SINDIRAN KUBUR PINK USTAZ MENGUNDANG FITNAH

6.3.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Ramai yang dah tahu & masih ada yang tak tahu isu kubur pink & service audio mp3 bacaan Al Quran kat kubur adalah satu sarcasm atau sindiran dari seorang individu di laman sosial untuk mereka2 yang menghias kubur ahli keluarga yang dah meninggal dunia secara berlebihan sehingga menyebabkan pembaziran & menyerupai budaya/cara agama lain. Niat Ustaz tu mungkin baik nak menyedarkan umat Islam supaya tak melakukan perkara tersebut tapi cara dia tu bagi aku tak betul la sangat.

Post yang menjadi Viral.Boleh rujuk entri ni >> Kubur Pink <<

Kita sedia maklum bukan semua orang faham bahasa sarcasm/sindiran ni. Aku pun kadang2 tak faham jugak kalau terlalu dalam maksudnya tersembunyi.. tapi dalam kes kubur pink ni aku dapat detect ia cuma sarcasm lepas aku baca post & komen2 di bawah post tersebut cuma tak sure apa yang dia nak sarcasm sebenarnya. Tapi di bawah komen2 tu pun aku tengok ramai yang salah faham dari faham makna tersembunyi. Motif nak menyedarkan orang buat salah tapi yang berlaku adalah salah faham yang lebih besar. Kebanyakkan orang tak faham dia menyindir orang lebih faham dia cuba buat sesuatu yang takde dalam ajaran Islam. Kesan buruk tu berbalik pada tuan empunya badan & cara dia bukan saja mengundang panik orang ramai malah mengundang fitnah yang besar.

Tak perlu la kot nak sarcasm/sindir dalam menyampaikan ilmu Allah ni.. Nak berdakwah, berdakwahlah dengan cara semua orang boleh faham agar ilmu di sampaikan tak jadi salah faham. Salah faham dalam isu agama ni agak berat berbanding isu2 semasa. Pada Ustaz tu, aku nak tegur ilmu aku dengan dia memang jauh beza. Aku ni ilmu paras buku lali tu pun tak tau sampai ke tak.. Ilmu dia mungkin lebih tinggi dari aku sebab mampu di gelar ustaz. Hope apa yang berlaku kita semua jadikan pengajaran. Nak sarcasm pun biar nampak sarcasm nya.

P/S : Tujuan aku tulis entri selain bagi pendapat pasal isu yang menjadi viral adalah untuk memberi tahu maksud sindiran ustaz ni sebab even aku tahu cuma sarcasm tapi mula2 aku pun confuse apa benda yang dia nak sarcasmkan sebab dalam komen dia ada jugak sentuh pasal wasiat Almarhum TG Nik Aziz.. sindiran dia tu boleh mengundang macam2 salah faham..  Bukan senang nak memperbetulkan salah faham bila melibatkan ramai orang

7 comments:

  1. ada baca viral pasal post ni..tu laaa bila baca mcm ye ye je tawaran yg dibuat tu...tp bila difahamkan balik...mcm x masuk akal....huhu

    ReplyDelete
  2. Hmmm... Kathy nak komen pun tak reti.. Tapi mmg memgundang salah tafsiran..

    ReplyDelete
  3. bila baca..mula2 rasa mcm apa laa org ni mengarut buat semua ni..rupanya sarcasm bila difahami btol2..

    zmn skang ni..kita xleh nak berkias2 sgt.. lagi senang straight to d point...supaya xde salah faham yg lebih besar...

    ReplyDelete
  4. Laaaa aku ingat mmg ade org buat pakej rupanye sarcasm

    ReplyDelete
  5. kan??dia nak sindir tu sindiri la..bila dia masuk kan sekali tentang TG Nik Aziz tu takut orang anggap,"salah tak buat tahlil"..dia kena banyak belajar lagi la bab2 sarcasm ni..

    ReplyDelete
  6. Mmg ada mksd sebaliknya... Tapi org skrg mna nk reti kias2.. Kna direct ti the point je..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!