ARTIS YANG KONTROVERSI TIADA PENGHUJUNG

22.5.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Aku tak tahu bila la kontroversi retis sorang ni dengan bekas laki dia nak habis. Gamaknya selagi dia tak dapat apa yang di minta & selagi bekas laki tu berkeras nak fight tak mau bagi apa yang dia minta maka akan berlarutan la kontroversi depa ni.

Sumber google

Lepas satu hal.. satu hal.. Kes yang tengah di tuntut tak selesai di selit pulak dengan kisah2 kontroversi peribadi. Terbaru pasal nombor misteri yang katanya dok kacau si retis ni tengah2 malam.. Lepas dia keluar statement pasal nombor telefon misteri tu tup tup yang bekas laki pulak keluar dengan cerita buat laporan polis kata si retis ni sebarkan nombor telefon bini dia.

Nasib baik la anak anak tu kecik lagi.. gamaknya kalau dah besar dah sekolah asyik orang dok cakap pasal kontroversi mak bapak dia maunya tak nak pergi sekolah malu kena ejek dengan kawan kawan.

Entah bila la isu depa ni nak ada ending. Sorang katanya tuntut hak.. sorang lagi katanya yang tuntut tak layak. Tak boleh ke beralah salah seorang... Tak buat demi bekas pasangan pun buat la demi anak sebab anak takde istilah bekas anak walau mak bapak dah bercerai.

Jangan tanya kenapa orang tak jemu tulis pasai depa.. sebabnya depa retis kisah depa ada value sebab tu even naik muak segelintir dari kita baca kisah depa tapi masih ramai yang setia mengikuti selagi ada kisah sensasi. Hope ada jalan penyelesaian terbaik antara mereka

Moral of the story.. Inilah padah bila terlalu terbuka bercerita kisah peribadi pada umum. Tak kira la artis ke orang biasa, bila keterbukaan bercerita tu di salurkan kepada tempat tak sepatutnya maka orang yang dengar akan melihat banyak kelemahan & kegagalan kita. Secara tak langsung orang boleh nilai macam mana perangai dua2 manusia ni. Maka orang pun akan buat kesimpulan... Memang sesuai sangat la mereka pernah berjodoh & tu sebab depa bercerai. Peace!


Yang menarik untuk di baca
Badan penyiasatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati bahawa berjuta-juta pendapatan daripada perdagangan rokok seludup telah disalurkan kepada al-Qaeda, Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain di dunia. Selebihnya baca kat link bawah ni

Tahukah Anda Perdagangan Rokok Seludup Ada Kaitan Dengan Jenayah Terancang Dunia?

7 comments:

  1. xtaw nak cakap apa...harapnya depa berdua settle cepat masalah depa..ksian ank2 jd mangsa...

    ReplyDelete
  2. macam tau jer dah siapa yang dimaksudkan ni...

    ReplyDelete
  3. Keduanya elok fikir demi anak mereka. Budak tu tak bersalah. Sudah²lah berkeras dgn ego masing².

    ReplyDelete
  4. Rita rudaini ke tu...... Berdamai je la

    ReplyDelete
  5. kawen tak de restu ibu bapa gitu la jd nya ....kesian anak2 ....

    ReplyDelete
  6. Layak ke tak layak hak anak tu wajib kita beri. X kisah siapa pun kita, retis ke tak..

    Pelik pun pelik gak.. Tgh mlm nk tipon anak. Jenis ank lwt tido mmg berborak ngan ayah dorang pki tipon la kot.

    ReplyDelete
  7. Tak kiralah berapa lama mereka nak bertekak dan salah menyalahkan sesama sendiri yang penting hak anak-anak tu dahulukan. Dari mula nak kahwin sampailah bercerai, tak sudah-sudah kisah mereka berdua ni. Dua-dua tak mahu beralah. Yang ni nak minta lebih sebab bekas suami mampu, yang itu tak nak bagi sebab bekas isteri macam ni perangai. Patutnya dari awal dulu jangan kahwin kalau makpak tak suka. Macam nilah jadinya... habis semua cerita kena jaja. Kesian jadi anak-anak yang tak tahu apa-apa!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!