BLOG MENGUNTUNGKAN ATAU MERUGIKAN MASA

23.3.15 Suria Lekatlekit 12 Comments

Mesti ramai yang bukan blogger nak tahu pasal ni kan sebab persepsi blogger dengan bukan blogger mestilah berbeza, betul tak? Umpama orang yang suka makan sambal belacan & dengan orang yang tak suka.. Mustahil la yang tak suka akan cakap sambal belacan tu sedap. Kalau dia rasa benda tu sedap.. confirm la dia pun suka makan. Bagi mengupas kupis & kopek dengan rakusnya isu ni.. Nak bagitau ini adalah task dari segmen #bloggertalk yang di anjurkan oleh group Sahabat Blogger.


Untung atau Rugi bukan dari berapa sen yang korang dapat dari hasil berblog tapi dari dalam diri korang sendiri bila buat sesuatu. Kalau korang rasa suka, puas & enjoy buat sesuatu takde istilah rugi buat apa yang kita suka. Mungkin bagi orang yang tak suka atau tak minat berblog nampak perkara ni macam buang masa.. Tapi sebagai blogger yang minat membebel dalam blog aku tak rasa apa yang ruginya pun. Sebab aku buat apa yang aku suka. So, masa lapang aku terisi dengan buat sesuatu yang aku sukai. Macam korang hobi memasak ke, mengumpat ke, atau bertandang kat rumah orang.. Korang rasa enjoy mustahil korang rasa benda tu merugikan even orang lain rasa tak berfaedah. Tu sudut dari pandangan sendiri.

Yang jadi rugi kalau.. masa yang patut di gunakan pada perkara yang lebih penting tapi sebab terlalu obses dengan blog semua masa untuk perkara penting di gunakan untuk berblog. Contoh masa bersama family.. Pergi shopping sibuk dengan blog.. pergi holiday sibuk dengan blog.. sampai macam tiada masa untuk family semuanya habis dengan blog. Itu mungkin akan jadi satu kerugian besar dalam hidup. Macam aku berblog bila aku free2 kat rumah jer.. Takde makna pergi holiday bagai nak buat live update. Sebab tu aku tak pernah berniat buat masa ni untuk jadikan blog satu kerjaya (tak tau la masa akan datang tetiba aku jadikan blogger satu kerjaya maybe time anak dah besar atau terpaksa tanggung hidup sendiri & tu je sumber pendapatan aku, siapa tahu akan datang ye dak??) sebab aku tak nak bagi komitmen terlalu besar untuk blog. Duit kadang2 boleh di cari tapi kalau kita terlepas moment2 penting dalam hidup takkan boleh turn back dah.

Kesimpulannya.. apapun kita buat termasuk berblog adalah cara kita handle dia yang memberi hasil untung atau rugi. Kadang2 kita untung dari segi material tapi kita rugi dari sudut lain.. hubungan, perasaan atau kita akan kehilangan sesuatu yang lebih berharga. Jadi pilih atau buat sesuatu yang memberi keuntungan pada semua perkara dalam hidup. Selamat berblog.

12 comments:

  1. setuju tu..kena berbalik kepada tujuan kita buat blog

    ReplyDelete
  2. Betul setuju akak cakap tu...ekin beblog dah lama masa zaman ank dara lagi... suam2 kuku... ... jadi surirumah ni masa terluang berblog la jwb nya xada ank lagi kan... sepanjang tahun 2014 ekin aktif join GA blog ada la untung blog tu dapat hadiah hihihihi... alhmamdulilah rezeki ko tu

    ReplyDelete
  3. Tepat sekali...lgpun mane de orang nak buat keje sebab buang masa kan...wpun bila org tnya nape ko blogging and jawapannye saje buang mase...huha!!!!

    ReplyDelete
  4. awalnya berblogging suka2 je... tak tahu pun dengan blog boleh menjana pendapatan... apapun semua yang kita buat perlukan fokus :)

    ReplyDelete
  5. berblog suka2, sebab kerja tak ngadap lappy. jadi bila balik kerja lappy dulu dikejar. hoho..

    ReplyDelete
  6. Betul tu Suria. Akak ni pun suka-suka berblogging. Dah katanya suka membebel, haruslah seronok bila ada peluang membebel macam ni. Bab materialistik ni, setakat ni takdalah jadi satu sumber pendapatan pun tapi kita pun tak tahu, manalah tau tetiba je dioffer buat adv company besar-besar (buat masa ni berangan dululah). Nampak je duit masuk, terus nak bertukar kerjaya katanya....

    Nasib baiklah kerja di pejabat ni pun 24-7 depan pc makanya beres je kerja, ngadap blog. Datang kerja, stop dulu. Beres jer, start balik *_* Gitulah kekdahnya!

    ReplyDelete
  7. berbalik pada tujuan asal kite la kan .....
    aku suka blog tapi tidak obses

    ReplyDelete
  8. tujuan gua tulis blog memang nak buat duit. hoho..

    ReplyDelete
  9. Kathy suka blogging dan suka edit belog,tapi taklah obses sangat. Kdg² tak berupdate jgk belog bila malas datang. Hehehhe.

    ReplyDelete
  10. Pada saya blog ni banyak juga faedahnya. Bukan sahaja dapat ilmu tapi juga dapat ramai kawan baru.

    ReplyDelete
  11. Saye blogger suam-suam kuku..hihihihi..berblog untuk suka2 je..skrg dh ade ank kecik ni x sempat nk berblog sgt..duk tumpu kt ank je..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!