DRAMA ADAPTASI NOVEL AJAR ORANG JADI DERHAKA

3/05/2015 10:45:00 AM suria lekatlekit 9 Comments

Ingat Sinetron Indonesia je rasa nak muntah tengok, drama & novel melayu sekarang pun sama dah. Jenis copypaste idea memang lebih kurang sama jer jalan ceritanya. Tapi Drama & novel melayu sekarang bukan jer jalan cerita jer macam copypaste idea tajuk pun sama.. laki aku sotong, dia bini aku, laki aku belakang rumah, jiran itu bini dia, bini aku bukan bini kau... bla.. bla... bla... Alahai, dah habis ilham ke hapa asyik tajuk laki bini je jadi pilihan.


Kalau sorang buat adaptasi cerita novel pasal suami isteri & berjaya... maka berderet la lepas tu cerita adaptasi novel berkisahkan suami isteri yang kawen pasal terpaksa. Tak laki kena paksa kawen.. mesti bini. Pi mai pi mai tang tu jugak. Tak pun kalau tak berkisah kena kawen paksa mesti kisah pasal laki bini jugak sampai rasa nak muntah atas tv tengok drama drama macam ni. Scene2 dalam drama tu pun typikal perempuan gedik tak pun jantan kasanova. Mesti ada satu watak pembantu yang nak memecah belahkan hubungan tu. Memang totally pelakon jer berbeza jalan cerita lebih kurang sama.

Lagi satu aku perasaan.. banyak drama adaptasi novel sekarang ni memang macam nak highlight sangat kalau kawen terpaksa ni.. laki tak boleh sentuh bini.. bini tak nak layan suami sebagai suami.. Majoriti drama adaptasi novel sekarang cerita dia macam tu. Nak tunggu jatuh cinta dulu baru boleh laksanakan tanggungjawab suami isteri tu. Watdehek! Nampak sangat macam nak ajar orang jadi derhaka kepada pasangan masing2. Lepas tu babak skandal dengan boipren/gepren lama.. Dah satu moral curang di tonjolkan. Asal kawen terpaksa & di paksa mesti perjalanan cerita dia macam tu.

Tak macam dulu.. Rasanya zaman teknologi tak canggih penggiat seni ni lagi kreatif & ber idea dari zaman sekarang. Tak de sangat nak nampak cerita copypaste idea ni.. Tapi sekarang bersepah. Guna pelakon2 yang tengah up sikit, watak sweet2 kencing manis sikit buat gegadis berangan bila tengok drama tu dah.. Kualiti cerita hampeh. rasanya baca buku cerita dogeng kanak kanak lagi enjoy kot.

Tolong la stesen tv.. selected sikit nak pilih drama untuk slot rancangan korang. Jangan la orang luar tengok sampai nangis  berdarah dengan drama melayu sekarang. Kang Julia Perez tengok kutuk drama melayu hangpa nak tacing sampai ke tulang sum sum. Padahal bukan Julia Perez ja rasa nak cerca, aku pun kawal words jer agar tak keluar bahasa2 trajidis bila tengok drama2 Melayu sekarang. Nasib baik aku tak langgan esteruk kalau tak maybe lebih teruk aku kutuk. hahahahahaha...

Apapun aku rasa dua drama melayu sekarang yang maybe ada moral yang elok untuk di tonton iatu.. Asam pedas untuk dia.. sebab dalam drama ni even depa kawen bukan atas suka sama suka tapi moral yang di bawa dalam cerita ni sangat baik. Sebabnya pasangan ni walau kawen terpaksa tapi kedua dua melakukan tanggungjawab seorang suami & isteri dengan baik tak macam drama2 adaptasi novel yang bersepah sekarang.. Yang kedua mestilah cerita Ungku Aziz Ismail.. Teman lelaki upahan sebab watak EL yang cuba menyatukan ahli keluarga kyra tu bagi aku bawak moral yang elok jugak. Sebab drama ni lebih highlight pasal hubungan kekeluargaan lebih2 lagi keluarga sebelah EL. Aku suka jugak watak kyra walau ego dia tinggi tapi dia seorang yang tak berputus asa.. Tak jadikan kekecewaan sebagai sesuatu yang akan buat dia down. Sedih tak buat dia meratap tanpa buat apa2. Yang penting tak gedik sangat dengan jantan. Babak2 dalam drama tu aku suka.. sebab takde perempuan gedik & watak hero dia memang sangat menghiburkan. Mulut macam bertih jagung. hehehehe


At least dalam banyak2 drama sampah ada jugak satu dua boleh hadap kat tv. So, pengarah atau novelis.. sila makan kismis & kurma banyak2 supaya menghasilkan idea yang fresh & original ok. Asyik copypaste idea orang jer... pun nampak macam takde identiti karya korang. Drama2 kena kawen paksa ni hope dah takde lepas ni muncul kat stesen tv.

9 comments:

  1. btul2... cerita2 ni, bila diadapatasi, jadi lain macam plak... mcm lin lg suka cerita isteri ngorat suami.. leh amik tip sikit kan... bahahahah

    ReplyDelete
  2. dah lama tak bukak tv.. kalau bukak tengok cerita kamen raider hari ahad pukul 12.. hahaha... detective conan lagi best kot..

    ReplyDelete
  3. Dah muaklah tengok tajuk sebab itu malas nak tengok. Balik-balik cerita yang sama. Masa mula-mula dulu ada jugalah hati nak tengok drama Melayu. Baru tengok 2,3 episod dah bosan macam apa rasanya. Cerita Korea lagi best *_*

    ReplyDelete
  4. dah lama tak layan adaptasi novel kat tv. sbb semua saja. Lain laa kalau novel karya Ramli Awang Murshid, haaa....yang ni memang tertunggu nak tengok. Terutama sekali novel Bagaikan Puteri.

    ReplyDelete
  5. betul. setuju dengan puan. contohnya suami ku encik sotong, dah la suami bapok, pastu dayus biar isteri berzina dengan lelaki lain. ntah apa2 punya pengajaran ntah dari cerita tu.

    ReplyDelete
  6. Saya ada sekali tertonton drama Projek memikat suami, lepas tu trauma sampai sekarang :)

    ReplyDelete
  7. Sebab tu malas tengok drama adaptasi..menyampah plus meluat. Lebih sanggup layan drama cina hong kong dan singapore dari drama adaptasi novel. Lepas tu bl raya ml la ada drama suami ku encik sotong raya,rindu awak 200% raya dsb. Hari tu blh layan 3 drama je. Teduhan Kasih,RA 200% dan Maaf Jika Aku Tak Sempurna.. Yang lain semua ke laut.

    ReplyDelete
  8. setujuuuuu sangat.. TLU dengan AsamPedas je yg boleh hadam... yg lain kelaut

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com