7 PERKARA UNTUK ELAK ANAK ANDA JADI MANGSA PEDOFILIA

19.5.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Dalam tak sedar kita yang mendedahkan anak anak kita kepada bahaya. Keghairahan kita untuk berkongsi semua perkara termasuk tentang anak anak secara langsung mendedahkan mereka kepada golongan Pedofilia. Apa tu pedofilia? Golongan yang bernafsu seks terhadap kanak kanak. Awas! Ia bukan perkara remeh malah dah ramai kanak kanak menjadi mangsa golongan Pedofilia. Kalau masih ingat arwah adik Nurin Yazimin, Pasti korang ingat bagaimana arwah di dera secara seksual oleh individu yang masih misteri sehingga hari ni sehingga meninggal dunia dalam keadaan sangat2 menyayat hati.


7 perkara ni ada yang selalu korang buat. Yelah.. yang suka up gambar anak separuh bogel atau berbogel. Anggap dia cuma seorang budak. Sebab ada golongan yang bernafsu kepada kanak kanak maka mulai sekarang sila buang gambar2 yang boleh meransang nafsu golongan macam ni..

1) Tidak post gambar anak-anak tidak berpakaian atau berpakaian tidak sopan sama ada anak lelaki mahupun perempuan.

2) Jangan sesekali memberitahu atau post lokasi sekolah atau kawasan beradanya anak anda di laman sosial

3) Latih anak-anak untuk tidak membenarkan sesiapa sahaja menyentuh kemaluannya.

4) Pakaikan anak-anak pakaian yang tidak begitu menonjol dan sopan.

5) Berikan perhatian sekiranya anak-anak tidak berasa selesa atau takut berada dekat dengan seseorang dan jika mereka menjadi murung apabila mendekati seseorang.

6) Membiarkan anak-anak terutama sekali yang berumur 13 tahun ke bawah pergi kemana-mana keseorangan diri atau tanpa pengawasan orang dewasa yang dipercayai.

7) Jangan membiasakan anak-anak duduk di atas riba sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi seorang lelaki.

Sumber Says

Yang paling banyak mak bapak buat adalah memakaikan anak anak dengan pakaian yang agak seksi even untuk seorang budak & post gambar anak dalam keadaan berbogel atau separuh bogel. Kita yang bernafsu normal rasa benda tu comel.. orang bernafsu gila dia rasa benda tu menghairahkan.

Kalau sayangkan anak anak.. maka bertindak mengubah semua tindakkan anda yang berisiko dari sekarang sebelum perkara buruk berlaku. Jangan rasa anak anak kita sentiasa berada dalam keadaa selamat, kadang2 perkara yang tak di ingini boleh berlaku hanya kerana kita beralih pandang ke belakang tak sampai seminit.

Moral of the story... Ia terpulang pada pilihan kita sendiri untuk protect anak anak kita

5 comments:

  1. hurmmm takut bila baca pasal pedofillia ni...nauzubillah jauhkan la dari orang2 camni...
    tq share info tu...

    ReplyDelete
  2. mengerikan orang macam ni. Mencari kenikmatan pada kanak-kanak lebih menyeronokkan berbanding sesama dgn orang dewasa. sekarang sukar bagi kita untuk mempercayai sesiapa.

    ReplyDelete
  3. Kes ni dh lama tp rakyat malaysia yg kurang amik maklum....byk sgt tgk drama melalu....drama cinta .....cuba tgk cite omputeh ...cite polis ...svu csi ...mmg byk kali dok ulang kes2 mcm ni.....

    ReplyDelete
  4. Takutnya...semakin ramai yg sakit mental dlm dunia ni

    ReplyDelete
  5. Betul tu. Hidup dalam dunia sekarang ni memang menakutkan betul. Kadang tu kita nak juga lepas bebaskan anak-anak dari pemerhatian kita tapi memang tak beranilah. Seminit aje kita leka, macam-macam perkara buruk boleh berlaku!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!