MELAYU TAK RETI ENGLISH ATAU MELAYU TAK RETI MELAYU YANG BODOH

3/25/2015 09:59:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Rasanya ramai dah tengok & baca satu screenshoot seorang pengedar produk online pasal seorang pembeli dia yang salah faham tentang postage. Maybe sebab kefahaman dia dalam bahasa Inggeris tak berapa baik.. Dia ingat postage tu macam barang percuma hadiah dari pengedar untuk pembeli la kot. Bila takde apa2 yang percuma dalam bungkusan kiriman pos yang dia dapat.. dia pun tanya la kat penjual tu.. Akibat dari tu perbualan dia tu jadi viral sebab di sebarkan oleh peniaga online tu sendiri..

Sumber google

Ramai yang gelakkan dia.. Sebab dia tak tahu maksud postage. Aku tak rasa nak gelak sangat pun sebabnya bagi aku bukan sesuatu yang bodoh atau boleh di perbodohkan kalau seseorang tu tak reti bahasa Inggeris yang patut rasa malu bila seorang melayu berurusan dengan orang melayu yang lain tak reti nak guna bahasa melayu. Apa nak pelik.. dia bukan minah saleh tak reti English.. dia orang melayu. Membesar dengan bahasa Melayu. Yang patut rasa diri macam bodoh membesar dengan bahasa melayu tetiba pandai english, terus jadi macam tak reti cakap melayu atau "feel stupid when i speak malay katanya...." Sebab English dah jadi International language maka yang tak reti english terus jadi bodoh ke?

Biasa la aku pun ada jugak sesetengah perkataan English tak faham terpaksa rujuk kamus

Gelakkan diri sendiri dulu la kalau spesis yang suka mengangkat bahasa orang untuk nampak kononnya hebat seolah olah merendahkan bahasa Ibunda sendiri. Bukan la aku kata salah belajar & guna bahasa Inggeris.. Tak salah. Bagus.. salah satu cabang ilmu jugak cuma yang jadi salah bila kita melihat seseorang yang tak mampu kuasai bahasa asing sebagai seorang yang bodoh & boleh di perbodohkan. Contoh dengan apa yang jadi viral sekarang.. seolah2 benda tu satu jenaka pulak.. Gelak ramai ramai.. Tapi aku tak rasa tuan punya badan rasa benda tu jugak kelakar. Maybe dia rasa malu jugak.. Yelah, orang sekarang konon urban & bijak kalau pandai guna bahasa Inggeris kan. Bila yang lemah dalam english tu.. Maybe dia rasa rendah diri la jugak.

Belajar & kuasai la seberapa banyak bahasa sekalipun.. Memang bagus & mungkin jadi kelebihan pada kita tapi.. Tapi Jangan melihat orang lain seperti seorang dungu atau bodoh bila tak mampu kuasai bahasa asing. Dia tak faham postage bukan bodoh sangat pun.. Kalau kau buat karangan bahasa Melayu guna perkataan english tetap kena potong markah even cikgu faham apa yang kau tulis. Tak jadi betul even kau rasa diri hebat sekalipun. Tetap penggunaan bahasa Melayu kau yang salah.. Bukan salah orang melayu lain yang tak faham.

11 comments:

  1. Aku pun fikirkan yang postage tu barang.. oooooo, bukan barang rupanya.

    ReplyDelete
  2. kekadang bahasa english ni kita tak berapa nak faham sangat..tp bila baca tergelak jugak kan ..hehehe

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan kak suria. Orang zaman sekarang ni terlalu taksub dengan bahasa Inggeris sehingga lupa pada bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  4. nak marah pun x sampai hati...kadang-kadang mmg betul ada yang xtau...tak bermakna kita tau tu perkara yg hebat :)

    ReplyDelete
  5. seronok sangat pengedar tu mengaibkan orang...mmg tak sedar diri...dia pun satu ketika dulu A pun tak tahu....bila dah betulkan tu diam2 sudahlah, ni tak....dia p screenshot lagi...

    ReplyDelete
  6. Kesian pun ada jugak..
    So selepas ni semua penjual online kena tukar free postage tu kepada penghantaran percuma la.
    Tapi kalau tak faham jugak..tak tahu nak kata apa

    ReplyDelete
  7. kadang-kadang tak boleh gelakkan juga orang mcm ni. Macam mak-mak atau nenek-nenek kita yang mmg tak tahu english tu. Nampak perkataan FREE ngat ada FREE gift. Mmg tak boleh ketawakan org mcm ni. saya pernah berjumpa dgn nenek-nenek di shopping mall. Dia tanya saya, 'barang ni FREE apa ni? Ada tulis FREE.' Brangan tu tulis 'SOAP FREE' - bahan tidak mengandungi sabun atau pun PARABEN FREE - tiada paraben.

    ReplyDelete
  8. takpe jangan gelakkan dia, bahasa Inggeris boleh diperbaiki, dulu pun ada kawan aku tak faham maksud Preety ugly, preety well, preety much dan macam-macam lagilah ayat start dari preety.
    Aku pun terangkanlah pada dia, maksud preety tu tak semestinya cantik saja, tapi preety sama maksud macam "agak, lebih kurang", itu pun dia susah nak terima.

    ReplyDelete
  9. Kelakar pun ada,kesian pun ada..huhu..

    ReplyDelete
  10. Memang kelakar tapi kalau dah sampai jadi viral jadi bahan gelak, rasa kesian pulak. Yalah kena faham bukan semua orang pandai berbahasa Inggeris. Kalau kita pandai sekali pun tak payah mendabik dada sebabnya ada lagi yang pandai daripada kita. Bab-bab free ni baru semalam dok borak dengan Abang. Dia pun ingat asal ada free je maksudnya percuma. So semalam dia nampak kat tin minuman ada tulis 'alcohol free' so diberitahu kat Daddynya ~ Ayokk, Daddy.....Daddy dah minum alkohol. Alkoholkan HARAM!'

    Tak pandai boleh belajar tapi yang berlagak pandai memang susah nak ajar, Suria *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com