HARUN SALIM BACHIK MENINGGAL DUNIA

3/08/2015 05:37:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Terbaca post Rotikaya yang mengkhabarkan Pelakon Harun Salim Bachik meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun..

Katanya beliau rebah di tandas hentian rehat (RnR) bukit merah. Hilangnya sebutir bintang di persada seni tanah air. Beliau seorang pelakon & pelawak yang sangat berbakat. Lakonan bersahaja mampu mencuit hati penonton


semoga Almarhum Harun Salim Bachik di ampunkan dosanya & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga redha & tabah menerima Ujian Allah. Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.
Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.
Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.
Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia. -sumber Wikipedia-

5 comments:

  1. Suka tengok dia berlakon. Tengok muka je pun dah nak gelak.. Semoga roh beliau dirahmati Allah

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah.. :'(

    ReplyDelete
  3. innalillah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  4. jangan lupa...Dato CT cakap, mak dia bagi CT berlakon dgn Arwah Harun Salim Bachik je...mesti ada yang menarik minat mak siti...al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Innalillah, arwah baik orangnya dan pandai buat lawak. Takde lagi dah boboi gabungan arwah dengan afdlin shauki.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com