PENGAKUAN WANITA HEMPAS BAYI 7 BULAN SEBAB MARAH SUAMI

4/10/2015 04:04:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Ya Allah masa baca statement seorang wanita ni, berderau darah aku baca tau. Betapa perasaan marah menguasi akal & hati seorang ibu sampai hilang rasa sayang & simpati pada si kecil baru baru berusia 7 bulan tu. Apapun jangan buat spekulasi meh baca dulu apa yang aku nak tulis...


Aku biasa la suka baca post2 artikel berita kat FB. Terbaca satu post Harian Metro Online ni. Sebab rajin aku baca la komen2 kat bawah tu terjumpa satu komen pengakuan berani mati seorang perempuan ni. Niat dia betul la nak orang lain jadikan iktibar tapi aku rasa cara dia tak berapa betul jugak la sebab boleh memudaratkan diri sendiri. Ada yang reply komen dia yang berbaur negatif ada yang bersimpati.


Pengakuan yang dia buat paling orang rasa tak boleh terima adalah pengakuan dia menghempas anak dia masa berumur 7 bulan sebab terlalu geram dengan perangai suami dia. Serius aku baca tak tau nak rasa simpati atau nak rasa marah tapi sememangnya sebagai seorang ibu even macam mana pun tekanan kita hadapi perbuatan macam tu agak kejam. Walau dia mengaku menyesal & menyebabkan anak dia jadi trauma sehingga sekarang.

Yelah.. apa yang jadi dah terjadi. Tak perlu la kita nak salahkan dia cuma kita ambil iktibar supaya kita tak melakukan perkara yang sama. Dan berhati2 dalam berkongsi cerita di laman sosial. Penerimaan orang berbeza takut benda tu membawa kemudaratkan pada kita.

Moral of the story cakap siang pandang pandang.. cakap malam dengar dengar. Peace!

10 comments:

  1. Kesian budak tu kan..sekarang dah jadi trauma dah..kecian dia

    ReplyDelete
  2. Tu mcm org hilang akal kot...pffttt

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah mujur takde kejadian buruk berlaku kat anak dia.
    Sebenarnya dia pun dapat balasan juga iaitu penyesalan yang tiada kesudahan walaupun dah 4 tahun berlalu. Patutlah ada peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna memang tepat sangat peribahasa tu kena kat dia.

    ReplyDelete
  4. Gila apa marah laki hempas anak..belasah laki cukup la..ni kalau buat report memang dia kena la..silap2 didakwa sakit mental..

    ReplyDelete
  5. Uish... Hempas anak ke lantai.. Gilosss ni..

    ReplyDelete
  6. kesian budak tu jadi mangsa..... follow blog ni...

    ReplyDelete
  7. kesian budak tu jadi mangsa..... follow blog ni...

    ReplyDelete
  8. memang kesian kat budak tu...maybe maknya lupa yang dia hempas bayinya..dia ingat barang kot..yela akal tak waras bila dalam keadaan marah

    ReplyDelete
  9. Kita tak berada ditempat dia, kita tak tau macamana keadaan dia ketika itu. Mungkin tekanan yg terlampau, buat dia jadi gitu. Entahlah...

    ReplyDelete
  10. Ini sudah serius! Dahsyat tu bak kata pepatah, marahkan nyamuk kelambu dibakar! Apa pun yang penting kena ingat, kalau pun hebat pergaduhan lakibini, jangan anak dijadikan taruhan. Kesian kat anak. Kita ni penjaga bukannya pendera :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com