DENGKI DENGAN CIK MAT GEBU

4/09/2015 03:02:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Hang ni penuh hasad dengki sungguh.. Tak boleh tengok orang berjaya sikit kan? Mula la rasa tak senang duduk. Dah la dengki habaq terus terang pulak tu. Hang tau ka siapa Cik Mat Gebu tu.. Berapa ramai rakyat Malaysia yang kenai dengan nama Cik Mat Gebu walau tak kenai siapa orangnya..

Misteri yang tak terungkai selagi korang tak bertandang kat rumah mat gebu. -sumber google-

Hello.. dengki ni ada 2 kategori ok! Kategori positif dengan kategori negatif. Tak semua dengki tu berniat jahat. Ada dengki yang mendorong untuk orang lain jadi berjaya macam orang yang di dengki. Hangpa tu terlampau negatif. Kritik sikit katanya dengki dengan rezeki orang lain.. Penyamun pun Allah bagi jugak rezeki jugak, sebab rezeki tak boleh tegoq langsung ka walau kita rasa perkara tu kita tak setuju atau salah?

Op's.. tetiba terbabas dari topik pulak. Kisah dengki dengan cik mat gebu ni bukan la dengki hapa sangat pun. Aku dengki la selain dia rajin & pandai masak dia jugak pandai ambil gambar yang buat orang lain meleleh air liur & airmata lihat kesedapan yang tergambar di gambar hasil tangan gebu cik mat gebu katanya..

Sebab kecantikkan gambar yang menyebabkan kesedapannya terpancar di setiap gambar masakan cik mat gebu tu aku turut rasa dengki dengan skill cik mat mengambil gambar. DSLR yang dah lama tersorok, sekarang dah makin rajin ku belai2 & ku picit2 punat nya. Even skill mengambil gambar sedap macam cik mat gebu tu masih belum graduate katanya tapi gigih ni aku belajar sendiri. Cari sisi2 menarik gambar makanan agar nampak sedap. Tapi setakat ni belum berjaya.

Takat ni la aku mampu. Semua makanan simple2 je satgi tunjuk makan sedap2 sangat jadi kontroversi pulak. hahahaha. Dari camera gajah tersadai, aku manafaatkan la kan

Tu yang mana follow IG aku akan nampak sejak dua menjak ni aku rajin sikit la berbanding dulu upload gambar makanan. Gambaq pulak terang2 belaka. Sebab tengah rajin maka rajin la guna dslr. Kalau time malas snap guna tab ja dengan kualiti gambar sangat sedih. Bukan sebab aku dah jadi food blogger yer.. Aku masih blogger puaka tapi besa la mai mood tengah gigih nak belajar guna dslr walau manjang guna setting close up jer.

Hope takde la yang tuduh aku nak menayang apa aku makan.. Bukan semua pun apa aku makan aku tayang. Aku tayang tu salah satu sebab aku tengah gigih belajar nak ambil gambar cantik kedua sekadar nak IG aku nampak aktif je.

Moral of the story.. Tak semua dengki itu bersifat ingin menjatuhkan atau menjahamkan orang lain. Dan tak semua kritikan itu berunsur dengki. Dengki boleh jadi motivasi kalau dengki secara positif & boleh menjadi satu perkara yang membina jika terima dengan hati yang terbuka.

3 comments:

  1. Wah... Ada bakat sis snap guna dslr. Teringin nak grab 1 jugak,da lama ngidam.

    ReplyDelete
  2. caiyok2 ! dengki positif takper.. ;)

    ReplyDelete
  3. Punyalah pendengki katanyakan....

    Rasanya setakat ni CMG tak rasa tergugat pun dengan Suria dah katanya skil ambil gambar level SPM pun tak lepas lagi. Ahaks!

    Tapi tolonglah! Kalau ya pun dah rajin masak, dah rajin makan dan dah rajin ambil gambar close up and personal gitu, sila jangan resign jadi ghostbuster yerk. Hantu-hantu amat memerlukan anda untuk mempopularkan mereka *_*

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com