GAMBAR LANGSUIR DI SUMBAT DALAM BOTOL

16.3.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

langsuir ni kiranya kategori hantu yang paling otai jugak sebab dia terkenal sejak dari zaman purbakala lagi & sehingga kini dia masih mampu mempertahankan popularitinya sebagai di antara makhluk yang menyeramkan orang kampung jugak orang bandar. Langsuir ni mempunyai kepakaran bertenggek kat dahan pokok atau terbang dengan gaya bebas.. Langsuir selalu di gambarkan seekor hantu berambut panjang, muka hodoh & sentiasa berjubah putih ala2 baju kelawar skit fesyen dia..

Sumber google sekadar hiasan

Tu serba sedikit pengenalan pasal langsuir ni.. Kalau rasa nak berkenalan lebih rapat boleh la cuba berinteraksi dengan beliau secara in person yer. Lelebih sangat aku tak reti cerita pasal langsuir sebab aku sendiri pun takde hubungan rapat apatah lagi hubungan kekeluargaan dengan langsuir jauh sekali pernah bercouple. hehehehe

Tertengok kat post Pencari Entiti Crew - P.E.C satu gambar yang di kirim oleh peminat hantu.. seekor langsuir yang suka ikut budak balik ngaji berjaya di tangkap seterusnya di botolkan untuk tujuan di pamerkan kepada umum. Kalau tak kurung dalam botol kang.. terlepas bebas langsung orang lain takde change nak tengok kan. Mesti korang pun tak sabar nak tengok.. aku pun rasa tak sabar nak tunjuk jugak. Kalau ada yang histeria lepas tengok tanggung sendiri yer

 Ni mesej dari pengirim gambar
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tu dia.. seram tak? Jangan sampai pecah perut tau.. sikit2 sudah. hehehehe



Moral of the story untuk semua langsuir yang ada... kalau tak nak kena kurung dalam botol sila jangan ganggu budak balik ngaji, hokay! kekekekeke

4 comments:

  1. ketaq kepala lutut tengok.. nasib tak terkencing!
    kui kui

    ReplyDelete
  2. Ish, kalau ada depan mata memang nak lepuk juga dengan sudip tau! Orang dah feeling-feeling gigil campur ngeri sambil standby nak tutup mata, nak tengok celah jari jerk, tetiba ini rupa langsuir yang kena tangkap! Grrr....geget kang baru tau ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!