3 KISAH HANTU KOREA YANG MENYERAMKAN

6.5.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Cerita hantu ni kat memana saja ada lagenda kisah seram dia. Tak kira semaju manapun negara tu tang hantu tetap ada. Yelah.. jin & syaitan tak tnggal kat negara mundur je kan. Jadi hari ni meh kita story pasal hantu korea  pulak. Aku ni bukan la kpopers sangat tapi kalau cerita hantu aku layan jer dari mana datangnya. Bab hantu tak pilih kasih katanya. Semua aku suka. hahahaha


Semalam sempat mentalaah dvd seram filem korea Horror story 2. Bagi peminat cerita hantu yang dah semakin hilang deria seram ni aku rasa horror story 2 ni antara cerita yang boleh tonton jugak la. Bagi yang penakut, maybe rasa agak seram. Tapi bagi aku seram dia biasa2 tapi babak2 dalam setiap cerita dalam horror story tu menarik jugak.

Ada 3 cerita pendek dalam filem ni tapi aku rasa cerita yang ke 3 paling kelakar. Yang selebihnya ok la boleh di kategori sebagai seram la. Cerita pertama pasal 2 orang kawan baik terkandas di satu tebing sebuah pergunungan. Akibat tamak salah seorang terkorban. pasal snickers je kot. Yelah.. tinggal tu je satu2nya makanan depa ada. Sebab terkandas kat tepi tebing macam tu nak panjat keatas tak boleh nak turun kebawah pun tak boleh. Sementara nak tunggu di selamatkan tak tau bila so masa tu timbul rasa pentingkan diri sendiri. Akibat dari kejadian tu, yang terselamat tu di hantui roh kawan dia yang seolah2 ingin balas dendam. Babak2 seram dia kira menjadi tapi aku ni susah dah nak rasa seram sebab deria seram dah kurang berfungsi. hahahaha


Kisah kedua tempat 3 gadis yang dalam perjalanan menaiki kereta yang di pandu laju sambil mabuk. dan mereka mengalami kemalangan. Sebelum di di jumpai mereka mengalami satu kejadian yang menakutkan. Berjumpa dengan banyak hantu atau roh2 yang mati akibat penganiayaan kat satu tempat. Kemudian mereka jumpa sebuah rumah yang di dalamnya seorang tua yang seolah2 macam malaikat maut jer. Aku pun tak berapa faham sangat. Last sekali antara 3 gadis tu sorang jer terselamat & 2 lagi mati di tempat kemalangan. Dalam cerita tu seolah2 roh gadis yang masih koma nampak jasad2 mereka di angkat oleh pasukan penyelamat. Tapi ending cerita ni salah seorang yang terselamat tu jugak mati. Kira masa dia koma tu dia nampak perjalanan orang yang menuju kematian.


Cerita ketiga aku rasa macam lawak sikit. Kisah seorang cikgu lelaki muda yang jadi mangsa buli pelajar dia sendiri. Akibat malu di aibkan pelajar dia, cikgu ni cuba nak bunuh diri. Masa dia cuba terjun dari bangunan tinggi datang seorang pelajar dia yang mengamalkan ilmu hitam & memberi dia satu mentera untuk masuk ke alam hantu atau alam ghaib la. Dia try buat lepas tu dia masuk ke alam hantu. Bila dia balik rumah, semua ahli keluarga dia memang dalam rupa menyeramkan la sebab dia berada di alam hantu. Kat situlah bermula kisah dia cuba keluar dari alam hantu yang menakutkan dengan di bantu pelajar dia yang di hubungi melalui handphone. Tapi dia tetap tak berjaya keluar & terus hilang di dunia macam tu jer.


Filem ni takde la teruk sangat. Level seram dia bagi orang penakut maybe dah cukup seram. Jalan cerita dia memang tak boring. Babak2 dalam cerita ni pun even dari 3 cerita pendek berbeza semua tak tergantung. Semua berakhir dengan tidak berjaya di selamatkan.

Maaf bukan untuk di jual apatah lagi untuk di pinjam kemudian tak bagi balik.hahaha

Moral of the story.. tengok cerita mistik, misteri, seram & hantu macam ni sila set dalam otak sekadar hiburan. Jangan taksub takut nanti benda tu mempengaruhi emosi kita. Tu yang boleh menyebabkan histeria & gangguan halusinasi.

6 comments:

  1. Masih x mampu nak tgk cite2 gini mummy..
    Baru nak berjinak2 baca novel genre mistik ni ibu dh seram sejuk..
    Tp keinginan tu tinggi..
    Haishhhhh! Dassr penakut ibu Aqil ni.. ;,)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Best juga cerita hantu ni tapi cerita korea yg sis cerita ni ada sedikit persamaan dengan cerita seram melayu especially cerita ke-2 pasal 3 budak perempuan tu..saya macam dah pernah tengok jalan cerita yg tu.tapi tak ingat apa tajuk cerita tu yg saya ingat liyana jasmay ada berlakon dlm cerita tu..hehehe

    ReplyDelete
  3. Bestnyer sis.. Kat kota takda jual la dvd seram mcm ni.. Sedih :(

    ReplyDelete
  4. Cerita pertama tu okeylah lagi walaupun puncanya berebut coklat jerk sampai salah seorang terkorban jatuh dari curam. Yang kedua tu akak dah lupalah, puas recall memang tak boleh ingat pasal tiga gadis ni. Ni yang kereta rosak pastu mereka mencari jalan keluar sampai terjumpa rumah ke?

    Yang ketiga tu memang tak boleh blah. Dah bagi instruction bagai boleh silap pulak. Ini ke yang ada adegan dalam toilet semua tu? Adui, lama dah tengok ingat-ingat lupa jadinya.... Ini semua bukan ke cerita pasal insuran ke apa yang si bos suruh satu staff perempuannya ni semak balik ketiga-tiga kes yang berlaku ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu kak MD Ooi.. cerita yang di gambarkan tu la.

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!