TIPS UNTUK KASANOVA HILANGKAN KESAN GINCU PADA BAJU

29.3.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Tu dia.. tips jahat ni. Suka la kasanova yang dating 3 shift sehari katanya.. Tak dan nak tukar2 baju dah. Mana la tau kan.. kaki awek shift pagi tersadung lepas muka tersembam kat badan.. bibir tercium la baju lekat kesan gincu.. Kejab lagi nak jumpa awek shift tengahari katanya.. macam mana nak buat untuk hilangkan kesan gincu tu.. meh sini baca entri ni.

Alahai.. sebenarnya tips ni bukan untuk kasanova jer.. untuk sesapa jer yang ada masalah nak tanggalkan kesan gincu kat baju. Saja la bagi kontroversi sikit mukadimah tu.. Yelah, manusia sekarang nak baca yang kontroversi je katanya..

Takde la semudah tu nak hilangkan kesan gincu sampai tak perlu cuci. Cuma tips ni untuk memudahkan kesan gincu tanggal. Cara dengan guna penyembur rambut. Brand apa2 pun boleh kot sebab dari info yang aku baca dia cuma cakap penyembur rambut jer tak cakap pun brand apa. Just sembur pada kesan gincu, kemudian cuci. Insya Allah hilang.


So, pada surirumah boleh la try. Mana tau kot2 baju kemeja asben tetiba balik ada kesan gincu kan.. hahahaha.. gamaknya sempat ke cuci baju tu ke asben terlebih dulu kena basuh sampai lunyai. Apapun kalau nak tau banyak tips & trick lain untuk penyelesaian masalah pakaian korang.. macam zip jacket tersangkut ke boleh baca kat sini Mesti Tau Trik Ini Bagi Penggemar Fesyen

5 comments:

  1. oishh.. bahaya ni kalau si boya yang bace.. hik hik hik

    ReplyDelete
  2. tu dia... tips jahat dan nakal, blh la jd kasanova lepas nie..

    ReplyDelete
  3. Hehehhehehehe..tips menarik ni..hehehhe..

    ReplyDelete
  4. suka ayat nie 'gamaknya sempat ke cuci baju tu ke asben terlebih dulu kena basuh sampai lunyai.'..dok terbayang dah kesan nya nanti..ngee

    ReplyDelete
  5. Kalau dah nampak kesan gincu kat leher baju, tak sempat dah nak capai penyembur rambut. Mahu bertegang urat dulu, siasat ala-ala CSI. Dah lega barulah dok fikir mana penyembur Ridsect nak sembur si suami! Opsss.... silap, silap! Hanya guna penyembur rambut kan tadi kata *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!