KAU SUKA ORANG EDIT MAK BAPAK KAU BERBADAN BABI

1.3.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Tu dia.. hot & spicy tajuk entri dengan soalan kau suka? Dah tentu takde yang jawab suka,kan? Sentuh bab mak bapak ni kadang2 lebih sensitif dari orang sentuh pasal diri kita, kan? Ada orang kita boleh hina dia sampai ke urat saraf paling halus tapi sentuh atas kulit mak bapak dia je pun dia sanggup berbunuh sebab nya benda yang takde jual & cuma satu dalam dunia ni adalah mak bapak.

Asal nak menghina atau cerca mesti babi.. babi lagi mulia dari spesis yang suka membabikan orang ni.

Semalam ternampak satu post gambar DS Rosmah isteri kepada perdana menteri kita di edit berbadan haiwan nampak macam babi.. teringat aku Almarhum TG Nik Aziz pun pernah gambar dia di edit macam tu. Tujuan dia semua orang tahu untuk menghina.. Ni semua atas dasar perbezaan fahaman politik. Yang buat dah tentu bukan di kalangan orang2 kat atas.. tapi politikus2 takde masa depan yang taksub pada parti yang di sokong.

Kalau kita melihat mereka2 yang di hina dengan cara macam tu sebagai seorang individu memang kita takde rasa kesian.. Cuba melihat dia sebagai seorang ibu atau bapak orang lain.. Dan bayangkan orang buat macam tu kat mak bapak kau! Kau fikir semua orang suka mak bapak kau ke even kau sayang mak bapak kau! Kalau orang tak suka mak bapak kau hina mak bapak kau dengan cara macam tu, kau rasa kau happy ke tak? Kau rasa bangga ke tak? Macam tu perasaan orang lain tengok mak bapak dia di hina macam tu. Tak tau la kalau kau jenis anak memang suka orang aniaya mak bapak kau..

Orang yang taksub ni bukan jer bila terjebak dalam politik negara je jadi tak berapa manusia.. kalau dalam apa2 perkara pun kalau taksub memang hati lebih di kuasi nafsu dari akal maka tindakkan macam fikir guna tapak kaki bukan otak. Orang yang fikir guna tapak kaki ni memang layak kena pijak je. Jadi.. berpada2 lah dalam menyatakan sokongan pada sesuatu atau seseorang tak payah over sangat. Mati esok orang yang korang sanjung tu tak tolong bagi jawapan dalam kubur.

7 comments:

  1. tulah... bila ditegur.. org yg menegur kena balik...

    ReplyDelete
  2. Macam tu la politik negara. Bukan nak berhujah secara ilmiah tetapi lebih suka buat serangan peribadi dan menghina orang lain.

    ReplyDelete
  3. ye la kan? tak elok buat macam itu. ini dah tahap menghina sudah. jatuh maruah orang di samakan dengan binatang.

    ReplyDelete
  4. Haih...nampak sgt org tu x cukup kasih syg..sampai x tau hukum...sbb tu dia berani buat tu suria....

    ReplyDelete
  5. Yg boleh aku ckp melampau ..... wlupun xsuka org tu rs die hina ..lg hina org buat edit camtu.....

    ReplyDelete
  6. jangan la buat macam tu :(
    takkan xtakut dosa

    ReplyDelete
  7. Kalau tak suka sekali pun, berpada-padalah menghina. Dihina berpada-pada tu pun kita dah rasa sayu pilu sangat inikan pulak kalau berlebih-lebihan menghina orang. Manusia macam ni cubalah kalau kita hina dia, buat perkara yang sama kat dia, mahu gegar dunia dia mengamuk. Tapi bila dia buat kat orang, tak sedar pulak akibatnya!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!