10 SPESIS HANTU PALING SERAM DI DUNIA

4/01/2015 02:36:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Sebab tak sempat memburu dvd hantu, maka aktiviti memburu menjurus kepada google saja la. Doakan minggu depan hala tuju kearah kedai berhantu samada di Ampang atau e@curve. Kalau tak menapak kat sana maka takde la hasil jerat hantu.


Tanpa memanjangkan patah kata bebelan even rasa macam nak panjang jugak ni.. marilah kita berkenalan dengan 10 spesis hantu yang paling seram di dunia..

zombie
Zombie ni katanya hantu yang bangkit dari kubur dalam fizikal yang mengerikan & menjijikkan. Suka makan benda hidup seperti manusia & haiwan. Dalam filem mengambarkan zombie ni macam penyakit berjangkit sebab kalau dia gigit orang, orang tu pun akan jadi zombie

Aswang.
Even nama hantu ni macam ala2 nama melayu Awang.. tapi dia bukan spesis hantu melayu yer.. Dia hantu Philippine. Siang hari jadi manusia yang pendiam, malam hari jadi hantu yang kejam & ganas. Hantu ni sangat kuat boleh menjelma sebagai beruang raksasa hitam.

Yurei
Ni hantu jepun. Muka pucat & rambut panjang. Kalau kat Malaysia ni rasanya ala2 pontianak @ langsuir cuma maybe mata sepet kot. Almaklum hantu jepun kan... Dikatakan hantu yang kembali ke dunia untuk membalas dendam. Ni ciri2 hantu tak baik. Bawak dendam sampai ke jadi hantu. Moral of the story jangan berdendam nanti mati jadi hantu Yurei. hahaha

Rugaru
Ni hantu katanya asal manusia jugak. Kira macam hantu penanggal la kot kan.. Jadi hantu sebab amalkan ilmu hitam. Berbalik cerita hantu Rugaru ni katanya tak sengaja jadi hantu masa umur dia dalam 30an camtu. Masa dia nak jadi Rugaru tu jadi tak normal & sentiasa rasa lapar & makan apa saja yang ada depan dia. Tapi daging manusia je mampu buat dia rasa puas makan.

Banshee
Hantu ni seksi sikit sebab dia berupa perempuan bogel berambut panjang dengan wajah yang menyeramkan. Hantu ni di katakan akan datang & menangis di belakang orang yang akan mati.

Bloody mary
Ni hantu agak popular. Aku pernah tengok & baca cerita hantu ni. Hantu ni paling lagend & seram la kat negara barat. Hantu ni ceritanya.. mulanya di tuduh bunuh anak sendiri sebab mengamalkan ilmu hitam. Sebab masyarakat marah dia di seksa hingga mati. Orang barat percaya kalau nak panggil hantu Bloody Mary ni just panggil nama dia 3 kali depan cermin.

Doppelganger
Hantu ni agak seram & boleh menyerupai wajah sesiapa saja dia nak. Bukan takat rupa tapi keseluruhan diri orang yang dia nak menjelma. Katanya hantu ni muncul bila orang tu nak mati.

Wendigo
Ni hantu America hokay! Berbadan tinggi & besar. Ada taring, muka ala2 serigala. Dia tinggal dalam hutan & kawasan pergunungan. Katanya suka makan manusia untuk hidup lama.

Incubus
Hantu ni mempunyai wajah seram, bertanduk tapi lawak sikit sebab ada sayap kat punggung. Ni hantu hormon tak stabil gamaknya. hahahaha. Suka mencari mangsa waktu malam & sasaran gegadis yang tengah tidur. Lepas tu dia akan rogol & membuatkan gadis2 itu mengandung anak dia. Hantu jantan.. besa la kan? Apabila mengandungkan anak hantu ni janin akan menyebabkan perempuan tu sakit & seterusnya mati. Bila ibu meninggal, maka lahirlah zuriat Incubus secara ghaib.

Changeling
Hantu ni mampu menyerupai kanak kanak katanya. Penjelmaan tu di katakan 100% sama cuma perangai jer jadi pelik sikit. Dia di katakan akan menyamar jadi kanak kanak bila ada kanak kanak yang di culik makhluk ghaib lain. Dia akan hidup sebagai kanak kanak tu & menyebabkan si penjaganya mendapat bencana. Aku syak hantu ni kurang kasih sayang. hahahaha

Sumber cerita kat SINI

Baca boleh jangan percaya hokay! Ni sekadar hiburan.. Mungkin hantu2 ni menjadi lagenda cerita seram di serata dunia.. Cuma apsal hantu Malaysia tak tersenarai sebagai antara hantu terseram ekk.. Sebab cun sangat macam maya karin ke hapa? Maybe pengkaji hantu tak jumpa aku lagi kot.. kalau jumpa mesti aku tersenarai sebagai peminat hantu paling seram. hahahaha

Moral of the story.. Biar rupa macam hantu tapi jangan perangai macam setan. Peace!

8 comments:

  1. antara semua hantu tu kitew paling seram zombie...

    ReplyDelete
  2. baru lah kukenali jenis-jenis hantu di dunia ni..kalau tak tau pontianak,kuntilanak, pocong

    ReplyDelete
  3. Haha ..aku suka cite hantu ....memalam sku suka layan kat c729....

    ReplyDelete
  4. Hantu, mana hantu ada hantu, mana-mana
    Hantu,mana hantu ada hantu... (M.I.X)

    ReplyDelete
  5. Rasanya yang paling handsome jatuh ke tangan Incubus ler... Eh, Incubus ada tangan kan? Banyak juga jenis-jenis hantu yang akak tak tahu namanya. Aswang ler, Wendigo ler, Yurei ler.... Zombie tu akak kenal benarlah. Kalau jumpa main cucuk kat kepala jerk, sure tak sempat gigitlah! Ni pun belajar dari Rick dalam cerita Walking Dead gitu!

    Ni siapa punya kerja senaraikan hantu paling famous ni? Kita takda hantar wakil ke? Awat satu jenis hantu kita pun tak masuk dalam senarai. Senarai tipu ni, berat sebelah barat jerk!

    ReplyDelete
  6. Hehehhehehe..banyak moral bila membaca kisah hantu sis ni.. Wendigo tu mcm pernah tgk kat drama bersiri grimm kalau tak silap. Wah,kaum adam mesti suka hantu banshee ni kn?

    ReplyDelete
  7. Hehehhehehe..banyak moral bila membaca kisah hantu sis ni.. Wendigo tu mcm pernah tgk kat drama bersiri grimm kalau tak silap. Wah,kaum adam mesti suka hantu banshee ni kn?

    ReplyDelete
  8. saya penah dengar pasal semua hantu di atas
    dulu rajin juga dok tengok cite antu
    tapi jiwa tidak kuat lagi bila dah jadi mak orang...hehe
    tapi bloody marry memang seram, saya setuju!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com