KISAH SERAM ROH IBU YANG MASIH MENJAGA ANAKNYA

12/23/2014 08:27:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kasihnya seorang ibu.. Tiada tandingan. Yang bernama seorang ibu ni kasih sayang dia takkan berakhir hingga nafas terakhir. Tapi kisah yang aku nak share ni kisah kasih seorang ibu yang sampai mati pun dia masih nak sentiasa ada di samping anak dia. Nak gambarkan macam mana sayangnya seorang ibu kepada anak.. memang tak mampu di zahirkan dengan kata - kata maka mai la kita baca kisah ni supaya kita tahu betapa besarnya kasih seorang ibu tu.

Sumber google

Alkisah seorang peniaga kedai runcit jugak seorang ibu kepada seorang kanak kanak perempuan bernama Mobile yang mati di bunuh seorang perompak di depan anak dia sendiri. Sebab kasih sayang seorang ibu.. dia masih mahu bersama anaknya biar dalam keadaan yang tak sama lagi. Dia sentiasa melindungi anak dia dari sesiapa sahaja yang cuba menyakiti anaknya. Dia jugak sempat membalas dendam pada perompak yang membunuhnya. Sebab budak ni takde penjaga dia di tempatkan di tempat perlindungan kanak kanak.. macam rumah kebajikan @ rumah anak yatim. Bila ada budak yang cuba buli Mobile.. Ibunya akan muncul dengan wajah menyeramkan untuk menakutkan budak2 yang cuba buli anaknya. Satu kejadian bila ada salah seorang penjaga di tempat tu cuba berkasar dengan anaknya pun di bunuh dengan kejam dengan cara yang mistik la. Kira memang bukan perbuatan manusia.. Terang2 perbuatan dari makhluk yang orang tak nampak. 

Kemudian mobile dia ambil sebagai anak angkat oleh seorang perempuan bernama Emmy. emmy ni pulak macam mobile la.. anak kesayangan mak tapi mak dia pun dah meninggal. Emmy pun macam tak boleh terima hakikat pemergian mak dia. membuatkan roh mak emmy ni pun selalu berdamping dengan dia even dia tak tahu. Lepas dia mengambil mobile jadi anak angkat banyak perkara2 ngeri berlaku. Bekas kekasih Emmy yang pernah mengugurkan kandungan emmy secara paksa dengan cara bagi dia minum susu bercampur ubat tidur kemudian hantar ke klinik pengguguran haram & gugurkan kandungan emmy secara paksa & selepas tu emmy di tinggalkan. Roh ibu emmy yang macam mak mobile yang sangat overproctective ni membalas dendam untuk emmy. bekas kekasih emmy di cederakan alat sulitnya sehinggan kena potong.. doktor & pembantu doktor yang gugurkan kandungan emmy jugak di bunuh sebab nak balas dendam atas apa yang depa dah buat kat anak dia. Emmy tahu pembunuhan ni di lakukan oleh mak dia lepas tengok rakaman cctv yang polis tu masa kejadian bunuh doktor klinik pengguguran haram tu. Dia nampak sosok tubuh yang memang roh mak dia.

Tu la secara ringkas filem seram terbaru Thailand bertajuk The Parallel. Cerita starting dah ada babak ngeri & ganas. Aku seram boleh tahan tapi ganas2 ni kadang2 tak tahan jugak. Tengok cara pembunuhan tu berlaku kepala kena hentak kat paku berkali kali.. muka terjatuh tercocok cermin bagai.. Bagi aku cerita ni best cuma jalan cerita dia slow sikit. Ending dia kira tak tergantung. Dendam hantu2 ni kira semua di balas pada orang yang sepatutnya even hantu terus menemani anak2 mereka sampai ending.

Sumber google

Cerita seram tu ok ok jer tapi filem ni ada part kelakar untuk menstabilkan mood takut bagi yang penakut la.Cerita ni tak sesuai di tonton seisi keluarga nak2 lagi yang ada anak kecik2 @ tengah membesar. Ada unsur sex, ganas, ngeri.. Aku bercakap sebagai seorang ibu, hope takde yang komen alah.. aku tengok takde apa sangat pun filem ni. Kau tengok dengan kawan2 bujang ko yang dah besar panjang so aksi2 camtu selagi tak tunjuk bogel romen sampai patah katil memang ko kata biasa jer. Tengok dari sudut pandangan budak kecik kang takde jawapan ko nak bagi kot. Lagi cerita memang di klasifikasi 18 tahun ke atas. Nak tengok make sure jangan dengan budak2 sangat la. Malu jugak kita sebab budak2 sekarang dah ramai faham pasal sex. hahahaha. 

P/S : ni filem baru tayang bulan lepas yer.. bukan filem arkib yang aku beli untuk buat koleksi.
 ** pada adik adik yang baca entri akak ni.. atau baca entri untie.. Ingat yer.. ini cuma filem. Dalam kehidupan kita seharian, agama kita dah ajar orang yang mati roh dia tak boleh jadi hantu,pontianak bagai yer.. Roh orang dah mati tak boleh kembali ke dunia dalam apa cara sekalipun. Jadi yang hantu bagai tu.. tak lain tak bukan hanya jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia. So, jangan percaya dengan ajaran2 dalam filem. Semua ni menyesatkan. Tengok sekadar hiburan sudah**

7 comments:

  1. Macam best la.tapi ada babak 18sx tu yg tak tahan nya..akak ni kalau ada babak cium mulut pun dah tutup tv .

    ReplyDelete
  2. Saya suka juga tengok cerita seram tapi kalau ada babak babak seks tu kena tutup mata la sikit. Babak babak ganas tu pun saya tak suka tengok juga.

    cara mudah mahu kurus dengan selamat dan berkesan

    ReplyDelete
  3. Mcm best jee, tpi tatottt kitaa heheh. Jom singgah santai ke blog saya http://mummyfiras.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Seram... Kalau sy tgk mesti ada part yg takut nk tgk.. Kena tgk pagi jd if nk terbayang pon masih lagi siang... Da bila mlm dah xigt dah.. Hie

    ReplyDelete
  5. Yeah, yang ini akak dah tengok. Again, akak tengok kat Youtube tapi dengan sarikata Vietnam ke Tagalog akak tak pastilah. Tapi akak fahamlah jalan cerita. Nak kata seram sangat tu, little-little lah tapi bab ngeri tu memang ya. Akak siap tutup mata sebab dua kali tengok awal cerita kerana mencari subtitle tak jumpa... Oraitlah, boleh layan cerita ni tapi 'ganas' tu memang letih sikitlah nak cover daripada anak-anak nampak!

    ReplyDelete
  6. macam best...ada rasa tertarik nak tengok

    ReplyDelete
  7. Dah tengok .. betul x berapa sesuai nak ditonton oleh kanak2. Jln ceritanya ok tp itulah cam slow sangat.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com