BLOGGER HEBAT YANG TAK POPULAR

4.3.15 Suria Lekatlekit 16 Comments

Sapa sokong aku kata blogger hebat tak semestinya blogger popular & yang popular tak semestinya hebat dalam penulisan blog? Ok Ok.. aku tak nampak sapa angkat tangan sapa boo... hahahaha.. Sebenarnya itulah kenyataannya. Macam retis la.. tak kira penyanyi ke pelakon ke pengacara ke.. Kadang2 popular tapi bakat setakat mampu baca skrip jer tapi disebabkan dia pandai ketengahkan diri dia untuk di kenali ramai atau kelebihan lain yang dia ada macam rupa ke penampilan ke dia tak sengaja jadi popular.. maybe dari kontroversi atau apa2 je lah buat dia jadi popular. Sekarang ni nak popular bukan susah.. buat benda memperbodohkan diri pun dah boleh jadi popular.. Yang susah nak popular ni golongan bijak pandai jer. Ambil masa sikit nak popular.. Ada orang kata kat aku.. taj mahal tak di bina dalam masa satu hari.. Bermakna sesuatu yang hebat perlukan masa yang panjang untuk di kenali.

Sumber google

Macam tu jugak dalam dunia blog.. Tak semestinya kau hebat dalam penulisan baru kau boleh jadi popular. Ada orang cuma boleh menulis jer pun tapi popular jugak. Malas nak cakap benda yang sama kalau nak baca tips nak jadi blogger popular boleh baca kat entri ni.>> Tips nak jadi blogger popular <<

Dalam dunia blog ni ada antara blogger2 yang hebat dalam penulisan blog tapi nak kata tak di kenali sangat tak jugak tapi nak kata tak popular langsung agak popular la sampai di gelar sifu dalam dunia blog.. tapi cuma di kenali di kalangan blogger saja. Yang bukan blogger ni mungkin kurang kenal. Antaranya Hasrul Hassan yang mengorbankan kerjayanya untuk jadi blogger sepenuh masa. Blog Hasrul Hassan memang blog yang penuh ilmu dalam dunia blog. Tips tutorial & macam info berkenaan blog memang banyak dalam blog hasrul hassan cuma mungkin dia tak sepopular blogger yang tulis kisah2 santai. Tapi bagi aku Hasrul Hassan antara blogger yang hebat.

Dan aku malas nak promot sangat blogger cuti panjang ni.. Tapi dia antara blogger yang memang hebat & takde populariti langsung dalam dunia blog hahaha iatu kawan aku Nyah Zulfikar Hazri. Bagi aku dia hebat dalam penulisan cerita peribadi.. Dia pandai menghiburkan orang dengan penulisan kisah2 nostalgia. Entri dia memang macam cerpen tapi serius korang akan hadap sampai noktah terakhir. Selingan lawak dia.. penulisan yang santai tapi padat & mudah di fahami.. Tak semua blogger yang tulis kisah peribadi boleh buat macam nyah sorang ni. Aku je panggil nyah tapi dia bukan mak nyah tau.. Dia berjambang & ber awek lagi tau. hahahaha

Satu lagi blog Buasir Otak.. Aku suka penulisan dia sebab tu aku rasa dia antara blogger yang bakal hebat jugak. Penulisan yang lebih kurang macam blog aku.. Memberi pandangan pada isu2 semasa dengan yakin & berani walau kadang2 aku bukan setuju sangat dengan pendapat & pandangan dia tapi aku enjoy baca penulisan macam tu. Perbezaan pendapat tak semestinya kita hilang kagum dengan seseorang yang kita rasa berbakat, kan? So, aku rasa Buasir Otak antara blog yang hebat jugak la.

Cukup lah tiga blogger ni aku bagi contoh. Walau mereka takde la gah sangat namanya tapi bagi aku mereka antara blogger yang hebat. Mereka menulis mungkin dari bakat & minat sebab tu menghasilkan penulisan yang berkualiti even tanpa populariti. Penulisan yang hebat, Insya Allah lebih di ingati sebab banyak ilmu yang di tulis untuk orang lain dapat manafaat.

Tu antara blogger yang aku rasa hebat.. Ada blogger yang aku suka baca blog dia sebab penulisan dia jugak.. Macam blog Diana Rashid.. ni pun antara blogger outspoken yang aku suka tapi dia jenis banyak kias kias & blog dia macam blog aku. macam macam ada..  Selain tu blogger Mama Niza, Belog Kathy R'bain, Chekgu Azrine and Family, My Little Amazing World, Diari Seorang Mama (^_^)  EmIenAqil ~Reality & Fantasy~ Bro Framestone antara blogger yang aku suka jugak singgah & baca entri mereka selain mereka adalah antara kawan2 aku dalam dunia blog ni. Sebenarnya ramai lagi yang aku nak listkan.. tapi tu la tak terlist. hahahaha. Tunggu next episode pulak katanya. sekarang kita list blog mak mak dulu kecuali Bro Framestone je blog bapak orang. Blog adik2 nanti akak buat satu entri khas hehehe

Hebat atau tak kita.. orang yang menilai. Selagi kita buat sesuatu atas dasar minat Insya Allah akan datang keikhlasan menulis & akan memberi hasil yang baik.

16 comments:

  1. wah..nama belog kathy tersenarai jua..bangga sekejap..bukan mudah terlist dalam ramai2 blogger pilihan sis suria yang melekat lekit ni sebab kathy lagi tak pandai menulis. main hentam kromo aje,typo lagi satu hal.apapun,tq sis suria..moga ukhuwah kita terjalin baik walau cuma di alam maya. inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. tak semestinya kena popular kalau nak jadi hebat kan... popular dengan cara dan usaha sendiri tu lebih nikmat hehehehe

    ReplyDelete
  3. Tengs puan suria lekat lekit. Blog saya taklah hebat mana pum biasa2 je, masih banyak lagi yang perlu saya belajar, tunjuk ajar ku sifu.

    ReplyDelete
  4. betul tu! ena setuju dengan kata kata akk...

    ReplyDelete
  5. setuju..ada banyak blogger yang popular tapi entry nya memang akak tak boleh nak pi..blogger tayang badan dan muka biasanya macam tu la..tabik blogger yang sorok2 muka tapi penulisan nya ramai yang suka, memang betul2 dikenali sebab penulisan nya.....marah pulak blogger2 tayang muka dan badan tersebut kalau baca komen akak ni..

    ReplyDelete
  6. Blog bapak2 pun masih bujang 3 lagi tau

    ReplyDelete
  7. Saya setuju dengan kak suria. Tak semestinya tak popular tu tak bagus blog dia. Kadang2 blog dia popular sebab penulis blog tu kacak atau cantik.

    ReplyDelete
  8. selalu gak baca blog buasir otak tu.

    hehe...

    ReplyDelete
  9. Popular tak semestinye hebat..hebat tak semestinye popular..awwww..hihihi..

    Kite popular non hado..hebat pun non hado jugak..sob sob..

    ReplyDelete
  10. biarlah tak hebat dan popular asalkan tulisan kita mampu jadi pembela di akhirat...

    ReplyDelete
  11. tetiba rasa mcm bersemangat balik nak update blog, huhuuuuu

    ReplyDelete
  12. Tetibakan akak rasa akak ni golongan bijak pandailah sebab kata-kata Suria tu - 'Yang susah nak popular ni golongan bijak pandai jer' *_* Kalau macam ni tak popular pun takpa asalkan bijak. Keh3x.

    Yalah, nak menulis bukan senang. Nak menambat hati pembaca sampai melekat tak ingat balik rumah, lagilah susah. Tapi asalkan kita ikhlas, tak penuh tipu muslihat, insya allah akan nampak keindahannya nanti ^_^ Eh, bercakap mengalahkan blogger jutawan pulak. Lupa pulak kita kelas bawahan sebenarnya. Hihihi.....

    ReplyDelete
  13. Makan masa juga nak jadi hebat ni kan. Kena betul-betul kuat dalam dunia blogging ni.

    ReplyDelete
  14. Setuju.....Mrs. A angkat tangan ni.. tapi sis tak nampaklahkan?
    Blogger memang macam retis sungguhpun popular tapi belum tentu bagus.

    ReplyDelete
  15. Selalu jugak baca blog Hasrul Hassan dan blog buasir otak tu. Memang byk input bermanfaat dr penulisan diorang. Lebih baik x popular tp mampu beri manfaat kpd pembaca. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!