RESEPI MASAKAN UNTUK PELAJAR IPT SEMPENA GST

12.4.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Sebab ada menteri yang cadangkan Pelajar IPT masak untuk berjimat di zaman GST ni even memula cakap GST tak membebankan & tak menyebabkan harga barang naik.. Tup2 kena berjimat pulak kan? Susah jugak nak hadam statement2 bapak2 menteri Malaysia ni.. Almaklum la hanya golongan menteri2 je paham. Golongan rakyat macam aku susah nak faham sebab bahasa depa terlampau tinggi katanya. hahahaha

Masak hek kau!

Sebab kesian kat student IPT yang di suruh masak sendiri untuk berjimat sedangkan aku yang surirumah pun kos masak aku rasa tinggi jugak. Tak tau la nak masak apa paling  jimat maka aku jumpa satu formula masakan jimat untuk student IPT. Bahan2 dia boleh di simpan tanpa perlu ada peti ais kat asrama atau rumah sewa. Bahan2 nya mee segera kering tanpa sebarang perisa, serbuk kari, pes tomyam, garam, serbuk lada, bawang,telur,kicap & minyak masak. Dah cukup. Boleh jugak guna bihun. Step dia sama jer. cuma tukar megi ke bihun je.

Biarpun mee segera bukan makanan sihat tapi itu je makanan murah & mudah. Dari kena gastrik makan je la katanya

Bila nak makan jer.. korang goreng la megi goreng gst resepi lekatlekit ni. Cara2 lembutkan megi kering dalam air panas, potong bawang, panaskan minyak tumis bawang, masukkan megi,kicap, perasa ikut suka nak kari masuk serbuk kari, nak tomyam masuk pes tomyam atau perisa lain korang rasa nak makan. Lepas tu masuk telur goreng sampai sebati dah siap.

Siap megi goreng GST perisa kari

Nak buat macam mana.. Solution pak menteri cuma suruh jimat. Apa pilihan kita ada kan? Asal barang naik harga, Statement pak menteri JIMAT. Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia katanya.. sedia menurut perintah.

Moral of the story.. Jangan sejarah Sultan Mahmud mangkat di julang berulang dengan sejarah Menteri Malaysia Mangkat Di julang pulak. Semakin hari semakin rasa di kejami pemerintah pun ada dah ni. Kasihani la kami Rakyat mu..Kami tak minta Jet peribadi sorang sebiji hanya jangan di bebankan dengan cukai2 mengarut tak masuk akal macam ni.

7 comments:

  1. Salam dik, nak buat macamana, kalau protes lebih2, nanti disuruh tinggal kat burma ke, nepal ke...huhu. Rakyat jelata kena jimat, menteri tak perlu jimat...

    ReplyDelete
  2. Sian kan kita rakyat malaysia ni.. Entah apa nak jadi? Huhuhu.

    ReplyDelete
  3. Sentap dader kan kak?? Rasa macam hidup dalam pemerintahan Sultan Mahmud dah ni... hahahaha

    ReplyDelete
  4. kah kah kah .... pas ni jgn salahkan pelajar nape result merundum... rupe nye sel otak tak dpt nk berhubung ..... jgn lupa upkan dlm bajet utk peruntukan pesakit kanser .... kerana generasi masa hadapan kemungkinan byk penghidap kanser ...asek dok mkn megi je utk jimat .. kah kah

    ReplyDelete
  5. lepas 1 April macam-macam kejadian kejam berlaku..emm...pak menteri memang penasihat yang baik..jimat-jimat tapi diorang sakan naik gaji beribu riban

    ReplyDelete
  6. Resepi ni tak kena GST ke? Kalau tak kena, makanya nama harus ditukar kepada megi goreng tanpa GST perisa kari. Nak beli kari pun guna duit. Petik daun kari kat laman rumah orang ajelah letak dalam megi. Asal ada bau kari tu pun cukuplah....

    Kita rakyat yang cintakan tanahair, haruslah ikut je kata Pak Menteri. Kalau Pak Menteri kata kalau taknak GST, terjun dalam Selat Melaka, kita terjun ajelah... nak buat camna!

    ReplyDelete
  7. Dia suruh masak mcm lah semua uni bnarkan pljr mmsk, btw terima kasih utk resepi! Harap ad resepi lain lagi :D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!