DJ RADIO ONLINE KINI BLOGGER TEGAR

23.4.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

wah siapakah gerangan dj radio online tu yer? Popular ke dia? Popular macam dj dj hotfm ke? Kenapa dia tukar profesion jadi blogger tegar? Suara dah tak laku ke? Banyak sangat pulak soalannya... Kang kena cpr secara marathon pulak. kekekeke

Sumber Google

Sebab ada yang nak tahu maka aku buat la entri ni. maybe ramai tak rajin la nak mentelaah entri2 lama aku untuk korek rahsia silam katanya. Ye awal blog ni banyak tulis kisah2 pasal aktiviti aku dengan radio online di samping ada la sikit2 kisah peribadi. Yelah.. time tu tak tahu lagi penulisan macam mana aku nak bentuk dalam blog. Masih banyak yang aku tak faham pasal blog. Views pun tak banyak. Nak cerita pun sedih views time tu cuma listener radio jer lebih banyak dari views blog. Tapi sebelum jadi blogger aku memang aktif aktiviti online selain berchatting kat mirc & yahoo mesengger. Dulu bujang.. kaki bebas je nak kemana kan.. so, banyak jugak la join aktiviti luar alam maya dengan kengkawan alam maya. Bukan aku ni dok dalam tempurung jer sejak dulu yer. Tapi bila bertukar status kena sedar diri.. setiap langkah perlu izin suami. Pergaulan pun tak boleh la bebas macam dulu.

Mungkin ada yang tahu.. & mungkin ramai yang tak pernah tahu aku dulu pernah jadi dj untuk online radio. banyak jugak online radio pernah aku take over untuk ber dj. Dulu hard disk aku tu memang penuh mp3 la. Dj radio online ni bukan macam dj dj radio era ke, sinar ke, hotfm ke lebih kepada suka suka jer. Dan semua lagu kau kena prepare sendiri ok!. Tak retis nak datang bagi single ke hapa. Masa aku dj untuk radio online ni, record yang boleh di banggakan pernah dapat offer untuk radio online satu kolej kat ipoh tapi maybe project tu tak jadi kot. diam jer lepas pergi untuk demo & presentation.

Application yang guna dulu lebih kurang macam ni la. Last dj aku guna sambroadcaster

Pendengar kebanyakkan dikalangan chatter2. Segmen banyak request lagu, topik & ada juga yang boleh call untuk live on air kat radio. Konsep dia tak lari sangat la macam radio frekuensi biasa tu cuma beza tak banyak iklan la. Kalau iklan pun promo radio jer. Tapi enjoy la sebab buat sesuatu yang kita suka masa tu. Tapi bila masih yang ingat zaman dj online dulu & masih kenal aku sebagai dj rasa macam terharu sampai rasa nak nangis bawah bantal. Dah lama kot benda tu berlalu. Dulu aku suka berceloteh secara online sekarang aku transfer celoteh aku kat blog pulak. Aku memang gila2  sebab tu kadang2 entri aku terselit humor jugak.memang jenis aku gila2 tapi lazer. Konsep tak lari jugak hahahaha. tetap berpuaka gitu!

Aku memang dah tak ingat senarai radio online yang pernah aku dj.. Almaklum la dah tetua gini, space dalam otak dah tak berapa nak banyak. Maybe ada yang terdelete. Kalau makan kismis 7 baldi pun belum tentu ingat balik senarai radio online aku pernah dj. Nak format kang hilang ingatan pulak. Apapun.. terima bagi yang masih ingat "Abbyfunny The lekatlekitgurl" tu. Yang dari dulu sampai sekarang tak habis2 dengan melekat lekit katanya.

Tu semua memori daun pisang bertahun dulu. sekarang ni aku ber dj dengan anak je kat rumah. Tu pun rasa macam takde break time dah. Cuma beza dulu aku mainkan lagu sekarang aku kena nyanyi live depan anak aku. hahahaha

5 comments:

  1. bila dah cerita kat sini..lega saya tak yah korek-korek cerita lama suria..heheh..
    pernah baca yang suria ni dg radio online tapi tak sempat nak korek cerita lama tu.

    ReplyDelete
  2. Dah tau lama juga Suria ni DJ online dulu. Tapi dek kerana dah duplohlapankali Si LekatLekit ni mempopularkan dirinya, tersayat-sayat hati ni rasanya macam nak korek entri lama-lama. Kena minta izin ke? Tak payahlahkan.... Hahaha....

    Paling buat akak gelak bila baca satu komen tu katanya dulu-dulu Suria selalu gak tonjolkan diri; masa zaman kiah spear. Hola.... memang gelak. Nanti kalau rajin, akak rasa nak korek juga misteri nusantara blog lekatlekitgurl ni....

    Dah bertahun jadi DJ, haruslah banyak lagu dah hafal. Bolehlah sekarang nyanyi duet dengan anak. Bukan senang oi nak nyanyi live gitu *_*

    ReplyDelete
  3. Tak tahu tu yang baca tu.
    ooo al-kisahnya pernah jadi DJ patut arrr lancar aje celotehnya.

    ReplyDelete
  4. wahhhhh hebat .. tamo try nasib kat radio plak ke .... nanti bleh aku ckp aku kenai suria lekatlekit tu ...kehkeh keh folower tetap

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!