ORANG GILAKAN LAKI ATAU BINI ORANG NI MEMANG ADA PENYAKIT GILA?

26.3.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Gila ni bergantung pada perkara & perbuatan untuk membezakan maksudnya... Contoh gilakan suami atau isteri orang bermaksud bersungguh sungguh nak orang tu tak kira la apa pun status dia bukan bermaksud gila sakit mental. Tapi tajuk entri ada 2 perkara gila.. satu tergila - gila & satu lagi gila.. Untuk tak buat korang pening meh la baca isu yang aku nak kupas,kupis & kopek ni..


Bila tengok drama melayu sekarang aku terfikir satu benda pasal satu watak jantan yang gila bini orang dengan perempuan yang gila laki orang. Serius dah macam orang gila punya tergila gilakan orang punya. Sanggup berbunuh ada.. fitnah ada & macam2 lagi la depa buat. Sebab orang kata watak dalam drama ni majoriti di adaptasi dari kehidupan realiti kita... aku tertanya memang spesis manusia yang gila bini atau laki orang memang macam tu ke? Tergila gila kan orang sampai tindakkan depa macam orang gila (tak waras). Macam dah pupus manusia dalam mukabumi dia punya kejar laki atau bini orang tu.

Ni cuma satu persoalan bukan tuduhan yer.. kalau nak marah, salahkan drama yang dok highlight sangat watak2 macam tu dalam drama. Seolah2.. nak tunjuk memang ramai spesis macam tu dalam kehidupan kita. Asal cerita kawen terpaksa atau kena paksa atau tak sengaja terkawen je mesti ada watak pembantu yang nak jadi pemusnah rumahtangga orang. Macam highlight sangat perangai orang melayu macam tu kan?

Moral of the story macam kata perumpamaan.. tiada angin masakan pokok bergoyang. Ilham orang berkarya ni banyak di cetus oleh apa yang berlaku di sekeliling.. walau tulis blog pun idea dari apa kita nampak, dengar & rasa. Memang di akui ada orang suka mengambarkan kehidupan dia macam apa yang imaginasi dia bayangkan.. atau lebih senang orang cakap berangan tapi tetap angan2 dia macam apa yang berlaku dalam dunia realiti cuma tak berlaku pada hidup dia je sebab tu dia berangan. so,apa yang di lakonkan dalam drama mungkin itu yang berlaku dalam realiti.

3 comments:

  1. Akk tgk drama melayu skang byk cerita unsur mcm ni..kawen paksa..kawen kontrakla..upah jadi bf la..huhuhu...tp kalau tergilakan laki/bini org tu...alahai...takut nk ckp lelebih...mntk smpgla kan

    ReplyDelete
  2. Hehehehehe..alahai.. Memang dah gila tu.. Geram sgm spesis org mcm ni.

    ReplyDelete
  3. Betul tu, Suria. Kebanyakan yang dipaparkan dalam drama biasanya diadaptasi dari situasi yang sering berlaku di luar dramakan. Makanya, memang betul ke perangai gila dan gila-gila macam ni ada dalam dunia realiti? Memang teruk macam tu ke agaknya? Eh, serius takutlah kalau semua orang dah tak betul macam dalam drama Melayu sekarang ni. Semua pun boleh. Semua pun halal!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!