi tanggungjawabnya tu yang tak berapa seronok kalau muda-muda dah galas tanggungjawab keluarga. Orang dulu time mak-mak kita tak payah comparelah. Mereka pun makpak yang kenen-kenenkan, tau-tau dah kena nikah besok pagi. Suami sendiri pun tak kenal sebelum kahwin! Zaman sekarang lain, bakal suami dah kenal luar dalam. Oppsss!

    ReplyDelete
  9. Sapa nak ambik kerja budak bawah umur...buat susah menjawab dgn jkm je

    ReplyDelete
  10. betul tuh! kematangan budak2 sekolah menengah jauh beza dgn kematangan budak universiti. jadi, mak bapak pon kena pikir baik2 sebelum ijinkan. nanti tak pasal2 anak jadi duda or janda muda! hahaha <a href="http://kerusiburok.blogspot.com/2014/12/hadiah-tak-dituntut.html>hadiah tak dituntut</a>

    ReplyDelete
  11. indeed.. nowdays pun ramai je remaja 20an yg berkahwin awal tak dapat nak kawal emosi dan urus rumahtangga dengan baik. inikan pulak belum masuk 20an lagi..
    apepun. doakan semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.hendaklah.. Semoga Berjaya utk adik2 ni..hiks..

    ReplyDelete
  12. Kahwin muda tu tak mengapa bagi saya, cuma, jangan terlalu muda..dan saya setuju, dalam kes adik adik ni, kasi la matang sikit..at least habiskan SPM dulu...

    ReplyDelete
  13. agree with u.. adehh.. lg seronok berkawan kot zaman sekolah.. bebas dari kongkongan.. appreciate laaa zaman muda.. kang dah kawin , rasa terkongkong pulak...nak kemana2 pon kena laa seret laki/bini sekali... zaman dulu tak banyak entertainment.. laaaa ni.. pikir laa sendiri.. btw.. me yg kawin umur 27 pon kawin x semeriah macam ni.. banyak nye duit.. huhuhuh.. sy umur 15 tahun , duit tabung entah nak buat beli henpon pon tak lepas.. hahaha

    ReplyDelete
  14. hahahahaha mau protes 5 tahun! win sgt statement tu :D sama lah kita. umur sekolah menengah sibuk lagi duk main roller blade dekat lake garden muahahaha

    ReplyDelete
  15. tu la..tapi selalunya yang sosial sanagt la mak pak nak bagi kawen tu..takut jadi macam..sebab nampak lain macam dah jadi baik kawen kan cepat2..tapi akak tak berapa suka sebab di siap nak berhenti belajaq tu..huhu..

    ReplyDelete
  16. challenges kahwin muda ni lagi banyak. kalau sebab nak mengelak dosa kerana berdating, pegang2 peluk, tu bagus. cuma kahwin bukan mengenai tu je. banyak tanggungjawab

    ReplyDelete
  17. Akk sependapat dgn sis..akk kurang setuju dgn bdk2 yg kawen zaman sekolah ni..bkn takat bdk zaman sekolah.mcm akk ada pengalaman kawen awal..tp akk kira beruntung mgkn sbb akk kawen dgn lelaki yg berumur kot.kalau sama baya tahan ke lelaki tu nk layan perangai kebudak2an akk..uhuk..dah masa muda temper jugak tuh.hahaha

    ReplyDelete
  18. susah nak cakap, budak lani lain macam sikit..kita dulu tingkatan satu pon xtau lg mcmna hubungan seks tu berlaku..tp depa2 ni expert..jgn terkejut darjah 5 6 pon dah tau bab bab tu.. maybe parents depa pon ,dari nak tangung dosa kering dok biaq anak dara dok kena usung merata..baik nikahkan cara halal.. tengok kat fb sudah la.. umur darjah 5 6 pon dah buat relationship with...gerunnn aiii.

    cuma bab berhenti sekolah tu nadia pon kurang setuju..

    tp apa pon,kita doa yang baik baik jela untuk depa..mana nak tau sekolah tak pandai, tp budak laki ni pandai bab kemahiran..buka bengkel moto ka, bakeri ka...

    ReplyDelete
  19. setuju...heheh..ida pun nakal ngk..tp tak la rmai pakwe..rmai kwn lelaki je..hahahah

    ReplyDelete
  20. saya lagi suka yang mudah.Kalau dah depa ni gatai sangat nak menikat,biaq pi ajelah.Asai jangan dok buat loqlaq.Kita yang tanggung dosa tak bagi depa menikah.

    Apapun,kawin usia matang akan memberi kita kekuatan mental dalam melayari hidup berkeluarga.Harap janganlah anak saya nak pakwe-pakwe muda sangat.Risau mak ayah.belajar penuhkan ilmu di dada barulah perkahwinan lebih sempurna.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com