AWAS! YANG SUKA MINUM MILO KENA TAHU PASAL NI

19.3.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Milo ni jenama yang dah lama.. Sapa tak kenal kan? Aku pun peminum milo jugak.. kenal milo dari kecik sampai sekarang even dah tua tapi tak berapa nak membesar.. erkk.. sebenarnya tak berapa meninggi bukan membesar.. hehehe

 sumber google

Ok ok.. tanpa bebel bebal bagai ni tengah kecoh sekarang produk milo ada yang tiruan pulak. Mesti orang cakap alah.. tiruan tapi kalau rasa sama apadahal kan? Ye.. takde hal kalau rasa sama jer.. Masalah takut jadi hal lain pulak la. Benda tiruan ni kita tak tahu tahap kebersihan semasa pemprosesan & pembukusan. Kita jugak tak tahu apa ramuan dia gunakan sebab yang tiruan ni mana ada pengesahan KKM ke halal ker kan. So, agak berisiko la produk tiruan ni.

Nak mengesan milo tiruan dengan original senang jer... Tengok dari packaging macam contoh gambar di bawah ni..

 Info selebihnya korang boleh tengok kat sini Awas Milo Tiruan.

Jadi.. kalau nak beli milo. Ambil masa sikit belek2 bungkusan milo tu. Jangan kita bayar harga yang sama tapi dapat yang tiruan.

P/S : even ramai dah memviralkan sejak semalam.. takpe la sebagai blogger aku nak turut serta menyampaikan informasi.


5 comments:

  1. huihuhu.. kegemaran hubby teman Milo ni..

    ReplyDelete
  2. Aduhai.. Pulak dah.. Baru tau pasal ni sis.. Ketinggalan zaman betul kathy ni..

    ReplyDelete
  3. Jgn la lupa nk belek2. Risau lak akak benda tiruan ni. Ntah bersih ke x.

    ReplyDelete
  4. Argghhh... susahlah macam ni! Dahlah akak ni peminum tegar. Hari-hari nak cicah biskut dengan Milo panas. Dahlah mata ni rabun. Nak dok belek-belek macam ni, memang makan masa ler....

    ReplyDelete
  5. Milo peberet sy..pas ni beli milo kna teliti betoi2 lah..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!