PETUA TERCEKIK TULANG YANG AGAK PELIK

31.3.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Kalau tercekik tulang memang mengundang panik.. nak2 lagi tulang tu agak tajam & besar. Aku pernah tercekik tulang ayam.. Siksa rasa nak nafas pun susah. Nasib baik dia nak keluar balik bila cuba muntahkan.. tapi Ya Allah rasa perit giler beb bila tulang tu terasa bergesel dengan tekak... Sebab benda macam ni boleh berlaku kat sesapa saja & mungkin petua2 biasa selama ni tak berapa effective meh try satu petua ni..



Petua ni aku terbaca kat satu portal. Aku pun sebenarnya tak pernah dengar apatah lagi cuba.. Tapi kalau berlaku tercekik tulang tak salah kita try ye dak. Caranya tarik telinga kiri & kanan.. Agak agak la tarik tu jangan sampai tercabut telinga sudah atau pusingkan pinggan 3 kali sambil berselawat.

Aku tak tau tahap keberkesanan petua ni.. Tapi kalau dalam keadaan emergency tak salah cuba kan? Tang pusing pinggan tu aku dok cari jugak tang mana kaitan dengan tercekik tulang. Pinggan dengan tekak jauh sangat... Ni guna kuasa spiritual ke hapa tak tau la.. Apapun ikhtiar selagi tak ada unsur khurafat & syirik.. Yang menyembuhkan Allah SWT jugak.

Untuk petua2 lain korang boleh baca kat sini > Petua tercekik tulang ikan <

Moral of the story.. makan jangan gelojoh. Gelojoh punca utama tercekik bukan takat tulang tercekik pinggan pun boleh kalau makan macam tak jumpa makanan 10 tahun.

P/S : maybe aku je rasa pelik sebab aku tak pernah dengar hahahaha

4 comments:

  1. Akak pun tak pernah dengarlah Suria! Ni nak tanya, tarik telinga kiri kanan tu serentak ke apa? Hehehe... Bab pusing pinggan tu pun tak fahamlah. Nak pusing pinggan yang kita tengah makan ke atau pinggan bersih yang lain? Kalau pinggan yang tengah makan tu siksalah. Kalau ada makanan atas pinggan pun main pusing je gitu? Membazir namanya. Kawan siapa??? Hahahaha....

    Akak suka makan ikan terubuk walaupun banyak tulang. Alhamdulillah belum pernah tercekik tulang ikan terubuk dan harapnya tak pernahlah selamanya. Eh, ada relevannya tak cerita suka makan ikan terubuk dengan petua tercekik tulang kat entri ni? Macam tidak jerk *_*

    ReplyDelete
  2. pelik petua ni...harap2 xperlu guna petua ni in future sbb aku paling ngeri perasaannya kalo tercekik tulang

    ReplyDelete
  3. Hehehheehe..pernah jg tcekik tulang ikan apa ntah..3 hari 3 mlm menanggung sakit.

    ReplyDelete
  4. hehe...nak tergelak guling-guling saya baca benda ni
    tak tahulah kot ada kebenarannya kan
    ada sesapa dah cuba ke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!