AIR SELUSUH DARI URI KUCING

2.5.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Aku memang alergik sikit kalau sebut pasal uri. Nak2 kalau terbaca produk komestik atau kesihatan dalaman & luaran yang berasaskan Uri. tak kira la Uri haiwan laut atau haiwan darat. Sebab perkataan Uri tu memberi gambaran yang mengelikan bagi aku. Hahaha.. Tapi orang sekarang tak guna perkataan Uri tapi Placenta. Nak bagi dengar bunyi sedap sikit & mengaburi mata pengguna. Bukan semua orang faham Placenta tu Uri... Hati2 lah yer.. Kalau produk berasaskan placenta semak dulu. Kalau Marine Placenta pun tengok dulu jenis ikan apa.

 Tak sanggup nak letak gambar uri letak gambar kucing baru bersalin je

Tapi yang paling aku terkejut bila terbaca komen dari group kucing yang sipolan ni kata, Uri kucing boleh buat air selusuh bagi memudahkan proses bersalin. Rasa telan air liur pun tak lepas apatah lagi tergamak nak telan air selusuh dari uri kucing ni. Apa lagi aku pun try la cari info pasal ni. Berhati hati yer puan puan & tuan tuan.. Jangan asal petua orang tua kita semborono je ikut tak kaji dari sudut hukum & kesihatan. Info yang aku dapat Uri kucing ni kategori najis yang tak boleh di gunakan untuk buat komestik atau produk kesihatan. Kena tanam. So, kesimpulannya tak boleh di keringkan & di jadikan air selusuh.

 Sumber : Blog Dr Zubaidi

Aku tak tau la kalau halal pun ada ke yang tergamak nak minum air selusuh dari Uri kucing ni? Kalau aku la.. selagi ada pilihan lain, rasa aku pilih pilihan lain. Macam orang kata makan anak tikus hidup2 atau makan daging kelawar nak hilangkan penyakit lelah/semput. Nak bayang pun rasa tak sanggup apatah lagi nak telan.

Moral of the story...  Orang dulu2 mungkin jahil sebab tak banyak sumber & info depa boleh dapat tapi kita yang hidup sebagai orang zaman teknologi ni pepandai la untuk cari maklumat kalau petua tu mencurigakan & pelik.

4 comments:

  1. Aiyoooooo mummy...
    Loya anak tekak ibu ni hah..
    Baru baca blom benda dpn mata..
    Haishhhhhh mcm2 petua zaman skrg nih..

    ReplyDelete
  2. Hmm... Mcm² je... Aduhai.. Tak sanggup you..

    ReplyDelete
  3. Sy pun bru dgr td..ada org indon kasi tau kalau ssh bsalin minum uri kucing yg dh d jemur..enth geli rsanya....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!