PENYELESAIAN MASALAH BILA KULIT TERLAMPAU REMAJA

3.12.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Aku tak pernah mengaku diriku masih muda tapi aku akui aku remaja lanjut usia. Hahahaha.. Bila dah remaja lanjut usia ni.. yang lanjut cuma usia tapi yang lain2 still remaja katanya. Bila dah terlampau remaja sangat.. tinggi pun terbantut. Bukan tinggi jer terbantut, kulit muka pun remaja sangat Uolls..

Remaja tang ni ja katanya.. -Sumber gambar google -

Katanya bagus la awet muda.. Kalau awet muda memang bagus yang tak bagusnya keremajaan hanya tang jerawat jer. Dah macam remaja baru akil baligh pulak padahal dah masuk zon mak dara dah ni. Masalah jugak la kalau jerawat je terlalu remaja sangat. nak bagi kulit jadi remaja yang cantik gebu gebas maka aku pun try la satu produk ni. Produk ni sampai ke tangan aku 28 November 2014..

 Pasal ni la yang cheq excited sangat tak sabaq nak try

Mungkin ramai yang tak familiar lagi dengan produk Glamoskin ni. Tapi kalau harum malam pernah dengar kan? Produk ni di hasilkan di korea untuk di edarkan bawah label Legacy secret baru je masuk ke pasaran Malaysia 30 Oktober 2014 lepas. Sememangnya produk legacy secret ni jarang mengecewakan pengguna. Tu di akui memang betul.. Kat sini aku ada 2 produk Glamoskin.. Cleanser & Collagen Gel..

 Yang aku nak tenyeh2 kat muka adalah 2 benda ni.

Yang best pasal Glamoskin cleanser ni adalah, Bahan di gunakan bahan semulajadi dari ekstrak tumbuhan, Menggunakan teknologi nano dengan bahan aktif Niacimade PC dari Korea dan yang paling penting bebas Merkuri & Hydroquinone yang mana ramai tahu 2 bahan ni sangat bahaya pada kulit. So,produk ni selamat di gunakan sebab takde dua bahan tersebut. Nak tengok kesannya boleh nampak selepas 30 hari penggunaan. Kalau terlalu cepat pun.. Kadang2 tak selamat. Sebulan tu kira ok la kan? Jangan obses sangat nak cantik cepat.. konon seminggu kulit gebu macam artis korea alih2 lepas sebulan muka jadi macam mangsa suntikan botox yang tak jadi.

Collagen Gel ni lagi best.. Nama pun collagen kan? Semua terbayang wajah kembali ke sweet seventeen gitu.. Sapa tak nak muka sweet seventeen ye dak?? Kalau kat FB kekonon buat status macam annoying jer orang kata muka macam budak2 & tanya tips nak bagi nampak dewasa kononnya tapi sebenarnya kembang kuncup lubang idung tu kena puji awet muda.. Betapa bangganya bila muka awet muda ni Tuhan je yang tahu.. kekekeke.


Katanya ini Collagen pertama dalam bentuk cream.Penggunaan Teknologi korea yang canggih dengan formula kosmetik yang baru seperti Niacinamide PC buatan Korea. Antara kebaikkan Collagen Gel ni adalah..

  • Membaiki DNA kulit
  • Mengawal Minyak
  • Mengecilkan liang Pori
  • Memutihkan
  • Menghilangkan Pigmentasi
  • Kesan seawal 4 minggu
Kelebihan lain produk Glamoskin ni.. harga dia agak berpatutan la berbanding produk collagen yang lain. Dia jugak boleh mencegah kesan buruk dari sinar UV matahari pada kulit & dengan pemakaian yang berterusan sehingga 6 bulan keatas, Insya Allah dapat mengembalikan kemudaan pada wajah anda sehingga 4 ke 6 tahun dari usia sebenar. Boleh la buat status annoying kekonon rimas la orang ingat budak2 & selalu kena panggil adik. kekekeke.. Usik jer tu jangan marah na... Dan yang paling penting bau dia harum mewangi gitu.. terutama cleanser dia

Produk ni jangan risau dah di daftarkan di bawah kementerian kesihatan Malaysia. No rujukan
NOT140703528K

Kalau rasa2 terhasut dengan kebaikkan yang aku sogokkan ni boleh la usya produk ni kat sini
Fanpage :  https://www.facebook.com/GlamoSkin
Atau nak baca & tengok gambar testimoni2 yang lebih menghasut hangpa nak cuba boleh tengok kat sini>. Testimoni Produk & Video testimoni <<

P/S : Lepas korang tunggu pulak aku bagi testimoni.. Tapi untuk next entri la yer

3 comments:

  1. ada dua tiga blogger mama nampak cerita pasal produk ni.. nampak macam bagus, nanti nak try usha..

    Mama Niza

    ReplyDelete
  2. Jap, jap, nak kira jap! Kalau 4 hingga 6 tahun lebih muda dari usia sebenar, maknanya saya akan kelihatan macam ....

    Eh, budak 18 tahun ke??? Oh, wow! Nak cuba jugalah!

    Aduhai, Suria. Kenapalah buat begini kat saya. Kalau saya tahu nak promote, saya skip entri ni. Tapi gediks ngengada dah nampak tajuk saja je nak ushar tengok cerita apa! Tak boleh tahan macam ni. Nak tinggalkan blogwalking jap, nak pi fanpage FB tu dulu. Yang penting kenalah didahulukan, ya tak?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!