4 BUAH RUMAH BERHANTU DI SHAH ALAM

4/22/2015 02:33:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

hari ni tak travel jauh sangat la memburu hantu. Kita ke shah alam sudah. Yang dekat2 pun tak habis lagi katanya bersuai kenal dengan hantu. Kali ni segmen berpuaka lekat lekit nak ajak hangpa berkenalan dengan rumah rumah yang paling berhantu dia area shah alam. Orang2 shah Alam.. korang tahu ke pasal kewujudan rumah - rumah paling popular dengan kisah hantu & seram ni? Kalau tak tau.. meh le baca sambil kudap2 kuaci. hehehehe

1. Banglo RM50
Rumah berhantu paling popular kat shah alam haruslah rumah banglo RM50 yang sekarang dah tak berhantu. seorang warga Mesir dah beli & dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Tapi rumah ni tersenarai jugak la sebagai rumah paling berhantu sebab kisah seram dia memang sangat popular sampai di jadikan filem walau dalam filem tu rasa lain sangat dari kisah yang di canang dari mulut ke mulut. Mesti semua pernah baca cerita pasal banglo ni di mana sekumpulan pelajar UiTM yang menyewa sehari kat sini dengan sewa RM50, di ganggu dengan pontianak sehingga ada yang meninggal dunia.


2.  Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam.
Ramai kata rumah ni rumah Mona fendy. Tapi takde bukti mensahihkan spekulasi ni. Ada kata rumah ni pernah terbakar, orang gaji mati, anak owner rumah ni mati dalam buaian. Tapi masih lagi menjadi cerita mulut ke mulut yang takde bukti sahih.Dari sumber menggoogle katanya ada ahli seekers yang mati sewaktu menjalani pengambaran dulu. Terus terang sumber yang aku dapat tak di kenalpasti kesahihannya. Dok google jugak cari kisah seram yang pernah menjadi cerita tak pulak jumpa. Apa yang berhantu sangat selain kisah orang mati dalam rumah tu pun aku tak sure. Nak tanya ni berhantu ke tidak rumah ni? Jangan memain dengan ketua hantu.. kang aku naik hantu kang! hahahaha


3. Rumah tepi SIRIM Sek 2 Shah Alam. 
Katanya yang duduk rumah ni pada tahun 70an sekeluarga cina. Lepas berlaku trajedi kat rumah tu, maka di biarkan tanpa penghuni dalam tempoh yang agak lama. Katanya penyewa tak tahan asyik kena kacau jer dengan hantu. Katanya kumpulan Al-Arqam pernah menyewa ramai2 kat situ, tapi bila bangun pagi habis badan depa calar balar sampai ada yang kena di pindahkan ke tempat lain. Setiap malam rumah tu katanya pukul 11.00 jer meriah macam ada party lepas tu jadi sunyi sepi balik. Pernah di jadikan pusat belajar bahasa Inggeris tapi tak tahan lama bertukar jadi pejabat & telah mengalamani perubahan banyak kali. Staff kat situ memang takkan tunggu lebih dari 7 petang. tempat tu akan sunyi bila pukul 7 petang. Petua nak pergi tengok tempat tu jangan malam2 katanya, nanti balik confirm demam. Katanya seksyen 2, seksyen 1 shah alam adalah penemapatan paling awal di buka di shah alam. Dulunya hutan & bukit bukau. So, maybe jin pernah berkampung kat situ siapa tau kan?


4. Seksyen 2,Shah Alam
Katanya rumah ni dah roboh... alah takde lagi la kisah hantu kat rumah ni lepas ni kan? Dulu katanya rumah ni oleh orang india dalam tahun 80an. Katanya jiran2 pernah nampak lembaga hitam keluar masuk rumah ni. Korang jangan buat lawak seram hokay! Tadi kata orang india pernah tinggal, tetiba nampak lembaga hitam. Mentang2 orang india tak putih kan? Jangan2 yang jiran2 situ pernah nampak sebelum rumah ni di robohkan orang india kot. hehehehe.. Menurut cerita rumah ni pernah masuk rancangan yang bertemakan aktiviti paranormal. Bila jumpa hantu katanya masing2 lari tak cukup tanah.


Sebenarnya kisah rumah2 berhantu kat shah alam ni bukan la blog aku jer yang up story ni. Sebab aku kan blog puaka.. harus la simpan cerita2 camni jugak katanya. Tapi aku yakin mesti ada yang masih tak tahu kewujudan cerita tentang rumah2 ni kan? Apapun jangan taksub sangat mempercayai cerita2 berunsur mistik macam ni. Buat macam aku sudah.. baca sekadar hiburan sebab cara kita berhibur & terhibur tak sama. Macam aku terhibur dengan baca kisah seram atau tengok filem seram.

Moral of the story.. Entri kisah2 seram ni bukan la nak menakutkan sapa2. macam aku cakap.. aku cuma minat cerita seram & ada geng yang minat cerita seram so bukan niat aku nak memesongkan akidah sapa2 dengan dok highlight kisah2 hantu kat sini. Sekali di ingatkan, yang kita panggil hantu tu adalah jelmaan jin & syaitan bukan dari manusia yang mati dalam keadaan trajidis & menjadi roh yang menganggu manusia yer. Betulkan pemahaman anda.

13 comments:

  1. banyak rumah tinggal ni ada benda mistik tapi tak tau kesahihannya

    ReplyDelete
  2. kaya2 jugak hantu kat shah alam ni ye..siap ada rumah..heheh

    ReplyDelete
  3. besar besar jugak rumah hantu ni.. pemilik sebelum ni mesti kaya

    ReplyDelete
  4. Cuma rumah banglo RM50 tu aje yang akak tahu. Yang lain memang tak tahu. So kira kat Shah Alam ni walaupun majoriti Melayu tapi dari segi hantu, ada juga Melayu, Cina dan India ya. Memang multi racial betul residensi hantu-hantu ni....

    Tabik springlah kat hantu di Shah Alam ni. Ambil rumah beso-beso aje. Tak main rumah flat ke, condo ke... semua berebut nak banglo!

    ReplyDelete
  5. Takda yg duduk setinggan hantu ni. Semua duduk rumah beso atau banglo. Hehehhehe.

    ReplyDelete
  6. Padahal umah yg ketiga tu umah kawan aku kahkah

    ReplyDelete
  7. Rumah banglo rm50 je yg cukup terkenal la

    ReplyDelete
  8. Rumah banglo rm50 tu saja yang sy tahu ...murah sgt hahaha..sbb tu berhantu

    ReplyDelete
  9. dekat rumah awak pun ada diana rashid..

    ReplyDelete
  10. Ade no telefon tak untuk rumah berhantu di shah alam tu .., nak jual berape ye?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com