KONTROVERSI SERAM, ARTIS KENA SAMPUK BELASAH ORANG

11.12.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

kontroversi retis mana pulak ni kena sampuk belasah orang. Kena sampuk masa shooting cerita seram ke hapa? Dak Aaih.. bukan kena sampuk masa shooting cerita seram.. ni kena sampuk kat hotel, belasah orang sampai tak ingat. Sedar2 katanya.. dah terbelasah orang tu.

Nak tergelak pulak aku baca kat blog kak Diana Rashid pasal sorang retis ni katanya di sampuk sampai tak sedar belasah orang. Amboi gangster sungguh jin yang sampuk dia tu kan?? Ada skill bertumbuk lagi tu..

 Sumber google. Sekadar hiasan

Selalunya jin jin yang sampuk orang ni kita tengok dia just suka meronta, menjerit atau kadang2 bersilat tapi jarang tengok jin bertumbuk macam gangster tapi jin yang sampuk retis ni memang gangster kot. Alahai Aliff Aziz ni tak habis2 lagi kan dengan kontroversi. Aku tak berani pulak tuduh dia saja propa nak cover tindakkan tak bermoral dia tu tapi alasan tu memang serius kelakar.

Sumber Google

Katanya dia memang ada penyakit lemah semangat dari kecik.. Yelah.. yelah.. Kami percaya la kau kena sampuk. Kesian pulak kalau tak percaya. hahahahaha

Moral of the story mana2 retis yang lemah semangat tu amalkan ayat2 pendinding yang terdapat dalam Al Quran yer.. Jangan nanti kena sampuk abis semua orang kena belasah. Jin sekarang ni dah terpengaruh dengan filem KL Gangster.. sampuk orang nak belasah je. Sesama jin tak feel sangat bertumbuk, katanya. hahahahaha

Apapun buat Alif Aziz.. Lemah batin pun ada ubat, apatah lagi lemah semangat. Bawak bawak la pergi berubat. hehehehehe. Peace!

Korang boleh baca kisah Aliff Aziz kena sampuk sampai bertumbuk kat Blog Kak Diana Rashid.

P/S : Kontroversi paling seram penghujung 2014. hahahaha

8 comments:

  1. waaaa
    lme xjenguk sni
    header dia ada juon ..hihi
    scary..hihi :)

    ReplyDelete
  2. hahhahaha tumpang gelak gak... baca je... taknak caye... aliff aziz?? hahhaha siapa2 laa dia ni...

    ReplyDelete
  3. hahaha..sj nk bikin panass.. alasan xmunasabah..


    kak, bakpe header tu seram..adoi..

    ReplyDelete
  4. singgah sini :)

    http://www.blogparihh.com/

    ReplyDelete
  5. Gelak sakan saya baca ni. Pengakuan dari yang kena tumbuk tu, ada bau arak dari Alif ni. Kena sampuk dengan hantu arak kut

    ReplyDelete
  6. Ini kontroversi yang paling kelakar pernah akak baca. Akak ni pun lemah semangat juga tapi tak pernah tumbuk orang. Kalau akak rasa nak tertumbuk orang pun akak sure pilih-pilih juga takut sendiri yang lebam lebih. Naya juga muka...

    Tak boleh ke dia ni beri alasan yang lebih logik jangan sampai kita ni guling-guling gelakkan kebodohan dia ek!

    ReplyDelete
  7. Saya pernah baca kat mastika orang kena rasuk baling motosikal kat ustaz yang tengah rawat dia.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com