TAK SALAH DAMIAN VE CAKAP FYNN JAMAL TAK BOLEH NYANYI

3/31/2015 11:46:00 AM suria lekatlekit 20 Comments

Sejak semalam dok baca pasal teguran Damian VE yang katanya Fynn Jamal tak boleh menyanyi & suruh berhenti nyanyi. Mesti la melompat peminat kak Fynn kan.. Kau sesuka hati je cakap orang tu tak boleh nyanyi.. Kau tak tau berapa ramai peminat lagu Arjuna beta, katanya. Tapi aku sokong pendapat Damian VE.. Bagi aku apa dia cakap memang betul


tapi Bukan la kata aku setuju dia kata Fynn Jamal tak boleh nyanyi aku sokong pendapat dia support tak semestinya mengampu. Apa dia kata tu bagi aku takde salah & dosa kat memana pun. Tu pendapat dia.. hangpa lelebih nak tacing tu dah pasai apa. Oo.. hangpa kata retis kesayangan orang lain suara tak sedap takpa.. tang orang kata retis kesayangan hangpa tak boleh nyanyi amukkan puaka pulak.


Dia dengar tak sedap.. takkan nak paksa dia kata sedap semata mata nak sedapkan hati orang lain. At least dia bagi pendapat secara jujur.. Tak boleh judge bila orang tu tak setuju dia dengki. Taste orang tak sama.. Jadi aku tak rasa salah Damian nak cakap macam tu. Rasanya Fynn Jamal pun rilex je kot. Takat Damian sorang kata dia tak boleh nyanyi tapi beribu lagi rasa suara dia sedap.. apadahal! Kot2 la kata2 Damian tu macam sang gelembai.. cakap jer terus jadi. Boleh la cuak, ye dak?


 Untuk artikel penuh boleh baca di Rotikaya

Aku peminat Amy mastura dari sejak zaman sekolah sampai sekarang tapi aku akui Amy mastura kalau nyanyi live even lagu dia sendiri memang lingkup tapi kalau berlakon memang tiptop. Lagu2 dia best kalau dia tak nyanyi live. Adakah aku tak support Amy mastura sebab aku cakap macam tu? Aku still peminat dia.. Tapi peminat atau penyokong tak semestinya kena mengampu, ye dak? So, pengampu dengan peminat atau penyokong adalah berberbeza. Berhati hati lah.. pengampu selalunya membunuh kita secara perlahan lahan bila sentiasa menyembunyikan kelemahan, kesalahan & kesilapan kita semata2 nak nampak baik di depan kita. Sebab kita manusia ni selalunya anggap yang puja puji ke langit biru tu kawan, bila  tegur & kritik tu lawan terus kena tendang keluar group katanya. Jadi renung renungkanlah selamatkan diri anda dari pengampu.

Moral of the story.. Jangan jadi manusia taksub yang melihat seseorang yang kita sokong seolah2 manusia yang sempurna. Setiap yang bernama manusia pasti ada kekurangan & kelebihan.

20 comments:

  1. walaupun dia menyanyi tak sedap,tapi apa yang dinyanyikan tu kalau kita tau maksud tersirat dalam lagu tu,kita akan cakap sedap jugakkan..mmang diakui fynn jamal nyanyi taklah sehebat dato ct,cuma apa yang dinyanyikan hasil luahan dari hatinya..takpelah..kita chill je...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde isu kat entri ni pasal suara sedap ke tidak..isunya adalah pendapat sahaja. pendapat & citarasa orang tak sama.. tu maksud entri ni.

      Delete
  2. Pendapat masing masing itulah yang penting tak gitu ?

    ReplyDelete
  3. tang amy tu kite setuju 200% percen! huhu

    ReplyDelete
  4. suara fyn bukan sedap kalau sebagai penyanyi, dia dah sesuai jadi penyajak macam sebelum ni..tu dah cukup..pendapat peribadi jugak..hehe..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum hahahhaa suami sheila dulu cakap camni gak. tapi dia suka lirik2 lagu kak fynn. ahhahaha acaner tu :P

    ReplyDelete
  6. bab suara tak nak la komen sebab saya jarang dengar lagu fynn jamal. kalau dengar pun macam terdengar gitu2 jer.. so tak layak pulak nak komen pasal suara dia. cuma dalam entri just nak bagitau.. kita tak boleh nak salahkan orang kalau dia berpendapat apa yang kita dengar sedap tu tak sedap

    ReplyDelete
  7. mungkin perlu tumpukan kepada penulisan lagu or nyanyi dlm rakaman saja.. live x perlu..hak3

    ReplyDelete
  8. Eh, kita sukalah suara Fynn Jamal masa nyanyi Arjuna Beta. Siap jenuh google nak cari lirik dan penyanyi first time dengar lagu tu. Tapi yalah, suaranya biasa aje. Berbeza pendapat ni biasalah. Ada orang cuba nak berterus terang sebaik mungkin, direct to the point, takda beralas-alas tilam 8 inch. Ada orang cakap beralas bila menegur kelemahan orang. Peminat kalau dah fanatik, kata apa pun memang dah tak boleh diterima akal mereka.

    Oh, kita serupa! Suka juga kat Amy Mastura. Lagu Amy best walaupun suara takdalah best mana. Tak best, tak best pun dapat jadi juara Asia Bagus apa!

    ReplyDelete
  9. Dia hanya lagukan sebuah puisi, langsung dia tak lunakkan suara dia persis seorang penyanyi... aku tak taksub fynn, tapi hanya orang2 sastera je kot yang faham apa yang disampaikan :) pendapat 60sen sempena GST...

    ReplyDelete
  10. semua org boleh nyanyi
    antara sedap di telinga atau perit sampai jiwa
    pada aku FJ ni kategori luka pedih di hati nak hadam suara dia
    ada lebih baik dia simpan suara tu utk dodoi anak dia tidur saje...

    ReplyDelete
  11. to TunSha Ayunie: what do you mean orang2 sastera? pls check the lyrics too..arwah pak sako sure nanges kalu dia hidup balik..penat dia fight for malay language..think before you wanna say about malay art...

    ReplyDelete
  12. Aku layan rock kapak,aku layan raihan,tp aku still boleh layan lagu fynn jamal..sebab lagu die selalu ade mesej,aku dgr jgk lagu artis2 lain..tapi lagu tu kosong,xde makne ape2,sekadar berhibur yang melalaikan dan cinta yang mendayu2..tangkap hingus hidung meleleh,lagu lelaki lemah yg sujud kat kaki perempuan.lagu perempuan yg terkinja sana sini.Suara biasa2 takpe,as long lagu tu cantik,penuh mesej..ramai artis realiti yang suara tak sedap pon orang kate sedap,Kalau dah minat,so x salah ponn takde pon tegur suruh jangan menyanyi.Pada pendapat aku,isu ni tak patot la nk tweet2, sebab pandangan masing,x semua orang jgk suke dgr lagu damian ve dan kate suare die sedap,tp xdelah sampai nk suruh damian berhenti menyanyi.Sape nak dgr dengarlah,xnk dengar tukar lagu lain..senang je.rezeki tu milik allah..peace :)

    ReplyDelete
  13. Hak masing2..yang xnk dengar xpayah la dgr...lagu damian pon bukan sedap sangat,tp orang xdelah busuk hati soh kau berhenti menyanyi..rezeki masing2 kan..kau dengan cara kau..die dengan cara die..jaga periuk nasi masing2 sudah.

    ReplyDelete
  14. Lagu damian pon x semua sedap,ni pendapat jujur dan ikhlas saya..bukan nak memperlekeh,tp ade jgk lagu2 damian yang kena dengan jiwa,so boleh layan..Lagu Fynn pon same,ade jgk lagu yang kena dengan jiwa dan saya layan..bagi saya lagu fynn best sebab lagu die ade mesej,bagi yang suka lagu simple2 mungkin x layan,tp saya suke fahamkan apakah mesej yang die cube sampaikan..kritik2 ni biase la,tp xelok la kritik secara terbuka macam ni..rezeki masing2...hope xdelah buat tweet2 mcm ni lagi,belajar dari pengalaman..yg x belajar dari pengalaman tu mksudnye masih x matang lagi..

    ReplyDelete
  15. Fynn jamal ada cara sendiri nak bawa karya dan lagu dia..

    ReplyDelete
  16. pendapat orang kan...
    damian tu pun bukan sebarangan orang
    boleh tahan hebat masa dia menyanyi dulu
    agaknya kalau ramli ms kata gini, orang kecoh juga dak? =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com