KISAH SERAM HANTU CERMIN DI KONDO MOUNT KIARA

27.4.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Kembali kita menyeram di blog puaka melekat lekit. Pada hantu2... ops geng2 peminat cerita hantu jangan risau even bercuti sehari dua cerita seram kat blog melekit, Insya Allah aktiviti memburu hantu akan sentiasa di teruskan sampai la aku sendiri rasa takut nak tulis lagi katanya. Selagi aku ada nafsu serakah nak mengarang kisah2 seram, Insya Allah aku akan terus menyeram.

Sumber google

Alkisah kali ni pasal sebuah cermin yang di letakkan di tandas sebuah bilik di sebuah kondo, di kawasan mount kiara. Kondo mana tak di nyatakan untuk tidak mengaibkan tempat tu kot. alkisah seorang perempuan yang baru pindah ke sebuah kondo yang lengkap dengan peralatan rumah la. Full furniture katanya. Cuma bawak badan & keperluan sendiri jer. Nak di jadikan kisah, ada sebuah cermin misteri di tandas yang sangat menarik perhatian perempuan ni. Mula2 dia rasa nak buang sebab mak dia ada pesan, dalam rumah jangan letak banyak cermin walau dia sendiri tak sure kenapa mak dia petua macam tu. Kira dia tak pernah tau apa alasan tak boleh letak banyak cermin dalam rumah. Tapi sebab cermin tu sangat menarik bagi dia.. so dia tak jadi buang. Cermin tu katanya besar & boleh nampak satu badan. Jenis cermin panjang kot boleh bercermin dari hujung kepala sampai hujung kaki.

Malam pertama bermalam kat situ, dia mula rasa pelik sebab start asar dia mula tercium bau busuk. Seluruh pelusuk rumah dia cari bau busuk tu tapi tak jumpa. Sampai jadi pelik sebab semakin lama bau tu semakin busuk sedangkan rumah tu bersih & takde apa2 yang boleh menyebabkan bau busuk tu menjadi aroma dalam rumah tu. Sebab dia sorang2, rasa seram jugak la jadi dia ambil keputusan untuk baca Ayat Qursi sebanyak 7 kali sebelum tidur.  Bau busuk tu bukan takat hari pertama jer, malah hampir setiap hari sampai dia terpaksa duduk rumah pakai mask. Bayangkan la tahap kebusukkan dia tu. Mesti busuk sangat kan?

Selain bau busuk, jugak berlaku kejadian pelik pada cermin di tandas. sebab setiap kali dia menggunakan cermin tu mesti dia nampak bayangan seorang wanita sedang berdiri di sebelahnya. Bila berlaku kejadian macam tu, dia pernah cuba buang cermin tu & letak di stor tapisekali lagi berlaku kejadian pelik bila cermin tu boleh pulak balik ke tempat asal. Rasanya kalau aku yang duduk rumah tu, tak tunggu dah kot. Aku berani tengok & baca cerita hantu jer... nak hadap benda2 macam tu tak berani cakap besar. hahahaha. Nak di jadikan cerita seram lagi dia perasan bahagian tepi cermin tu seolah mengeluarkan darah & berbau hanyir. Sebab tak tahan dengan semua kejadian yang berlaku kat rumah tu dia ambil keputusan untuk tinggal di rumah keluarga dia kat kepong.

Katanya lepas balik tinggal dengan keluarga dia, dia mengalami sakit misteri. Lepas pindah keluar dari rumah tu dia mengalami perubahan secara drastik. Menjadi pendiam, muram & cepat marah. Sebab perubahan sikap dia tu, dia di berhentikan kerja. Dia jugak suka menangis sorang sorang. Dia jugak di katakan pernah mengamuk & menjerit sambil sebut " aku takut tengok cermin tu la!" sampai paksa mak dia buang semua cermin dalam rumah mereka. Mak dia dah bawak dia berubat merata tempat tapi masih tak berjaya. Badan dia di tumbuhi bisul besar2. Dan sampai sekarang si pencerita ni tak tahu macam mana keadaan perempuan tu & tak tahu apa yang berlaku sebenarnya pada dia. Adakah ada kaitan dengan cermin di kondo yang dia pernah sewa? atau..??. Hope dia dah sembuh la.

yelah kan.. kita tak tahu kadang orang bela saka ke hapa. Guna perantaraan barang2 macam tu. Tak mustahil ada jin & syaitan yang di tumpangkan kat situ. Sebab saka ni selalunya di simpan pada benda2 antik macam keris, cucuk sanggul, cermin & macam2 la. Ikut suka tuan dia le nak letak kat mana. Yang pasti aku tak pernah dengar lagi orang simpan saka dalam peti ais. hahahhaa.. Apa kau fikir saka tu daging? Ikan?

Moral of the story.. Kalau dah rasa macam ada tak kena dengan tempat yang kita baru tinggal eloklah tinggalkan rumah tu atau carilah orang yang arif dalam perkara tu untuk minta pandangan & bantuan. Jangan biar benda2 tu memberi kemudaratan pada diri kita. Yang suka selfie depan cermin pun hati2, kang selfie sorang dalam gambar jadi 3 orang.

Sumber :  Kisah Seram Gangguan Cermin Misteri

6 comments:

  1. jap jap jap, fikir jap banyak tak gambar selfie depan cermin...ekekekeke...

    ReplyDelete
  2. Errr adik selalu cerita kisah kat sana sbb dia kerja sana

    ReplyDelete
  3. memang seram ni..tapi yela kan..kadang2 tu kita menda tu cantik, sayang nak buang

    ReplyDelete
  4. Eeee...seramnya sampai pengikut fanatik cerita hantu pun jadi takut tau! Gelak sikit boleh? Eh, apa pulak dah seram pastu boleh gelak pulak ni... Dah macam tengok cerita Hantu Jambatan Ancol semalam jerk! Takda feeling langsung.

    Suria, kita memang ditakdirkan serupa. Akak pun kalau kena ngadap hantu sekarang, memang akak cabut dulu. Setakat bergurau dengan ketua hantu ni, okeylah, akak takda feeling pun berdiri bulu romaku!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!