AWAS! JANGAN SHARE IKLAN 8SHARE DI BLOG KALAU TAKNAK RUGI

18.5.15 Suria Lekatlekit 10 Comments

Sebab aku dah terkena, jadi aku taknak la blogger lain pun terkena & buat kerja sia sia dok update iklan 8share kat blog. Sebelum orang lain menanggung rugi macam aku adalah lebih baik aku bagitau apa yang berlaku kat aku.


sabtu lepas aku buat cashout earning 8share aku yang dah terkumpul 3 angka. Setiap bulan memang aku cashout tak kurang dari 3 angka. Hari ni aku dapat email cashout aku kena reject atas alasan fraud. Aku mesej Yuna kat Talk To Us 8share dia minta aku screenshoot cara aku share iklan 8share. Aku ni jujur sebab aku tak rasa aku ada buat salah. Aku screenshoot link2 iklan 8share yang aku share kat blog. Selama ni dok share tak pernah ada masalah ke hapa kan? Tak budget la benda tu satu kesalahan.

Yuna pun inform tak boleh share link iklan 8share berderet kat blog. Habis tu nak share iklan 8share kat blog macam mana. Yang ada cuma link lain la dia bagi coding banner macam lazada setiap kali ada offer baru. Aku persoalkan kenapa lepas aku buat cashout baru bagitau benda tu salah. Sebelum ni aku dok cashout takde pulak dia kata salah. Dia kata pihak sekuriti 8share hanya akan menyemak selepas cashout di buat. Oo.. macam tu. Selama ni sekuriti dia tak buat kerja la kot.. Maknanya kalau hangpa tak tau hangpa share iklan 8share dengan cara yang salah, hangpa terpaksa tanggung la rugi masa, tenaga & clik yang hangpa dapat selama ni. Memang win cara 8share. Good job la 8share!

Berbeza dengan chrup2 dia tak tunggu sampai kita request untuk cashout baru nak bagitau sekiranya kita ada melanggar syarat2 sharing yang di bolehkan. Dia detect je terus bagitau.. so takde la terus menjana earning dengan cara yang salah, alih2 sampai masa nak cashout earning kena tarik balik. Tapi tidak 8share.. dia biar je hangpa share sampai cukup earning nak cashout lepas tu dia bagitau kenapa dia tarik balik earning. Watdehek punya 8share.

Aku dah tekan Yuna tadi kat Talk to Us sampai habis jawapan dia nak bagi. Aku tanya kalau betul salah kenapa tak dari awal cakap benda tu salah kenapa bila dah request cashout baru cakap. kenapa blogger lain yang share iklan kat blog lepas pulak cashout dia. Dia minta pulak link blog2 yang share iklan 8share aku tanya dia balik kenapa aku mesti menyiasat untuk 8share. takkan 8share tak boleh detect kalau blog aku depa boleh detect. terdiam dia tak jawab kat situ. Last2 dia ulang bagi jawapan yang sama, cara share tu salah.

Dia maybe dah dapat hasil dari clik tu tapi kita dapat tengok je la earning banyak2 kumpul last2 dia ambil balik. Katanya memang prosuder macam tu. Bagus la 8share. Cara bijak untuk kaut keuntungan atas kesempitan orang lain. Memang sakit hati jugak la. Lagi bagus la kau cakap clik iklan 8share hanya di kira kalau datang dari FB, twitter, G+. Haramkan terus share kan blog lagi senang. yelah.. aku pun tak tau nak share kat blog macam mana kalau link jer. So, aku share link je.

sebelum ni dok dengar orang jer tetiba account kena suspend tanpa tahu sebab, cashout kena tarik balik. kali ni aku kena, earning kena tarik balik. Lepas ni hangpa berhati hati.. Dah tak boleh share link 8share kat blog, tak payah ambil risiko even di bolehkan tapi aku pun tak faham cara mana nak share iklan 8share kat blog. Tak berapa jelas penjelasan yang 8share bagi. Takut penat jer dapat. Share la kat FB tengok berapa sen boleh dapat. lain la kau hotstuff @ kau berani buat exchange link iklan. Kalau aku, memang aku taknak la. Share jer.. ada orang clik, clik la. Takde bukan rezeki. 

Disebabkan kejadian tu.. rasa cuti dulu share iklan 8share ni. Gigih2 sangat nanti dia tarik balik earning penat jer. Ingat senang je nak dapat clik.. alih2 dapat orang lain jer untung.Rasa teraniaya jugak la dengan 8share. Apapun balik ke pangkal, Dah bukan rezeki aku. Insya Allah mungkin rezeki tu nak datang dari sumber lain. Berbaik sangka sudah. Yang lepas tu biarlah.. Mungkin rezeki 8share tak payah bayar aku bulan ni.

P/S : Rupanya bukan aku sorang kena, ada lagi blogger lain yang kena. Something wrong somewhere 8share. So, korang ambil iktibar sebelum rugi masa, tenaga & clik.

10 comments:

  1. Aisyah x penah dah promot 8share...letih...income pun klu stop promot..balik 0, jemu lah

    ReplyDelete
  2. Ekin ada letak blog aritu dia dah suspen terus tak dah... share kat fb twitter n G+ jah tu leh dpt sikit2 jah

    ReplyDelete
  3. over betul diorg ni. sekurangnya masukkan info tu dlm peraturan mereka. baru kita tahu yg cara tu x dibenarkan. masa nak cashout baru bgtau. kita yg rugi. mereka yg untung.

    ReplyDelete
  4. Adeheii.. Mcm² betul. Kathy mmg dah tak aktif dgn 8share..

    ReplyDelete
  5. kalau letak dalam blog kita camtu ok kan?? tak pernah iklan cara lain.... hee

    ReplyDelete
  6. OK ... Take note ,..
    Nak bankrup ker ape ?

    ReplyDelete
  7. sejak bila pulak tak boleh promote kat blog.. bukan dulu kat FB ke yg tak boleh.. ermm,nampak sgt lama tak ambik tau pasal 8share ni

    ReplyDelete
  8. NASIB LA TAK PERNAH LANGSUNG BUAT IKLAN 8SHARE..

    ReplyDelete
  9. Kira masalah ni dah selesailahkan. Kata sepakat muafakat membawa berkat pun dah dicapai. Berani kerana benar. Kalau memang dah hak kita, tetap juga jadi rezeki kita!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!