KAWASAN PERKUBURAN PALING BERHANTU DI MALAYSIA

3/30/2015 10:10:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Biasa la kita dari kecik di momokkan kawasan kubur ni tempat menyeramkan & berhantu sampai masa kecik aku dulu kalau lalu kawasan kubur pun rasa seram tapi peliknya kalau melawat kubur nak2 hari raya takde pulak rasa seram ke hapa. Kalau hari biasa ni macam lain macam jer seram... Tu masa kecik. Sebab teringat kenangan takut kawasan kubur aku sesaja la cari cerita seram pasal kawasan perkuburan ni tetiba jumpa info ni..


Mengikut kajian geng paranormal seekers katanya ada beberapa kawasan perkuburan yang paling berhantu.. antaranya kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang. Tu kawasan perkuburan yang di katakan berhantu.

Selain tanah perkuburan ini adalah Tempat berhantu lain ni selain highland tower..
  1. Hospital Lady Templer
  2. Institut Victoria, Kuala Lumpur
  3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur
  4. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
  5. Berhampiran Poliklinik Cheras
  6. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort
  7. Pejara Pudu, Kuala Lumpur
  8. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur
  9. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang
  10. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu Bharu,Selangor
  11. Kawasan Bukit Damansara, Selangor
  12. Kellies Castle, Perak
  13. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak
  14. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai Perak,Perak
  15. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
  16. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang, 
  17. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah
  18. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah
  19. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah
  20. Kawasan Kubur Panjang, Pendang Tobiar, Pendang
  21. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang
  22. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang
  23. Kawasan Kota Lama, Melaka
  24. Villa Nabila Johor Bahru
Sumber : Cari

Tu dia banyak sungguh penempatan hantu kat Malaysia ni kan? tak tau penempatan haram ke sah.. Dan tak sure pulak hantu2 ni status warganegara ke, hantu asing ke atau hantu tanpa izin. Banyak sungguh penempatan manusia depa take over. Mentang2 la ghaib kan.. sesuka hati je nak berumahtangga kat memana pun. Best la kan jadi hantu tak payah bayar sewa rumah boleh je duduk kat memana.. hehehe.. Hantu2 jangan marah yer gurau je.

Moral of the story.. Jangan biarkan rumah anda di sita hantu2. Jadi amalkan apa perlu di amalkan jangan sampai amalan syirik & khurafat sudah. Selamat berhantu semua. Peace hantu!

5 comments:

  1. haha...sabo jela ...
    kat opis lama aku ade je kadang2... depa mmg dok situ ..... kadang tu halau aku balik kalau aku balik lambat

    ReplyDelete
  2. haduhhh...seram kot...hahahaha..akk plg takut bila lalu jerat cina memalam kalau balik kg masa kecik2 dulu...tk berani nk tgk2...kikiki

    ReplyDelete
  3. Hahaha! Belum habis baca dah gelak tak sedar diri. Nasib baik tak tercekik sambil baca kisah hantu sambil mengunyah!

    Lady Templer tu tahulah. The seramest kat Cheras. Banyak juga baca kisah-kisah berkaitan Lady Templer ni. Yang lain-lain tu tak berapa tahu kisahnya kenapa segala jenis hantu suka benar nak take over. Eh, tempat ni of course dah lama berhantu rasanya ikut kawasanlah - Melayu, Cina, India. Hantu warga asing tak sempat nak dominate tempat ni dah kena sengih dek hantu-hantu residen yang ada.

    Untunglah depa ni kan.... tak payah bayar sewa. Tak payah keluar deposit nak beli rumah. Takda pun susah hati harga rumah melambung naik. Asal nak je, bertenggek kat rumah orang pastu claim rumah dia! Jahat betul hantu-hantu ni. Ajar sikit depa ni semua, Suria!

    ReplyDelete
  4. Uihhhh.. Banyak tmpat menyeramkan ni.. Pernah baca jugak psal istana kellie dan hspital lady templer tu.

    ReplyDelete
  5. hehe...kadang tempat camtu boleh dijadikan tempat pelancongan tau
    zaman sekarang ramai sangat tengok benda gini

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com