INILAH AKIBAT BILA BLOG BOLEH BUAT DUIT

3/27/2015 10:30:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Rasanya bukan rahsia kot ramai yang mampu menjana pendapatan dengan blog sampai ada yang sanggup berhenti kerja semata mata nak jadikan blog satu kerjaya. Yang bekerja pun jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan. Apatah lagi yang memang tak bekerja.. Sambil2 berblog dapat sikit2 tu pun jadi lah dari tak masuk langsung asyik kena keluar bayar bil letrik dengan internet..

Sumber Google

Disebabkan blog boleh jana pendapatan tak kira banyak atau sikit, maka blog & blogger umpama di baja. Tumbuh membiak dengan jayanya.. Bila dah semakin ramai blogger & semakin banyak blog ramai pulak yang berblog bukan sebab nak menulis blog tapi sekadar maybe nak populariti atau nak duit jer. Ok tak salah.. Yang jadi salah. Dah la malas.. lepas tu memang tak berbakat langsung tulis blog tapi gigih jugak la nak adakan blog sebab duit maka guna jalan paling keji..  hari2 kerja dia memburu artikel blog orang lepas tu copy & paste. Tak payah buat apapun.. just create satu blog jer. Tak payah perah otak.. dah jadi blogger.

Tu la kan.. bila berkaitan dengan duit ni orang sanggup buat apa saja. Tak kira dengan cara betul atau cara salah. Ada yang mula2 kemain menentang tetiba boleh jadi sokong sesuatu perkara sebab DUIT. Ada yang memula kemain punya boikot tetiba boleh jadi support bila di bayar dengan DUIT. Ada yang haram tetiba jadi halal sebab DUIT. kekekekeke.. Moral of the story duit bukan setakat boleh beli prinsip sesorang malah boleh beli maruah diri jugak. Peace!

P/S : Aku pun ada jugak dapat hasil dari blog kebanyakkan iklan2 & review tapi bukan banyak sangat pun. Cukup la untuk belanja diri sendiri setiap bulan.

8 comments:

  1. nanti dah dpt payment side income tu jgn lupa mai order shaklee lagi kat aku .. keh keh keh


    tapi copy cat mmg tak dpt dimaafkan la ......

    ReplyDelete
  2. kannn.. entry blog saya siap autopublish kat satu blog tu.. hangin gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blog saya pun pernah kena macam tu.. saya buat google report jer lepas tu dia delete semua entri2 saya yg dia buat autopublish kat blog dia

      Delete
  3. Kathy tak tau ada tak yg nk copy entri blog kathy sis..mcm ne sis check ye? Teringin juga nak tambah income dgn review produk tapi siapalah yg sudi nk bagi kathy job tu. Hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Copy and paste ni memang budaya dah lama dah. Sejak dari zaman student mula buat assignment guna Microsoft Word. Haha

    ReplyDelete
  5. Blogger copy paste ni bukan blogger tulin dan sejati

    ReplyDelete
  6. "Aku menulis bukan kerna nama....' Hah, tetiba aje rasa nak nyanyi! Memanglah yang hidup berpaksikan duit ni semua pun ditonggangterbalikkan. Yang tak boleh, dibolehkan.Yang haram, dihalalkan. Pendekata memang dah tak berprinsip lagi. Asyik je layu kena tiup angin RM. Lagi banyak offer, lagi menjadi layunya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com