BILA ARTIS JUAL MUKA ANAK UNTUK RAIH POPULARITI

26.3.15 Suria Lekatlekit 10 Comments

Dalam hidup ni satu perkara kita susah nak halang adalah mulut orang untuk cakap apa saja tentang apa2 pun. Bukan orang peduli sapa yang dia nak kutuk.. dari sekecik2 anak sampai setua2 bapak orang boleh bercakap. Jangan budget dengan budak manusia ada belas kasihan nak cakap apa2..

Sumber google

Rasanya kontroversi pasal anak Awal & scha ni dah banyak kali kot.. cemuih pun ada. Bukan apa.. kalau dah rasa tak tahan anak kena kutuk kau gigih buat IG untuk anak.. upload setiap masa muka anak kau tu dah kenapa. Yang follow jangan budget semua fans.. haters pun rajin jugak follow.. dengan tujuan nak nyakitkan hati kau la.

Aku antara manusia yang memang tak tahan anak aku orang kutuk.. kau boleh hina aku, aku boleh fight tapi kau hina anak aku memang aku rasa macam nak berbunuh dengan kau. Sebab tu aku tak tulis cerita anak aku & kerap dok upload gambar anak. Anak aku harta aku bukan untuk jadi bahan dagangan untuk meraih populariti atau duit. Anak aku tak semurah itu untuk aku dagangkan. Bila kisah anak jadi bahan dagangan.. satu perkara yang aku kena hadap adalah penilaian manusia yang bukan semua yang baik baik jer.. Ada je la yang tak kena. Hidung kemek la.. gigi jongket la.. Aku tak sanggup. Anak aku pernah kena hina even masa tu masih dalam perut lagi.. Benda tu jadi pengajaran kat aku sampai hari ni.

Bukan aku kata salah cerita atau tunjuk anak.. Tapi kalau hati kau tak kental jangan buat. Yang buruk akan terpalit kat diri sendiri balik. Orang akan nampak kelemahan kau di mana.. So, orang akan guna kelemahan tu untuk jatuhkan kau. Kalau kelemahan kau bila orang sentuh pasal anak kau.. percayalah orang yang tak suka kau akan terus buat kau marah dengan gunakan anak kau sebagai objek menguji sabar kau.

Moral of the story.. Kau pilih, maka kau kena hadap. Kau tak boleh sepenuhnya salahkan orang lain bila kau seolah2 menghidang sesuatu yang mampu buat orang lain sakitkan hati kau. Kadang2 kita adalah punca orang lain melakukan kesalahan. So, fikir fikirkan.

P/S : aku bukan la tak tunjuk langsung anak tapi tak la sampai benda tu jadi kemestian setiap masa. Bukan trademark aku tunjuk atau cerita pasal anak so orang tak alert sangat pasal anak aku. 

10 comments:

  1. betul tu puan lekat lekit, saya setuju

    ReplyDelete
  2. tula..bila ada fans yang mintak awal dan scha tarik hidung anak dia pagi2 pun kena smash dengan awal..pffftttt

    ReplyDelete
  3. Terima je la kenyataan..dah mak pak pun idong kembang semangkuk...puiii..lagikan nak kondem org plak

    ReplyDelete
  4. kite selalu citer pasal anak kat blog..untuk kenangan sendiri je la...nasib x gleme..tapi bab kutuk anak ni xsyok la kot...xbaik gitu...pling xboleh bla pasal anak black tu...kite yg bace pun hangin

    ReplyDelete
  5. hmmm nasib la sape suruh asek 24 jam publish gambo anak .... bila kena kutuk marah plak ... kena hadap le ..ade yg ckp anak depa comey ade yg ckp tak comey ..citarasa memasing la kan

    ReplyDelete
  6. awal ni poyoooo sangat... padahal scha takde pape pun..... dia yang expose anak dia, orang bagi petua pun nak herdik orang balik.... retisssss kalau dah suam2 kuku ni memang takde laaa dia punya profesional....

    ReplyDelete
  7. Betul..bukan semua orang suka budak2..lagi2 kalau mak pak tu orang tak berkenan,anak pun orang meluat..tu akak la...kalau mak ayah nya akak jijik tengok,anak pun malas akak nak layan..hahhahah

    ReplyDelete
  8. Suka sangat bapak² bergambar tak berbaju dgn anak ye? Rasanya zain saidin tu pn ada gambo tak berbaju dgn baby dia. Trend ke hapa?

    ReplyDelete
  9. Memang salah sendiri. Kalau sendiri yang nak glamourkan anak, tak bolehlah nak marah-marah. Sendiri yang cari pasal. Kita pun tahukan, bila jadi public figure, semua mata memandang. Bukan semua memandang dengan penuh kagum dan puji-pujian, kebanyakan tunggu masa je nak gelak bila kita jatuh tergolek. Ramai juga yang suka nak jadi tukang kipas api sampai membara rasanya. Makanya kalau tak tahan, kalau rasa diri tu ada penyakit berang, silalah jangan buat sesuatu yang hanya akan menambahkan sikap berang dalam diri sendiri.

    Macam akak ni dulu dok fikir 28kali nak tak keluarkan muka anak-anak dalam blog (bajet glamorlah ni...) masa mula-mula dulu. Dan fikir masak-masak barulah keluar. Dah penuh 'berjampi' badannya tapi yalah tak glamor mana, makanya takdalah haters. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!